Thursday, October 12, 2017

5 TIPS atasi STRESS!!

hai.. Semoga korang sihat sihat hendaknya. Alhamdulillah.Kali ini ina nak berkongsi dengan korang semua mengenai STRESS..Harap korang jangan stress pula yea baca entri ina ni.heee..


stress

Kenapa  STRESS?
Macam mana boleh STRESS??
Okay..satu persatu ina akan kupas mengenai stress..

STRESS 

Stress ialah  istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya.
Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Dari sini la bermulanya STRESS terjadi.



PUNCA STRESS


  1.  Terlalu inginkan kemenangan
  2.  Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan
  3.  Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik
  4.  Suka mendesak
  5.  Risau keterlaluan
  6. Tidak mahu menerima teguran
  7. Berprasangka buruk dan berdendam.
  8.  Cemburu dengan kejayaan orang lain
  9. Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan
  10. Masalah kewangan
  11.  dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan. 







CARA ATASI  STRESS

1. Sebagai umat islam bagi mereka yang beragama islam ( dekatkan diri kepada sang pencipta.. lakukan solat di tengah malam seperti HAJAT dan taubat.Membaca al quran setiap kali selepas solat 5 waktu sehari semalam )

2. Jika aktif di social media. Please..! Jangan scroll berita berita atau update kawan kawan yang mempunyai unsur negatif ( contoh : kawan yang suka bercerita hal rumahtangga atau group bersifat menghasut)

3. Berkawan dengan mereka yang positif 

Hindari kawan kawan yang berunsur negatif. Join group usrah 

4. Elak dari duduk bersendirian. Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan atau aktiviti lasak. ( contohnya : Main boling,Hiking , futsal, main tenis atau boxing)

5. Bersembang 

Luahkan pada pasangan korang,apa masalah yang timbul. Jangan pendam! Selagi dipendam, semakin parah jiwa korang! Silap silap boleh masuk hospital sakit jiwa. Haa, NAK ke?? 



Okay.. jika korang sayangkan diri korang dan orang tersayang.Please! ikuti 5 cara atasi STRESS
jangan babitkan orang sekeliling korang dengan masalah tersebut.





hayati ZIKIR PENENANG..
Insyallah, jiwa tenang, orang sekeliling pun suka bersama kita




Related Posts

9 comments:

  1. erm... betul tu... perkara utama kena dekatkan diri dengan si pencipta...

    ReplyDelete
  2. pembentukan rohani sangat menyumbang kepada pengawalan stress.
    Selalu orang yang dekat dengan pencipta ini seorang yang tenang.
    bukankah "dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg baik ina.. ehh ina ada 2 blog ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lea. hat ni blog masa aktif jual shaklee. skrg Aktif bloggimng je.. mls nak menjual dah.Jarang update kat sini

      Delete