Friday, November 14, 2014

penyakit Lelah / asma

ya allah, kesiannya..penghidap lelah / asma

ada warga emas,kanak-kanak dan dewasa semua duk beratur di hospital sedut nebulizer tuu.. ish ish.

al-maklumlah,sekarang musim hujan..

Jom, saya ada penyelesaiannya.. saya nak bantu anda sihat tanpa nebulizer @ inhaler..

pm @ whatsapp sy 017-9506861
cod sekitar kuantan

Wednesday, November 5, 2014

15 minggu kandungan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Selamat petang~ Uarghhh! penat sangat 2 hari kebelakangan nie.Harini pergi checkup dekat klinik gomen pula.
Al-maklumlah dah lama tidak mengandung ( ngehehehehehe ..,walhal baru je jarak 2 tahun tew ) Semua rasa janggal. Heee.. Lupa dah oiii macam mana checkup semasa mengandung. Emmm..dulu masa iman checkup klinik Desa Indera Mahkota.. Walaupun kecil tempatnya,servis laju la.Tapi tak tahan mulut laser maser nurse disitu... lahaii.
Mengandung kali ini, ina start checkup di Poliklinik beserah ( sebab berpindah disini). Poliklinik nie ramai sangat orangnya,sistem bernombor. Lama giler nak tunggu sampai giliran.. total bilik yang masuk jumpa nurse harini  4 bilik semuanya.

Step By step prosuder

Mula sampai daftar dulu dengan nurse yang bertugas ( booking katanya ), semasa daftar.. nurse tu tengok iman lahir 35week, terus ina tanya samada risiko atau tidak akan berlaku lagi kelahiran premature.. nurse kata besar kemungkinan akan berulang ( yang nie la paling risaunyer.. dulu iman lahir awal sebulan dari EDD ).Selepas selesai daftar buku merah terus pergi ke makmal untuk ambil darah. Banyak jugak laa darah diambil 5ml..[ heee, seram la.Lama dah tidak kena ambil darah nie ] Nurse tu cakap uratku lari sebab isi tidak banyak. [ Kurus hokey ]. Nasib baik tidak sesakit masuk wad tu yang masuk air garam. Darah diambil sebanyak 5ml untuk pemeriksaan HIV,malaria dan satu lagi lau tidak silap HcG kot.
Sesudah cek darah, step seterusnya kena pergi test Urin ( untuk mengetahui samada kandungan urin ibu hamil mengandugi protein @ gula dalam air kencing ). Setelah selesai, giliran seterusnya dipanggil oleh Sister dalam bilik tersebut ( tekanan darah , breast kena check [kot kot ada ketulan ke ape] dan berat semasa turut diambil kira.
Next checkup 2minggu pula dari tarikh harini... checkup bersama doktor. 

Sekian.. checkup ina di poliklinik.

( sambil-sambil pergi klinik,sempat lagi ku menyelit flyers shaklee di celahan wiper kereta disitu )

( gambar garam kat bawah tu, kliniki beri.. memang terkejut la masa mula tadi.Ingatkan nurse nak suruh minum air garam ke apa.. rupenyer garam tu bole dmakan seisi keluarga..letak dalam masakan.Untuk elak penyakit beguk katanya)

kisah ina semasa bleeding :jemput baca
miracle :allahuakbar! sujud syukur
 

Ingin dapatkan produk shaklee?
sms / whatsapp 017-9506861
kawasan COD : sekitar kuantan pada setiap hari.
Jom tambah rakan : Nor Azlina Ina
buku merah..
 garam berIODIN.. elak penyakit beguk kata nurse. Sesuai utk seisi keluarga.. hanya taburkan dalam makanan selepas makanan masak.

Saturday, November 1, 2014

Check up 3 bulan

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum.. selamat petang semua.

Harini Jadual tersangat padat..Penat~

Appointment 1/11/2014

Alhamdulillah, kandungan semakin membesar.Pagi-pagi lagi..(ehh, separuh pagi laa, tuptap tuptap bersiap smpai la jam 930pagi baru sampai ke klinik)
Check-up pertama utk kandungan 3bulan. Alhamdulillah skali lagi, segala puji bagi allah.. keadaan ina semakin sihat.Alahan hilang, cuma bukan setiap pagi & malam muntah2.Selera makan kini bertambah.. cuma berat 46kg je. ( normal kata doktor )

Sampai Giliran

Ketika nama dipanggil doktor, ina nervous gitew.. rasa macam nak kena bedah je.( hahaaha, sebab tengok pesakit tu kendong baby yang baru lahir .., sebenarnya rasa takut nak bersalin tu masih berbaki.Yealah, trauma kes doktor Htaa silap jahit )

Pengalaman 1st time checkup private

Ina sebenarnya bukan apa,ini kali pertama tau duk checkup dengan private ( bukan niat nak berlagak.. tapi ina ada special kes , itu yang refer sini ) Ina berurusan dengan klinik W.Y.ko.. layanannya mesra dan paling penting doktor nie bertaraf pakar ( bukan pakar-pakar biasa, nie special skit..) ina bagi 5 bintang untuk kepakarannya.Bukan tidak pernah pergi specialist lain,tapi yang nie memang bagus sangat-sangat.Doktor nie pandai handle kes ina. Doktor lain yang ina pergi KMC dan klinik biasa ( sarahana ).. hmmm. Faham-faham la..

Scan 3 bulan

Kali nie, nampak baby bergerak dalam perut ina. Seronok sangat~~ nampak tangan dia gerak-gerak.. baby dalam posisi duduk masa scan tadi.Nie Pertama kalinya,ina scan.. ( masa mengandungkan si iman, ina tak buat scan details sebab tiada masalah.Lagipun scan dekat klinik desa .. )
Uri semua okay, air ketuban pun tiada masalah ~ alhamdulillah.Next checkup 29/11/2014 pula. Kandungan 4bulan doktor kata sudah boleh tengok jantina (haisss~ berdebar - debar mama menanti)

Okay.. Next entri. Hiiihi