Tuesday, September 30, 2014

Doa ketika Hamil

Doa semasa hamil

– Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



Disamping itu juga, korang dinasihatkan lebih banyak melakukan aktiviti sihat semasa mengandung seperti banyakkan berjalan (yang ni, kena lah kandungan memasuki trimester ke 2, jika trimester pertama..di khuatiri akan bleeding.Macam ina dulu lahh, kisahnya..,ina teman suami jogging petang.Setibanya di rumah, ina bleeding.Keluar darah fresh.. ohhh! takut sangat tau.Kandungan ina, memang tidak kuat.Tidak boleh penat.. stress pun tak boleh.. ) .Perbanyakkan membaca al quran bagi keselamatan baby dan juga amalan sunat bagi orang islam ketika mengandung.

Related Posts

0 komen: