Friday, November 25, 2016

Pengalaman mengandung : Trimester 2

Assalamualaikum..alhamdulillah.Saat ina menulis entri ini.Ina dalam pantang 38hari..sikit je lagi nak habes ( tapi.. orang tua tua pesan..hati hati sebab macam macam boleh berlaku ..contoh : Bentan ) Haihhh.. minta jauhh.

Entri kali ni nak cita pengalaman ina semasa mengandungkan Furqan.. (Muhammad Arif Furqan ) yang bermaksud Yang Bijaksana dan Furqan tu (nama surah dlm al quran..Surah Furqan ).

Semasa trimester 2 kehamilan..sepanjang trimester yang ini.Ina mengidam nak makan masam masam.Asam pedas.. kaw kaw masham ina buat. Takmau ikan biasa..nak kepala ikan merah..(cerewet la tentang makan).. Tiap kali masuk dapur jee, nak makan asam jawa & asam keping. Mulut ina ni.. air liur toksah cakap.. nak menitis nitis jeee.Lepas dapat asam jawa kat dapur tu.Terus OKay pula..hihihi.

Dalam duk berteka teki jantina apa dalam perut.. naluri ina takde pula macam sebelum sebelum niii. Abah(hubby) dia asyik cakap nii lelaki ni.Toksah la kita beli emas.Dalam hati iya iya jee confident... Cehh.

Ermm..masa nii hebat la ina.Aktif masak.Menjual biskut raya..buat roti..jual donat pelbagai topping laa. Masa nii, ada sorang 2 hatii busuk.Bukan ape tau,,cakap.Nii baby girl lagii."tengok pun dah tau,suka masak pulak tuu". Dalam hati..menangis je..,macam tak senang kalo ina dapat baby boy.Itu ina hanya senyap kan aje..iyakan bila orang cakap ina mengandung baby girl.. ada yang cakap lepas 5 tahun lagi baru baby girl..oooopss! memang benda tu small matter bagi dia.Tapi ina lain.. dah anak ina 2 orang perempuan sebelum ni kan? Mesti berharap baby boy pula kan?

Sepanjang kehamilan kali ni..langsung takde alahan.Best sangat.Enjoy sangat pregnant.Sampai ina tak percaya, betul ke tidak ni mengandung..


Sekian, cerita pengalaman ina sepanjang trimester 2.

Related Posts

0 komen: