Saturday, November 1, 2014

Check up 3 bulan

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum.. selamat petang semua.

Harini Jadual tersangat padat..Penat~

Appointment 1/11/2014

Alhamdulillah, kandungan semakin membesar.Pagi-pagi lagi..(ehh, separuh pagi laa, tuptap tuptap bersiap smpai la jam 930pagi baru sampai ke klinik)
Check-up pertama utk kandungan 3bulan. Alhamdulillah skali lagi, segala puji bagi allah.. keadaan ina semakin sihat.Alahan hilang, cuma bukan setiap pagi & malam muntah2.Selera makan kini bertambah.. cuma berat 46kg je. ( normal kata doktor )

Sampai Giliran

Ketika nama dipanggil doktor, ina nervous gitew.. rasa macam nak kena bedah je.( hahaaha, sebab tengok pesakit tu kendong baby yang baru lahir .., sebenarnya rasa takut nak bersalin tu masih berbaki.Yealah, trauma kes doktor Htaa silap jahit )

Pengalaman 1st time checkup private

Ina sebenarnya bukan apa,ini kali pertama tau duk checkup dengan private ( bukan niat nak berlagak.. tapi ina ada special kes , itu yang refer sini ) Ina berurusan dengan klinik W.Y.ko.. layanannya mesra dan paling penting doktor nie bertaraf pakar ( bukan pakar-pakar biasa, nie special skit..) ina bagi 5 bintang untuk kepakarannya.Bukan tidak pernah pergi specialist lain,tapi yang nie memang bagus sangat-sangat.Doktor nie pandai handle kes ina. Doktor lain yang ina pergi KMC dan klinik biasa ( sarahana ).. hmmm. Faham-faham la..

Scan 3 bulan

Kali nie, nampak baby bergerak dalam perut ina. Seronok sangat~~ nampak tangan dia gerak-gerak.. baby dalam posisi duduk masa scan tadi.Nie Pertama kalinya,ina scan.. ( masa mengandungkan si iman, ina tak buat scan details sebab tiada masalah.Lagipun scan dekat klinik desa .. )
Uri semua okay, air ketuban pun tiada masalah ~ alhamdulillah.Next checkup 29/11/2014 pula. Kandungan 4bulan doktor kata sudah boleh tengok jantina (haisss~ berdebar - debar mama menanti)

Okay.. Next entri. Hiiihi


Related Posts

0 komen: