Wednesday, March 23, 2016

Mashed potato (Ala kFC)

 Harini terajin,Nak habiskan stock ubi kentang di dapur.. maklumlah Cik hubby belikan 1guni ubi kentang.. ehh,bukan guni bsr tuu.yang kecil.. dalam 13biji juga.. Jadinya terhasil la mashed potato ni.

Dah try n error..lastnyee,resipi nie yang kena tekak.

Bahan-bahan (Kentang):

8 biji kentang
6 Sb susu tepung (dutch baby) kalo Nak pakai susu kotak pun boleh
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya; 

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 

2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.( saya hancurkan kentang menggunakan pemukul telur..cepat hancur)

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. ( bancuhkan susu tepung bersama air ..agak2 650ml) Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.







Cara Buat Gravvy : 

650 ml air
  1 kiub pati ayam 
    5 ulas bawang merah - cincang
    1 batang saderi - cincang
    4 sb buttercup
    4 sb tepung gandum
    1 sudu besar sos tiram
    sedikit serbuk lada hitam
    kicap pekat
    garam (rasa dahulu.,,sebab sos tiram dah masin.. taknak letak pon boleh)

Cara-cara

Masukkan buttercup 4 sudu Dan Tumiskan bawang putih bersama bawang merah (ketepikan)

    Masukkan air (650ml) dengan kiub stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.

    Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

    Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.

    Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

    Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Related Posts

0 komen: