Monday, March 21, 2016

CHEESEKUT NESTUM

KEMPEN:: Jom buat sendiri Cheesekut...
Kalo beli ni,bekas kecil dah RM 6 .. sekali ngapp Je habiss. Kalo ada 5 orang anak yang suka makan cheesekut,takkan Nak beli sorang satu kan...penggsaan! MUDAh jee buat cheesekut,tak payah bakar.Hanya sejukkan dalam peti saja.

BAHAN BAHAN:


250gm Cream Cheese

75gm Buttercup

 1 cawan dairy whipping cream

  1/3 tin susu pekat (tin 525 g)

  1 pek Cracker ( Cap Pingpong pun OK)

  2 cawan susu segar – untuk rendaman biskut (aii guna susu tepung dan bancuh dengan air)
 
  Setengah cawan Nestum





Cara Membuatnya:

   √  Pukul cream cheese dan butter, (saya pukul dalam blender jer). Dah kembang, masukkan susu pekat, pukul lagi dan akhirnya masukkan whipping cream, pukul sehingga sebati.

   √ Rendam biskut (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas.


 √   Sapukan campuran cream cheese tadi sehingga rata, jangan terlalu tebal. Saya hentakkan sedikit bekas tu.. agar cream cheese tu rata dan masuk kecelah-celah biskut.

  √  Kemudian taburkan nestum.

√    Ulangi langkah tersebut sehingga selesai.

√ Masukkan ke dalam peti sejuk dan hidang ketika sejuk.



Yang nie aii tabur VICO sebagai hiasan atas





Nie pula hiasan : nestum biskut yang dihancurkan

Ps:Terpaksa jadikan 2 bekas... nanti si Sara makan sorang2 ..orang Lain takbole merasa la jawabnyeeee.. tehehehehe..pssst! Nie pun aii masuk kejap Je dapur sejak preggy, tak boleh lama lama.. jap lagi pitam.


Anggaran Kos Cheesekut ialah RM 38. . .. itu aii JIMAT! tak guna fresh milk...just bancuh susu tepung Hubby jeee... kikiki.Zaman berjimat!


Selamat mencuba kawan kawan..

Related Posts

0 komen: