Wednesday, March 2, 2016

endometriosis



*Simptom-simptom endometriosis?





Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah *senggugut* ataupun *kesakitan* pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.





Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.






Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.





Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.





Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.




Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.


Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.



Gangguan lain ialah *ketidaksuburan dan kemandulan*. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.





*Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?





Sebenarnya ada beberapa penjelasan








1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.






2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.






3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embrIO.






4Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

*Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali

*Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.



Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan iaitu


di bahagian perut,
dibawah perut
atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah*perdarahan* samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.


*Mendiagnos penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda/simtom-simtom tersebut kita sering mengesyaki pengidap berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.

Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis mereka menjalani pemeriksaan ultra sound melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang ("retroverted") dan bila dibahagian dalam ditekan dengan jari doktor bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit.


Ujian "ultrasound"melalui faraj ("vaginal sonography") juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Bagi Mengurangkan Kesakitan ENDOMETRIOSIS.Dinasihatkan megambil set ENDOMETRIOSIS
 hubungi 017-9506861





Related Posts

0 komen: