Sunday, February 14, 2016

Pelupa ATAU Nyanyuk



serius kes nihh! aii sendiri pun boleh jadi nyanyuk kalau macam ni.. mana taknya... Tengah buat kerja rumah, tiba-tiba ada tetamu datang ke..lepas tetamu balik,aii lupa dah..., apa lagi erk nak buat kerja? Emm,kadang tu..kerja separuh jalan jeee. Ehehehe... nih laaa...mudah lupa. Hem..maklumlah kan..Orang perempuan nie banyak sangat tugasan nak kena pikul sebagai surirumah dan isteri / ibu kepada anak-anak.

Teringat dulu lagi tau (masa bekerja ), aii kena perli perli oleh BOS tau sebab mudah lupa. Tak ingat BOS suruh buat ape .. taip surat ke, telefon customer ke.. Hemmm...sedih sangat tau. 

Korang ada sama macam aii tak? 
mehh baca artikel nihhh...sangat sesuai




Menurut Dr Barbara Hansen Lemme (1995), Alzheimer merupakan punca utama nyanyuk (dementia). Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit mental tanpa penyebab yang jelas dan tiada penyembuhan yang khusus.

Alzheimer disebabkan berlakunya kemerosotan oleh neuron yang terdapat di dalam otak, terutamanya di hipotalamus serta frontal dan temporal lobes di cerebal kortek. Tempat-tempat ini merupakan bahagian otak yang terlibat dalam kegiatan ingatan, bahasa dan kognitif.




Alzheimer juga merupakan sejenis penyakit pelupa yang kebiasaanya berlaku ke atas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

  ciri-ciri pesakit yang akan menghidap penyakit ini adalah : 

1. Pertuturan menjadi lemah

2. Kewarasan kurang baik

3. Ingatan bertambah teruk

4. Perubahan personaliti

5. Tingkah laku

6. Pertimbangan




Mereka  yang Berisiko Mendapat Alzheimer 

1. Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi (darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas.

2. Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis.

3. Orang yang kurang melakukan senaman.

4. Paras kolesterol dalam badan yang tinggi.

5. Faktor keturunan.


 Rawatan
 
Alzheimer merupakan kemerosotan fungsi intelektual dari segi pemikiran, kognitif dan pengingatan yang menganggu kehidupan seseorang. Alzheimer juga merupakan satu masalah untuk orang yang lanjut usia terutamanya di kalangan umur 65 tahun ke atas tanpa mengambil kira faktor kaum, bangsa dan latar belakang ekonomi.

Kebanyakan Alzheimer menyerang dewasa pertengahan umur iaitu di kalangan umur 40an hingga 50an. Wanita berisiko mendapat dementia kerana secara puratanya usia wanita lebih panjang daripada lelaki.




Rawatan Alternatif Alzheimer

Saintis membuat hipotesis penyakit Alzheimer ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu genetik, penyerangan virus, persekitaran yang bertoksin, biokimia dan sebagainya.

Ia juga merupakan penyakit berkenaan dengan sistem saraf, sistem psikologi, sistem tulang, sistem otot, sistem limpatik, sistem pernafasan, sistem penghadaman, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan, sistem endokrin, sistem pembiakan dan sistem otak.

Seperti yang anda ketahui pesakit Alzheimer berlaku disebabkan kemerosotan sel neuron pada otak. Sel neuron adalah asas bagi sistem saraf. Apabila sel saraf neuron rosak, ia tidak mampu untuk menghantar pesanan dari otak ke seluruh bahagian badan. Ini menyebabkan pesakit Alzheimer lambat untuk bertindak balas bila ditanyakan soalan atau perlu mengingati sesuatu yang telah berlaku.

Di dalam setiap sel di seluruh badan kita terdapat DNA. Berkemungkinan besar DNA sel saraf neuron bagi pesakit Alzheimer rosak, cacat atau tidak bertenaga disebabkan oleh radikal bebas yang telah merosakkan DNA sel tersebut. DNA sel yang tidak mendapat perlindungan akan menjadi lemah dan seterusnya sel tersebut akan mati.


Related Posts

0 komen: