Saturday, January 24, 2015

tangan kebas semasa mengandung

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.

Ramai di kalangan ibu hamil mengalami sindrom tangan kerap kebas secara tiba-tiba,ada segelintir yang nak genggam tangan pun tak boleh.Dan apa yang lebih membimbangkan kebas tangan sampaikan jari terkena pisau pun masih tidak sedar..iShh.. maacam serius je bunyi kan? Jom, kita baca entri ni sampai habis..



tangan terasa sakit dan kebas?

 

Sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari semasa hamil kemungkinan besar disebabkan oleh sindrom terowong karpus (carpal tunnel syndrome). Ia merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan kebengkakan dan peningkatan berat semasa hamil, di mana saraf utama di pergelangan tangan menjadi tertekan.


Syukurlah tidak semua wanita hamil mengalaminya; anggarannya berbeza di antara 20 hingga 60 peratus. Bagi kebanyakan wanita yang mengalaminya, rasa sakit dan kebas itu sedikit sahaja dan bersifat sementara. Ia hilang tidak lama selepas bayi mereka dilahirkan. Namun bagi sesetengah wanita, keadaan ini boleh jadi teruk dan berterusan selama beberapa bulan.

 

Tanda-tanda lain bagi sindrom terowong karpus

Simptom-simptom sindrom terowong karpus biasanya lebih teruk pada waktu malam tetapi ia juga boleh menjejaskan aktiviti pada siang hari. Simptom-simptom ini termasuk:

sakit, semut-semut, atau rasa mencucuk atau panas biasanya berpusat di ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan separuh jari manis yang terdekat dengan ibu jari;

sakit pada bahagian tangan, dan kadang-kala pada bahagian bawah lengan;

genggaman yang lemah, terutamanya pada bahagian ibu jari;


jari-jari yang terjejas atau tapak tangan menjadi kebas apabila keadaan ini menjadi lebih teruk.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kesakitan ini?Jika anda seperti ramai wanita hamil yang lain, anda mungkin mengalami simptom-simptom sindrom terowong karpus ini pada waktu malam. Setiap kali anda rasa sakit atau kebas, tukarlah posisi tidur anda kerana ini dapat melegakan ketidakselesaan yang anda rasa itu.

 

Tip-tip lain yang boleh anda amalkan termasuk:

elakkan tidur beralaskan tangan anda

jika anda rasa sakit ketika tidur, cuba kibas-kibaskan tangan anda sehingga kesakitan atau rasa kebas itu berkurangan

meregangkan pergelangan tangan dan jari dengan kerap sepanjang hari mungkin membantu, namun dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan masalah ini semakin teruk

jika boleh, elakkan tugas-tugas yang memerlukan pergerakan tangan berulang-ulang kerana ini boleh menyebabkan simptom-simptom anda semakin teruk

duduk dengan tangan ditinggikan mungkin membantu, contohnya dengan meletakkan tangan di tempat sandar apabila anda duduk menonton tv di sofa.

((Tidak banyak kajian dibuat mengenai kaedah rawatan sendiri bagi sindrom terowong karpus, oleh itu anda mungkin perlu mencuba beberapa kaedah bagi mengenal pasti apa yang berkesan bagi. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor atau ahli fisioterapi yang mungkin dapat memberi anda anduh pergelangan tangan - lihat di bawah.))

 

  Cadangan pengambilan vitamin B complex setiap hari dapat membantu, tetapi ini hanya benar bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan vitamin B complex. Jika anda mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, anda pasti mendapat kesemua vitamin yang anda perlukan, tidak kiralah samada anda merancang untuk mengambil vitamin ibu mengandung tambahan ataupun tidak.



Related Posts

0 komen: