Monday, February 29, 2016

KURIER APA NAK GUNA YA??

Assalamualaikum dan salam tengahari.Isnin harini yang penuh kesibukan bagi Budak sekolah,yang bekerja..Mak budak pun busy jugak tau...em,Mana nak kejar kemas rumah,siapkan anak-anak dan memasak untuk suami balik makan tengahari lagi.

contoh kurier : citylink




NAK POS BARANG NIE... NAK POS PAKAI KURIER APA? MACAM MANA ERKK..

Okay,kita off topik atas.Kita kupas Tajuk entri KURIER..Kurier tu apa erkkk? Korang kalo nak hantar barang luar kawasan atau negeri korang mesti nak pos kan? tak kisah lah, nak pos barang apa sekali pun..(pinggan mangkuk atau barang jualan yang sudah ditempah Customer)..

1st sekali, korang mesti SURVEY dulu, hubungi kurier kurier yang boleh hantar barang yang bakal di bakal dipos itu nanti..Ni nombor Antara yang boleh di hubungi..klik LINK kat bawah tu yer.



Tapi kalau korang nak barang selamat tanpa sebarang kerosakan dan cepat sampai boleh mencuba GDEX..Barang mudah pecah sangat sesuai pilih GDEX ( aii selalu pakai ) dan KTMB juga boleh dipercayai ( kata kawan aii la kan ).. tapi kalau korang nak cuba yang lain..Dipersilakan.. tiada paksaan pun.Kata kawan aii lagi,KTMB pun murah cas dia. Tak ikut saiz kotak dia cas macam poslaju.

Kalau korang nak pos makanan dengan selamat, better pakai BAS.. korang boleh tanya driver bas ( destinasi yg nak hantar makanan tu ) .. Makanan akan sampai pada hari yang sama.


semoga bisnes anda berjaya!
moga selamat sampai barang yang di pos tu yaa.


bagi la kredit skit kat blog ni yaaa.. assalamualaikum

Sunday, February 28, 2016

BAHANA BERKONGSI GAMBAR ATAS TALIAN

Sejauh manakah selamatnya menyimpan gambar dalam talian pada portal-portal Internet?





 







DEWASA ini, kamera digital sudah begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang semakin maju melangkah dalam era digital. Di majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain contohnya, telefon berkamera, kamera digital SLR mahupun kompak sudah menenggelami populariti kamera analog yang menggunakan filem.

Selari dengan perkembangan ini, bilangan laman web yang membolehkan perkongsian foto digital secara umum turut meningkat. Laman web atau online album ini menjadi pusat depositori pengguna untuk menyimpan koleksi gambar mereka buat tatapan sahabat taulan serta saudara mara tidak kira di mana mereka berada.

Namun, adakah selamat untuk berkongsi koleksi foto peribadi anda di laman ini? Sama ada sedar atau tidak, foto peribadi mengandungi maklumat berkaitan anda dan keluarga, harta benda milik anda serta aktiviti yang dilakukan bersama keluarga mahupun teman.

Kekhuatiran ini sebenarnya ada asasnya kerana terdapat banyak laporan tentang pelanggaran privasi yang berpunca daripada perkongsian maklumat pada laman web umum menunjukkan laman seperti ini mungkin tidak selamat sekiranya kita tidak berhati-hati.

Laman web yang membenarkan perkongsian gambar seperti Fotopages, Flickr dan PicasaWeb merupakan portal himpunan gambar yang popular hari ini. Laman ini membenarkan ahlinya menyimpan serta mencoretkan nota pada setiap keping gambar yang terpapar.

Secara umumnya laman seperti ini mendapat keuntungan menerusi cetakan gambar, kad serta cenderahati seperti kalendar yang dicetak dengan gambar pilihan kita. Ahli pula boleh berkongsi gambar dengan teman dan keluarga dengan memberikan pautan kepada laman foto mereka.

Sesetengah laman menawarkan ciri keselamatan dengan menghendaki pelawat memasukkan kata nama berserta kata laluan sebelum dibenarkan melihat gambar di dalamnya. Pelawat juga boleh meninggalkan komen pada mana-mana gambar yang mereka rasakan menarik.
Ketika ramai yang ghairah memaparkan gambar mereka secara dalam talian, ada yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasinya. Wujud kes di mana pemilik album gambar ini diekori oleh seseorang yang tidak dikenali - yang berpunca daripada perkongsian gambarnya sendiri.

Lebih mengerikan, terdapat juga kes pembunuhan dan penculikan di Amerika Syarikat yang berpunca daripada perkongsian gambar. Pada Disember tahun 2004, Lisa Montgomery telah ditahan dan dituduh membunuh Bobbie Jo Stinnett yang ketika itu sedang hamil lapan bulan.

Hasil penyiasatan polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati Montgomery mengetahui Stinnett hamil melalui laman web yang memaparkan gambar Stinnett bersama anjingnya. Kemudian penjenayah kejam ini menghubungi Stinnett kononnya hendak membeli salah seekor daripada anjingnya. Tanpa sebarang syak, ibu malang tersebut memberikan alamat rumahnya. Perjumpaan kemudian diatur dan berakhir dengan tragedi memilukan itu.

Apabila maklumat peribadi dihantar ke internet, pastinya anda melakukannya dengan tujuan tertentu seperti berkongsi gambar dengan teman dan keluarga atau mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan anda. Namun, apabila maklumat peribadi didapati secara bebasnya di internet, anda kehilangan kawalan tentang siapa yang akan menggunakan maklumat tersebut dan bagaimana ia akan digunakan.

Terdapat banyak maklumat yang terdapat daripada album foto di internet daripada gambar hinggalah nota-nota ringkas. Seperti slogan Fotopages, 'Kerana sekeping gambar melambangkan ribuan perkataan', gambar peribadi boleh membawa pelbagai maklumat kepada mereka yang rapat dengan anda, tetapi sekiranya tidak dihadkan, ia juga boleh digunakan oleh mereka yang tidak sepatutnya.

Saturday, February 27, 2016

10 TIPS MELAJUKAN INTERNET!

Korang mesti Geram kan nak buka sesuatu page..,loading memang ambil masa yang sangat sangat lama.Silap silap boleh hang komputer / laptop korang kan??  Okay.., kat bawah ini ada 10 tips melajukan internet korang.

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.


sumber :dilla_delaila

Friday, February 26, 2016

CARA MENGENALI KULIT WAJAH ANDA

CARA MENGENALI KULIT WAJAH ANDA

wanita! anda perlu perhatikan jenis jenis kulit wajah sebelum membeli  sebarang produk penjagaan wajah.

antara si A Dan si B, Memang mempunyai perbezaan kulit.Ada berminyak, kulit normal,jenis kombinasi,kulit kering  dan kulit sensitif.Dibawah ini,ada 5 jenis KULIT WAJAH.

  1. Kulit Normal
  2. Kombinasi
  3. Berminyak
  4. Kering
  5. Sensitif
untuk mengetahui cara menentukan jenis jenis kulit wajah ada caranya, pertama bersihkan wajah dengan pembersih yang biasa anda gunakan, basuh dengan air, lalu keringkan.Biarkan sekitar 1-2 jam tanpa menggunakan produk apapun, lalu lihat ciri ciri yang  berikut :

Jenis Kulit Wajah
KULIT NORMAL
Kulit normal adalah jenis kulit yang paling lembut dan rapat. kulit normal juga umunya bersih, bebas dari bintik, halus, lembut, dan tidak memiliki daerah yang berminya atau berkerut. kulit normal juga tidak kering dan memiliki permukaan yang lentur. kesehatan kulityang berada didalam juga akan terlihat diluar sebagai hasil dari sirkulasi yang lancar dan kesehatan tubuh yang sempurna.
wanita yang berkulit normal, mungkin mengalami jerawat saat sebelum menstruasi. ini adalah akibat dari aktivti  hormon yang sedang bertindak dalam tubuh, sebagai hasil dari sebaceous yang over aktif. namun jerawat tidak dianggap sebagai suatu permasalahan bagi mereka yang berkulit normal.





Jenis Kulit Wajah
KULIT BERMINYAK
Jenis kulit wajah yang ketiga yaitu kulit berminyak, banyak yang bermasalah dengan kulit berminyak. selain menjadi lembab, bedak yang menyapu wajah pun jadi tidak merata. jangan dulu frustasi saat mengalami hal ini. dengan sedikit trik, kulit berminyak bisa diatasi.
Kulit berminyak biasanya terjadi karena kelenjar sebaceous dikulit terlalu aktif, hingga memproduksi sebum yang berlebihan selain itu, banyak faktor lain yang berkontribusi terhadap kulit berminyak, misalnya tingkat hormon, kelembapan, diet berlebih, dan kosmetik yang digunakan. Di samping itu faktor keturunan juga memegang peranan besar dalam produksi minyak.





KULIT KOMBINASI

Jenis kulit wajah yang kedua adalah kulit kominasi, Kulit kombinasi memang cukup unik, berminyak di beberapa area dan kering pada area lain, Biasanya yang paling breminyak adalah dearah T, yang meliputi dahi, hidung dan dagu. tetapi, di bagian pipi dan di sekitar mata juga sering terasa kering.



KULIT KERING

Kulit kering merupakan masalah sering dihadapi banyak orang,khususnya ketika cuaca dingin atau panas dimana udara menjadi kering. udara kering menyebabkan kelepabapan kulit menghilang, selanjutnya kulit menjadi pecah dan retak retak, daerah yang merekah dan retak retak. daerah yang merekah dan retak retak dapat mengalami iritasi dan terasa perihdisertai gatal. Ruam kulit kadang kadang berupa bercak bercak kulit berbentuk bundar, yang menyerupai penyakit jamur kulit (kadas)

Jenis Kulit Wajah


KULIT SENSITIF

Jenis kulit wajah yang terakhir adalah kulit sensitif , banyak orang sensitif pada kulit mereka ketika muncul jerawat setelah menggunakan produk tertentu atau telah terkena sinar matahari. jika anda adalah salah satu orang yang terkena jerawat dan gatal gatal setelah terkena sinar matahari atau setelah menggunakan suatu produk tertentu, lebih baik anda mencari tau apakah semua itu disebabkan oleh kulit sensitif atau hal lainya. Kulit sensitif adalah kulit tipis dan kapiler darah yang terdapat dibawahnya terlihat. Kulit sensitif juga mempunyai pori pori yang halus. ketika terkena perubahan temperatur/suhu, kulit sensitif akan memerah dengan mudah, tidak peduli dengan dingin atau panas. kulit sensitif juga cenderung mudah ruam ketika terkena debu atau produk kulit yang lumayan kuat. jika anda mengalami hal hal tersebut maka dipastikan anda memiliki kulit sensitif, untuk pemeriksaan lebih lanjut anda harus mengunjungi dokter kulit. 
sumber : nanomistic

6 TIPS PENJAGAAN LAPTOP AGAR TIDAK MUDAH ROSAK

Penggunaan komputer riba atau laptop menjadi trend pada masa kini.Penjagaan laptop amat penting untuk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama yang mungkin.








tips penjagaan laptop

 



Di bawah ini ada serba sedikit tips penjagaan laptop utk anda semua... .

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
*Jika bateri sudah habis dicas,digalakkan menggunakankuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ¡®Turn Off monitor in ¡* minutes¡¯.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ¡®Dead pixel¡¯.


4. Haba Panas
* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.


5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.


6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Sumber : azizie

Thursday, February 25, 2016

KISAH SERAM: GANGGUAN LAGI

assalamualaikum..dan salam sejahtera kepada semua pelawat blog ini.Cerita kali ini boleh dikategorikan agak seram la juga.Asal seram je, mesti aii yang kena.Ehem..

Okay,berbalik tajuk diatas.Kali ini aii di ganggu kali ke berapa entah.Asyik aii aje yang beruntung kena ganggu.Nak juga orang lain yang kena..Aii dah penat kena ganggu setakat nie.Cerita kat orang sekeliling, orang marah.Kata aii nie banyak tengok DVD.akhirnya...dekat sini la aii simpan cerita ya.

                                             BERMALAM DI RUMAH MERTUA 

Bermula kisah ( 2tahun lalu )..aii bermalam di rumah mertua (aii ada rumah,,hee, cuma weekend suami je nak saja saja tidur disini ). Jam menunjukkan 11 malam, mertua sudah masuk ke kamar masing- masing waktu ni.Aii masih mnonton TV.Dan beberapa minit kemudian..,aii bersama anak sulung ( umur 6bulan ) terus ke  bilik tidur.Cik hubby pulak time nie.. tengah melayan Game komputer ( di bilik lain , dengan sound game nye bunyi berdentam dentum).Malam tu, aii dah rasa seram seram di bilik tidur nie..Berapa kali entah, aii pujuk hubby suruh tidur.Suami buat taktau aje,dia teruskan aje bermain game.Aii macam nak menangis sebab ketakutan! Baby ? nasib baik lah tidur nyenyak.

harimau jadian


BUNYI HARIMAU  MENGERAM .. 
Agak lama aii di buai mimpi,tiba-tiba. "Tap".. ada sesuatu berbunyi di bawah rumah..(Okay, untuk pengetahuan korang, rumah mertua suasana kampung.Lantai kayu chengal...,memang tiada bawah rumah).
Selepas bunyi TAPP, seperti ada sesuatu di bawah lantai . Ia mengeluarkan bunyi lain lagi seperti mengerangg... "arghhhhhh.. arrrrrrr....arrrrrrr... eeee, semacam bunyinya..macam sesuatu mengeram.. nak jadi harimau ke ape..Aii bingkas bangun dan capai handphone ..jam menunjukkan 2 pagi waktu ini.Masla ni dalam hati.. "Ya allah, selamatkanlah hambamu ini dari gangguan mahkluk halus"..dan sambil tu aii baca ayat qursi.. tapiiiii.Lintang pukang..bacaan tersekat secara tiba tiba di tekak..terus aii sambung dengan zikir zikir.


Keadaan reda seketika, dan tiba tiba badan terasa ditindih. Sebelum aii di tindih sesuatu.Ada bunyi berdesing dan bingit di telinga. Memang sakit sangat! Sempat dalam hati bermonolog "Eh, telinga aii nak pekak dah ke ni? "
Sambil aii pejamkan mata.. ada dengusan yang kuat depan aii.Keadaan masa ini.. (aii baca surah al fatihah jee,,dengan harapan benda tu hilang.Alhamdulillah! tak sampai 5 minit.Ghaib benda tu..dah tak meremang lagi bulu tengkuk nie).


Keesokan harinya, aii bertanyakan suami hal semalam.

aii : "Abang ada dengar tak bunyi benda semalam?? Menyeramkan lahh".

suami : "ala, bunyi game je tuuu,kan abang main game semalam.Kuat bunyi sound effect".. (walhal suami main game soldier).

aii : "Betul ke nie abang tak dengar bunyi pelik di luar? Bunyi sesuatu mengeram..

Suami : "ishh awak ni..Tu kan bunyi kambing tersangkut tanduk". ( ayat nak sedapkan hati seorang isteri)

SUASANA PANAS DI TANDAS

setiap kali aii masuk ke tandas, suasana tandas agak panas suhunya. Tandas kampung, mana la nak ada pemanas air. Hem... aii masuk kejap kejap je, sambil masuk tandas tu nak mandikan baby. Baby menangis tiba-tiba..Dan dalam hati aii berkata.. "Heii setan! jangan la kacau kami.Pergi jauh jauh. Terus aii berlari ke ruang tamu.hihihihih.. konon berani la kan cakap macam tu



Untuk pengetahuan pembaca, kejadian ini berlaku beberapa bulan selepas ayah mertua meninggal.Bilik yang aii tidur tu? Tempat mengkafankan jenazah. Dan tandas di bilik itu juga..Tempat memandikan jenazah.Korang bayangkan.. Seram ke tak seram??



eeeee... seram la pulak, bila ingat.
Dan aii memang dah serik nak tidur disana.Buat ke sekian kalinya..

Bye.. sekian kisah seram malam ini.
assalamualaikum



artikel SERAM : RUMAH SEWA MURAH

Wednesday, February 24, 2016

SOLAT JUGA DAPAT MEMBAIKI KESIHATAN

SOLAT JUGA DAPAT MEMBAIKI KESIHATAN



1. BERDIRI LURUS dan kedua tangan di angkat ke atas.
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki.

Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran dapat di kawal dengan lebih fokus.

Pandangan mata di tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat.

Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Berdiri betul serta membaca Fatihah dan Surah
Menimbulkan kosentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk

Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua GETARAN daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna keseluruh badan, fikiran dan jiwa.

Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

Rukuk
Merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.

Darah dipam ke badan atas.

Melembutkan otot perut dan buah pinggang.

Lama-lama gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh.

Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

Sujud
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit.

Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (Termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru.

"Mental toxin" minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan jenin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan maqam roh, malah kedudukan sujud ini adalah PATI ibadat solat.

Duduk Di antara Dua Sujud
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini mambantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.

Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

Sujud Kedua
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagian emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Bangun Semula Daripada Sujud
Peredaran darah kembali kebahagaian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan pergerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.


alhamdulillah.. SOLAT salah satu perkara WAJIB bagi umat islam.Secara tak langsung dapat membetulkan masalah kesihatan kita juga. 


Ada hikmah kesihatan rupanya disebalik SOLAT yang kita lakukan setiap hari..Kalau macamnie, bolehlah teruskan dengan SOLAT SOLAT SUNAT pula.Semasa sarat mengandung pun, aii larat tak larat tetap solat tengah malam.Alhamdulillah, allah jaga kita jika kita jaga solat.

Friday, February 19, 2016

EXCITED NAK GEMUK

assalamuaalaikum dan selamat pagi! Harini jumaat.. makanya (terpengaruh sinetron pulak ) sangatlah pendek hari ini.Masa bergerak tersangat laju.Tup tup dah petang.

Entri harini,kebetulan tertengok  (NASI LEMAK KOPI O..slot produk iaitu D'herb) di tv9.Terhasil la entri pagi ni. Teringat kisah 2013, saat itu aii baru bersalinkan anak pertama iaitu Nur Iman Qhaisara (nama salah daftar, makanya nama jadi keras..tak serasi). Okay, berbalik kisah berpantang anak sulung dulu. Aii macam orang giler.Masa tu tak kenal lagi shaklee...Tak serius pun makan. Aii berpantang dengan jamu-jamu (mak yang cadangkan ).Aii berdarah O positif,,makanya tinggi la Jaundis nya.Hadoiiiii! Dengan masalah sembelit semasa berpantang lagi.Tension sangat.. masuk tandas berjam ( masuk tandas pagi, tengahari baru keluar.Tapi kalau masuk malam ..pagi jam 2 3 pagi baru keluar tandas..siap nangis-nangis lagi haissss...seram oooo.. masa tu tak takut dah)


 NAK KURUS MACAM NORA DANISH

Sebelum aii bersalin dulu, aii dah belikan Mustajab pati losyen.. nak kurus dan cantik (masa tu duta NORA DANISH ...kikikiki) . Sape taknak cantik kan? .Semasa pantang.Mak aii jaga, memang mak jaga dengan ketat. (Air masak pun kena minum suku gelas )hukhukhuk..sedih tau. Lastnya (aii curi minum semasa ketiadaan mak..kahkahkah).Bila dah kantoii, mak sanggup tidur siang kat dapur tau dak? haiiisss..mak oh mak.Sanggup mak jaga ya..Nak anak sihat. Kata orang tua-tua taknak bawah becak..heeehehe.



SELUAR JEANS SIZE 34


sekadar hiasan



Haaaa...yang nie pengalaman tak boleh blah... lucu pun ada.
Ada ke patut, pemikiran aii.. aii akan gemuk lepas melahirkan anak (berdasarkan mak mak saudara,semuanya berbadan besar selepas melahirkan anak ).Aii apa lagi, siap-siap beli seluar jeans size 34 hokeyy.. apa yang lucu lagi, hari hari duk belek seluar jeans tu. Giler tak giler? orang semua nak kurus,aii giler nak gemuk. Selepas habis pantang, memang tak gemuk kesudahnya.Hahahaha... sekeping tapi cukup zat tau.. hihihihihi( muka tak pucat ). lastnya jeans tu aii sedekahkan kepada mak saudara jeeee.. sebab saiz pinggang aii maintain 27


 Alhamdulillah, anak 2 pun,aii maintai kurus.Alhamdulillah... rezeki! badan tak membesar. 



Wednesday, February 17, 2016

PETUA :AGAR NASI TIDAK MUDAH BASI




Assalamualaikum dan selamat malam semua..Harini aiii nak bagi PETUA agar nasi sedap  dan tak mudah BASI. Iyalah..,orang kita ni..asal nasi basi jee mulalah pikir ada SYAITAN berak lah..Orang khianat la kan.Walhal cara memasak nasi tu yang tak betul..

okay..salin erk nota nihh..




Kita mulakan dgn periuk nasi itu sendiri. 

Utk mendapatkan nasi yg tahan lama/tidak cepat basi, isikan air di dlm periuk sehingga penuh. Kemudian masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. 

Inilah petua utk nasi yg tahan lama.masukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak. Proses masak air sehingga mendidih di dlm periuk nasi ini tidak perlu anda lakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali dlm sebulan. Atau ketika anda ada majlis atau kenduri sahaja.











Sesudah air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Selain kita akan mendapat nasi yg tidak cepat basi, kita juga akan mendapat saluran sinki yg bebas dr kotoran degil seperti minyak tepu yg terhasil dr minyak masak kegunaan harian serta lemak minyak dr ayam dan daging. Kebaikan 2 dlm 1




 
barulah sukat beras




 
Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dgn kuantiti beras yg ingin di masak. Dlm gmbr ini, sy masukkan 6 mangkuk beras biasa. Berat semangkuk beras adalah 500 gram. Maknanya sy masak sekaligus 3 kilo beras. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yg ingin anda masak.



kaedah menentukan air


 


Basuh bersih-bersih beras yg hendak di masak. Di sini saya TIDAK MENGGUNAKAN TERM 'cuci beras jgn lebih dari 3 kali sebab nnt vitamin/zat beras akan kurang/hilang'. A big no! Beras kena cuci bersih dan berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang. Bagi kita yg beragama ISLAM, selawat lah byk-byk ketika dlm proses membasuh beras ini. InsyAllah hasilnya akan baik-baik saja.




sukat air menggunakan jari











Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yg paling MUJARAB adalah dgn menggunakan JARI TENGAH. Masak lah berapa byk beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA.



Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sblm ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.








Kaji beras yg anda gunakan.

Beras yg biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah garisan jari tengah. Macam dlm gambar ini, sy guna beras biasa. Beras yg perlu guna byk air, sukatan air guna garisan atas jari tengah. Dan beras yg jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah. Kawan2 boleh rujuk gambar jari tengah yg sy ikat gunakan getah utk memudahkan kawan2 faham sukatan air beras.




 
Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul2 di tengah garisan jari tengah.





 
Bila sukatan air sudah sesuai dgn kuantiti beras yg hendak di masak, masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo yg sy masak, sy masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yg masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.





 
Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan utk aroma nasi yg wangi dan menyelerakan.





 

Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yg terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yg cantik dan tidak cepat basi. Mengikut periuk nasi yg sy gunakan, sekali masak muat utk 3 kg dan mengambil masa 1 jam. Selamat mencuba.

Bawalah ilmu ini ke mana2 majlis merewang. Dan masaklah dgn penuh keyakinan.




Tutorial masak nasi putih yg mudah.
Nasi gebu berderai sebiji-biji, nasi tahan lama dan nasi yg terhasil sedap dan wangi.





 credit : Noorastella









Tuesday, February 16, 2016

SAYANGILAH RAHIM ANDA



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita. Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang? "Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya? Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba? Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.






Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Di situ anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia? Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah. Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiada pun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami. Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


Okay bagi menjaga rahim korang dari masalah keputihan , senggugut,elak kekeringan agar kekal sihat disyorkan anda mengamalkan alfalfa complex bersama Gla Complex


Hubungi 0179506861 
sms/ whatsapp 

Postage ke seluruh malaysia

Monday, February 15, 2016

5 Trend Wanita masa Kini

Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.
Tetapi kebanyakkan wanita Melayu yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Macam mana tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini.

Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”.


Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita Melayu yang terpesong dalam zaman moden ni.


Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkanlurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.



Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna. (Ada yang duk pakai bonggol UNTA pun ada... bila aii tegur dia marah.Huhuhuhuhu...apa nak jadi laa ea.)

(Kat kedai kain,bersepah kain murah.. beli je ikut meter. Nak tebal mana. Baru berapa ringgit semeter..aurat terjaga kalao buat sndiri tudung tuuu..)



Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau di restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni. ( Ahaks..! aii ada jenis kawan rupa begini..haisss. Kita pula malu dan sakit hati tengok perangai macam ni.Malu weeiiii! )







Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki Melayu dan perempuan Melayu tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal jugak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo. Ntahlahhh..kalau aii, memang dah hangin..Suka suka je tepuk tampar .. Tak malu kan?


Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam Melayu. Memang dalam perkara ini kaum lelaki Melayu juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.



Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Cuma aii rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual.





Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aii katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus.




Sunday, February 14, 2016

Pelupa ATAU Nyanyuk



serius kes nihh! aii sendiri pun boleh jadi nyanyuk kalau macam ni.. mana taknya... Tengah buat kerja rumah, tiba-tiba ada tetamu datang ke..lepas tetamu balik,aii lupa dah..., apa lagi erk nak buat kerja? Emm,kadang tu..kerja separuh jalan jeee. Ehehehe... nih laaa...mudah lupa. Hem..maklumlah kan..Orang perempuan nie banyak sangat tugasan nak kena pikul sebagai surirumah dan isteri / ibu kepada anak-anak.

Teringat dulu lagi tau (masa bekerja ), aii kena perli perli oleh BOS tau sebab mudah lupa. Tak ingat BOS suruh buat ape .. taip surat ke, telefon customer ke.. Hemmm...sedih sangat tau. 

Korang ada sama macam aii tak? 
mehh baca artikel nihhh...sangat sesuai




Menurut Dr Barbara Hansen Lemme (1995), Alzheimer merupakan punca utama nyanyuk (dementia). Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit mental tanpa penyebab yang jelas dan tiada penyembuhan yang khusus.

Alzheimer disebabkan berlakunya kemerosotan oleh neuron yang terdapat di dalam otak, terutamanya di hipotalamus serta frontal dan temporal lobes di cerebal kortek. Tempat-tempat ini merupakan bahagian otak yang terlibat dalam kegiatan ingatan, bahasa dan kognitif.




Alzheimer juga merupakan sejenis penyakit pelupa yang kebiasaanya berlaku ke atas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

  ciri-ciri pesakit yang akan menghidap penyakit ini adalah : 

1. Pertuturan menjadi lemah

2. Kewarasan kurang baik

3. Ingatan bertambah teruk

4. Perubahan personaliti

5. Tingkah laku

6. Pertimbangan




Mereka  yang Berisiko Mendapat Alzheimer 

1. Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi (darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas.

2. Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis.

3. Orang yang kurang melakukan senaman.

4. Paras kolesterol dalam badan yang tinggi.

5. Faktor keturunan.


 Rawatan
 
Alzheimer merupakan kemerosotan fungsi intelektual dari segi pemikiran, kognitif dan pengingatan yang menganggu kehidupan seseorang. Alzheimer juga merupakan satu masalah untuk orang yang lanjut usia terutamanya di kalangan umur 65 tahun ke atas tanpa mengambil kira faktor kaum, bangsa dan latar belakang ekonomi.

Kebanyakan Alzheimer menyerang dewasa pertengahan umur iaitu di kalangan umur 40an hingga 50an. Wanita berisiko mendapat dementia kerana secara puratanya usia wanita lebih panjang daripada lelaki.




Rawatan Alternatif Alzheimer

Saintis membuat hipotesis penyakit Alzheimer ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu genetik, penyerangan virus, persekitaran yang bertoksin, biokimia dan sebagainya.

Ia juga merupakan penyakit berkenaan dengan sistem saraf, sistem psikologi, sistem tulang, sistem otot, sistem limpatik, sistem pernafasan, sistem penghadaman, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan, sistem endokrin, sistem pembiakan dan sistem otak.

Seperti yang anda ketahui pesakit Alzheimer berlaku disebabkan kemerosotan sel neuron pada otak. Sel neuron adalah asas bagi sistem saraf. Apabila sel saraf neuron rosak, ia tidak mampu untuk menghantar pesanan dari otak ke seluruh bahagian badan. Ini menyebabkan pesakit Alzheimer lambat untuk bertindak balas bila ditanyakan soalan atau perlu mengingati sesuatu yang telah berlaku.

Di dalam setiap sel di seluruh badan kita terdapat DNA. Berkemungkinan besar DNA sel saraf neuron bagi pesakit Alzheimer rosak, cacat atau tidak bertenaga disebabkan oleh radikal bebas yang telah merosakkan DNA sel tersebut. DNA sel yang tidak mendapat perlindungan akan menjadi lemah dan seterusnya sel tersebut akan mati.

Saturday, February 13, 2016

RESIPI : MEE SUP AYAM









Lama dah tak letak resipi dalam blog nie.Sekarang kat sini musim hujan, maka nya.. sedaplah makan yang Sup sup.. ehehehe..okay,tanpa berlengah masa aii bagi resipi ni.


BAHAN BAHAN :

2 BUNGKUS MEE KUNING
1 EKOR AYAM
1 PAKET SUP BUNJUT adabi
2 BATANG LOBAK
1 IKAT DAUN SUP
10 ULAS BAWANG MERAH (KECIL)
5 ULAS BAWANG PUTIH
1 BATANG KULIT KAYU MANIS
5 BIJI CENGKIH
1 BIJI BUAH PELAGA
3 BUNGA LAWANG 
HALIA ( SAIZ BESAR IBU JARI )
TOMATO 
GARAM (SECUKUP RASA)
LADA HITAM ( IKUT SUKA PEDAS) ai letak sikit je,sebab baby pun nak makan
AIR 


CARA CARA :


1. Basuh ayam bersih bersih dan potong ( aii potong dadu..suka ayam kecil-kecil mudah anak nak makan)

2. ( Masukkan air 2 jag )Renihkan ayam (lagi lama,lagi best..air ayam tu turun. Tak payah pakai dah STOK ayam)


3.Sambil sambil tunggu ayam di reneh, kupas bawang merah dan bawang putih dan di mayang halus bersama halia ( blender pun boleh).


4. Tumiskan bawang putih ,bawang merah bersama halia tadi ( dalam kuali lain ).


5. Tumiskan juga pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang .( dalam kuali lain )


6. Masukkan bahan tumis ( no 4 dan no 5 ke dalam periuk yang ada ayam renehan tadi ).


7. Masukkan juga SUP BUNJUT , lobak,tomato dan kacau.


8. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.


9. Last sekali masukkan daun sup dan biarkan ia mendidih 15minit .




LADA KICAP :


BAHAN BAHAN:

5 TANGKAI CILI PADI HIJAU (LAGI BANYAK,LAGI SEDAP)
GARAM
GULA
5 ULAS BAWANG PUTIH
KICAP


CARANYA :

1.  Bawang putih dimayang halus bersama cili padi.
2. Masukkan garam dan gula ikut rasa.
3. Sedikit kicap ( ikut nak banyak mana kuah kicap)






~~ sekian.. selamat mencuba!!
Terimakasih sudi terjah entri ini.

Assalamu'alaikum.

Thursday, February 11, 2016

BASIC h: CUCI KERETA pun bolehhh



rentetan Kuantan Diisytiharkan Bandar BAUKSIT ..( planet marikh.. planet sirih haaa),customer Nak sental keta pakai Basic H katanya.
letih asyik masuk carswash jee.

lau Cuci sendiri kereta,dapat jimatkan DUIT of course la kan.Lagi dapat keluarkan segala Peluh! Dan paling Berkualiti dari segi DUIT ialah : quality time bsama anak2.. dapat eratkan lagi hubungan tuuuu.

yang menariknya , basic H ni boleh jugak buat cuci cermin kereta.Insyallah memang tak menyesal .. permukaan berminyak pada crmin dapat dihilangkan juga.
sebotol basic H dapat buat macam-macam.. dulu anak aii demam panas, malam-malam nie suhu 39 darjah.. aii amik Basic H nie dan campur air sedikit  dan buat lap lap kepala anak.Keesokannya terus Kebah demam.. Kami dah tak risau lagi lepastu.Kat rumah,nie memang WAJIB ada basic H.. bOLEH macam macam guna, cuci kereta, untuk anak demam, cuci kuali (buntut kuali tuu haa).Dan nak hilangkan bekas conteng dinding pun berkesan hilang.

Untung berbulan bulan boleh pakai..!bebas kimia.. yang ekzema dan kulit sensitif jangan risau, tak gelupas tangan tuu. Lagi aii buat cuci peti pakai basic H nie.

‪#‎bauksit‬


whatsapp atau telegram 017-9506861
 
basic H ..pencuci serbaguna.
 

Wednesday, February 10, 2016

BAHAYA: Pendarahan Selepas HAID

Semenjak nie, banyak menerima whatsapp dari customer, hampir kebanyakan mengalami masalah yang sama iaitu masalah kitaran haid.

Suatu perkara yang agak merungsingkan bagi wanita apabila tempuh haid telah berakhir namun masih lagi terdapat cecair yang keluar dari faraj untuk beberapa hari. Adakalanya berwarna merah kecoklatan dan keluar bersamacecair seperti air kencing, kadang kala pula ianya keluar bersama-sama dengan lendir serta beberapa titis darah dan selalunya dalam kuantiti yang sedikit namun sudah cukup merisaukan.Biasanya perkara ini hanya akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka.


Proses Kitaran haid

Kedua-dua ovari yang berkedudukan di kiri dan kanan rahim secara alami berfungsi untuk mengeluarkan dua jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.Hormon-hormon ini pula apabila digandingkan berfungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk menghadapi kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Lazimnya,ovulasi akan berlaku antara 12 sehingga 14 hari sebelum datang kitaran haid yang berikutnya.


Hasil dari benih yang telah berjaya dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau gagal) berlaku bersama sperma. Sekiranya persenyawaan gagal berlaku, paras hormon akan jatuh dan ini akan memberikan isyarat kepada dinding dalaman rahim supaya digugurkan sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran haid berlangsung selama 28 sehingga 35 hari adalah dikira normal.
  Sebab-sebab pendarahan selepas haid

Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan yang keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita itu berakhir. Pendarahan haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir untuk memulakan proses reproduktif yang baru.Walau bagaimanapun pendarahan selepas haid membuatkan wanita merasa bimbang, dan selalunya berfikir kemungkinan terdapat sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh badan mereka.


Dalam banyak kes,pendarahan berlaku selepas tempuh haid adalah disebabkan oleh lebihan tisu atau darah haid yang tidak dikeluarkan secara sempurna, maka saki bakinya akandikeluarkan dalam masa tempuh seminggu atau dua minggu selepas haid berakhir.Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahimyang secara normal akan keluar sebagai darah haid apabila sampai waktu haid.


Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas faktor-faktor lain, seperti perubahan hormon secara tiba-tiba,pertambahan berat badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau telah mula mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar ovari.


Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan tiroid juga boleh menjadi punca untuk perkara ini berlaku.Pengambilan ubat atau suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat tersebut secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan perkara yang sama.Bagi remaja pula,situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil akibat dari kelenjar ovari yang masih belum matang.


Antara lain, pendarahan selepas haid ini juga berkemungkinan disebabkan oleh kehadiran ketumbuhan fibroid didalam rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak terlalu merbahaya, ianya patut dibuang segera sebelum membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.


Akhir sekali,nasihat saya kepada wanita,jika situasi ini tidak berlaku pada setiap bulan dan darah yang keluar hanya dalam kuantiti yang sedikit,maka tiada apa yang perlu dirisaukan namun tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan dan siasatan yang lebih teliti harus dijalankan oleh pakar.
Okay.. bagi penyelesaian diatas berkenaan Kitaran haid yang tak normal anda dinasihatkan dengan  mengambil  GLA COMPLEX ..

GLA COMPLEX dapat menyelesaikan masalah kitaran haid ,hormon yang tak menentu,masalah keputihan , senggugut,Mengecutkan cyst / fibroid, pra menopos.
untuk tempahan whatsapp / telegram ke no 0179506861


Saturday, February 6, 2016

BUAH DELIMA untuk Anak CANTIK

hai hai... 2 hari hokey blog tak update. Risau pulak aii. Tetiba muncul idea nie.Since ramai pelawat blog dan friendlist aii yang preggy.Excited weiii bila preggy, bila period delay seminggu pun dah dup dap.Macam aii dulu, delay beberapa hari (Kalau tak silap, 4 hari je kot..Dah perasan preggy.Habis p tanya pakcik google ni haaa) Ketar-ketar lutut nak tau pebenda.

Tapi entri kali nie bukan nak cita tanda tanda miss period ya. Nak tanya korang la pulak. BETUL ke Nak baby cantik kena makan BUAH DELIMA? betull? hemm nak baby kulit cantik makan DELIMA? Bibir bak merah delima.Anak CERDIK.Ehhh..melalut la pula malam malam minggu nie. Takpe .. ni Aii bagi Korang TIPS dan PETUA yaa. 

Dulu.. Aii nak anak Cantik,Cerdik,Mudah bersalin Aii baca je al quran ( surah maryam, surah yusof dan Surah Lukman ,Yassin .. Aii ni tamak tau tak. Hari-hari selepas solat 5 waktu,terus mengaji 1 mukasurat je pun tapi kalau terlebih rajin.Aii baca 3 mukasurat..haaa.,tamak tak?). Lagi satu kawan aii pesan, nak bersalin mudah ni, baca surah Maryam dan surah Nabi Yunus.Aii siap baca duk ulang ulang sampai ke 9 bulan duk amal.Siap solat tengah malam lagi tu( suami sampaikan terkejut tengok perangai aii ni..PELIK katanya ). Tapi...Memang berbaloi apa yang aii usahakan selama ni. Nak bersalin memang mudah sangat! Allahuakbar!  aii dapat layanan macam kat private. Bersalin pun mudah,sampai hospital terus jalan buka 5cm. .Keesokan tengahari terus dapat balik rumah tau..( sebelum nie anak sulong berkampung hampir 2minggu tau,dengan anak kuning..Susu tiada..Stresss ooo.. )

ps: Part ni aii bukan nak riak,cuma aii nak berkongsi dengan korang je.Sebab dulu aii payah bersalin..nyaris tak operate.Hahaha..

DELIMA 

aii makan sebiji je.. orang tua lama kata, nak makan kena amalkan selalu sepanjang tempoh kehamiilan.Antara kebaikan delima untuk kulit cantik.
Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi`

ps: yang nie aii syorkan kepada mereka yang nak makan delima, sila beli buah delima.Okay?? Sebab ada dah customer sorang nie,dia bleeding semasa makan *teet*.. dan kakak ipar aii pun bleeding sampaikan bleeding dan bersalin semasa kandungan 35 minggu (mungkin benda tu panas..baby pun taktahan la kot..tapi kalau kandungan masih baru boleh jadi keguguran tau )



wardina soffea baby dari set subur sampai set kehamilan seterusanya ke set penyusuan..alhamdulillah,kulit cantik, bebas alergik, bebas dari kelahiran pramatang





SUPPLEMENT

Aii makan set kehamilan sepanjang mengandung 9 bulan..takde miss.( Sanggup aii laburkan sikit duit demmi baby ) Ubat klinik bagi aii langsung tak sentuh.Mengenangkan baunya itu lah.
Alhamdulillah, memang nampak perubahan ketara pada kandungan kedua berbanding yang sulong ( baby pramatang : 35minggu dah bersalin akibat stress maybe dan kulit sangat sensitif ) Kali ni memang rezeki aii allah bagi baby sihat, lahir cukup bulan iaitu 39minggu walaupun doktor sahkan memang akan berulang lagi kes pramatang.. sedih tak? dan bebas kencing manis serta HB cantik!  ).


Okaylah..tetiba aii rasa sedih pula mengingatkan kisah baby pramatang akan berulang lagi awal dari kandungan sebelumnya iaitu 35 minggu.Masa nie hospital pakar pun taknak amik risiko kes aii. 


Jadi kalau korang nak baby sihat  dan tiada masalah semasa mengandung dan bersalin nanti,boleh lah cuba tips kat atas tu yaa.. 


Bagi mereka nak supplement shaklee..
hubungi je no 0179506861 
whatsapp atau telegram (sms pun boleh )



Thursday, February 4, 2016

Tanda-tanda senggugut merbahaya

Awas jika ada tanda2 berikut!


1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umUr remaja dan tidak hilang lepas kahwin.

2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.

3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.

4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.

5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.

6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.

7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.

8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda2 senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.







langkah langkah perlu diambil


1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovay dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.

3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan pekuang hamil.
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat (Supplement anti oksida tinggi vitamin ACE), ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vitamin C, vitamin E,Vitamin A




TIPS LAIN:


 makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula.

 Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

 sarapan pagi

 kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.

Makanan selingan (brunch : antara waktu makan pagi ke tengahari) 

 jauhkan makanan bergula dan karbohadret.

Makan buahan atau segenggam campuran kekacang almond, gajus dan peanuts.

 Minum air mineral atau teh hijau. ( Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.)

Makan tengah hari -

 Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur.

Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging.

Minum air mineral ,air kelapa muda.

Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

Makan malam 

 Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . 

Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
 rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu.

 Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.


Wednesday, February 3, 2016

7 tanda Kanser anda patut ambil peduli

Haa.. scary tak tajuk ENTRI kali ni? aii scary weii. sanggup aii p labur duit beli supplement untuk mencegah ni kan. Aii memang takde Kanser, tapi aii pasaang perisai dulu..tehehehe..rela aii laki bini ikat perut nak membeli supplement kami seisi keluarga.Kalau dah sakit, lagi mahaii weii nilai nya.


Berbalik kepada tajuk UTAMA.. hee. ni TANDA - TANDA Kanser ya..


  7 tanda Kanser anda patut ambil peduli


1. KESUKARAN BERNAFAS ATAU TERMENGAH MENGAH KETIKA BERNAFAS

~Salah satu tanda pertama KANSER PARU-PARU. Pesakit akan merasa mengah ketika bernafas atau ketika berjalan pun walaupun sedikit.( tak jogging pun boleh mengah. yang ni hati-hati ya)


2. BATUK KRONIK ATAU SAKIT DADA

~Beberapa jenis Kanser termasuklah Leukimia dan Tumor paru-paru boleh menyebabkan gejala gejala yang hampir sama dengan batuk teruk atau bronkitis.
~ Tanda lain ialah pesakit kanser paru-paru berkata sakit dada mereka akan naik sehingga ke bahu atau ke bawah lengan.

3. DEMAM YANG KERAP ATAU MENGALAMI JANGKITAN

~ Salah satu tanda pesakit LEUKIMIA..Iaitu kanser pada sel sel darah yang bermula dalam tulang sum sum.
~Kebiasaanya pesakit ini dapat dikesan apabila orang dewasa demam dan gejala lain seperti selsema yang panjang.

4. KESUKARAN MENELAN MAKANAN 

~ Berkait rapat dengan KANSER TEKAK
~Juga merupakan tanda tanda seseorang itu menghidap kanser paru-paru.


5. NODUS LIMFA BENGKAK, BENJOLAN PADA LEHER, KETIAK DAN PANGKAL PEHA

~ Pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik.
~ Benjolan pada nofus limfa pada bawah ketiak kadangkala petanda kepada penyakit kanser payudara.


6. LEBAM MELAMPAU ATAU PENDARAHAN YANG TIDAK BERHENTI



~Jika perkara begini berlaku, ini adalah perubahan tidak normal brlaku terhadap platlet dan sel sel darah merah .Dan ini adalah tanda tanda anda pesakit leukimia.

~ Lebam lebam luarbiasa berlaku pada jari, dan tangan serta tompok - tompok merah pada muka ,leher dan dada.

~ Pendarahan vagina, haid yang abnormal ( melebihi 2minggu dan tiada tanda untuk berhenti)


7. LEMAH DAN LESU

~ mengalami keletihan melampau, walaupun anda tidur yang mencukupi. Keletihan anda masih tidak berubah. Segeralah berjumpa dengan doktor segera.


next entri aii akan sambung tanda tanda lain KANSER

okay.., bagi mereka yang ingin dapatkan VIVIX, bolehlah menghubungi aii di 017-9506861 whatsapp/telegram


bagaimana VIVIX bertindak dalam melawan kanser..klik SINI


credit to : azlinaqhaisara.blogspot.com