Friday, August 22, 2014

menu IBU HAMIL trimester PERTAMA

assalamualaikum... salam  jumaat semua. Harini kita bercerita pasal menu bagi ibu hamil pada kandungan awal ( trimester pertama ).Jom baca..


Dalam trimester pertama anda (4 minggu hingga 13 minggu), anda memerlukan semua vitamin dari diet yang sihat dan pelbagai, terutamanya folat, beta karotena dan vitamin A yang amat penting untuk perkembangan bayi anda pada peringkat awal ini. 

Jika mabuk hamil membuatkan masa makan sukar ditangani, makanan-makanan yang ina sediakan di entri kali ini adalah sumber baik dan lazat nutrien-nutrien tersebut.


Sup bayam, brokoli atau kacang pis

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kacang pis dan kubis kerinting adalah kaya dengan folat. Bungkuskan sup sayur ke tempat kerja. 

Cuba guna herba dan rempah segar atau jus lemon untuk menambah perisa tanpa garam dan pilih kiub rebusan rendah garam. Jika anda membeli sup, pilih yang rendah garam. 

Asid folik



tambahan yang anda ambil dan makanan yang kaya dengan folat yang anda makan membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida dalam bayi anda.



Salad ubi bit
Untuk mendapatkan lebih folat dan zat besi, tambahkan parutan ubi bit mentah atau kepingan ubi bit yang dimasak kepada daun bayam kecil atau salad Rom. Tambahkan sedikit kuah salad, jika anda suka. 

                           
                                   
Zat besi membantu anda untuk membuat sel-sel darah merah bagi bayi dalam kandungan.

Salad kacang




Satu snek mudah-alih yang kaya dengan folat, zat besi dan serat. Cuba sediakan salad ini dengan kacang pinto, kacang lima, kacang borlotti, kacang mata hitam dan kacang buncis, dan tambah jagung dan cili kembung untuk beta karotena dan untuk membezakan tekstur. Tambah kuah salad pilihan sendiri. 

Badan anda sendiri akan mengubahkan beta karotena kepada vitamin A. Vitamin A adalah penting untuk perkembangan organ-organ bayi anda dan juga sistem-sistem peredaran darah, pernafasan dan saraf. Ia juga membantu anda untuk melawan jangkitan.

Sayur-sayuran hijau dan kuah celup

Kukus asparagus atau brokoli dan celup dengan dadih, bawang putih dan herba, atau hummus. Ia satu snek yang kaya dengan folat dan juga mengandungi zat besi.


Salad nasi beras perang
Nasi beras perang penuh dengan folat, serat dan zat besi. Tambah lobak merah dan cili kembung untuk menambahkan beta karotena, dan tambah juga sedikit minyak zaitun atau kuah salad.


Atau tukar kepada beras perang bila tiba masa makan; ia lebih berkhasiat daripada beras putih


Jenis-jenis tembikai

Cuba kepingan-kepingan tembikai susu, galia atau tembikai wangi untuk mendapatkan folat dan beta karotena. Basuh kulitnya, potong berkeping-keping dan simpan dalam peti sejuk

Limau

Limau, jus limau tulen, oren Jepun (satsuma), limau tangerine atau clementine merupakan snek yang menyegarkan, dan mengandungi folat dan beta karotena.

saranan ina.. untuk ibu hamil.Makan 1 tablet vitamin C dari shaklee.. 

1 tablet vitamin C bersamaan seperti memakan 7 1/2 buah Oren 


Bran bijirin diperkaya

Bijirin bran diperkaya mengandungi asid folik dan zat besi, dan merupakan snek yang mudah disimpan di dalam almari. Makan dengan beberapa kepingan pisang untuk folat dan kemanisan semula jadi serta serat.

Keju pada roti bakar

Pada sekeping roti bakar mil penuh, tambahkan keju cheddar atau mozzarella yang dicairkan, atau cuba keju kotej atau krim. Produk tenusu adalah sumber baik vitamin A. 

Hati adalah dilarang untuk wanita hamil kerana ia mengandungi tahap retinol bentuk vitamin A yang terlalu tinggi. Mentega, keju, telur dan ikan berminyak mengandungi jumlah yang lebih rendah dan merupakan sebahagian penting diet anda.



"Smoothie" atau susu kocak yang dibuat dengan srawberry atau pic masak dan susu separa skim atau dadih rendah lemak tanpa gula adalah cara yang lazat dan mudah untuk mendapatkan beta karotena dan Vitamin A.

Sup labu, labu parang atau lobak merah

Sayur-sayuran berwarna oren adalah kaya dengan beta karotena. Masak sup keledek, labu parang (juga dikenali sebagai labu merah atau labu ambun), labu atau lobak merah. Tuang ke dalam termos, sedia untuk dibawa ke tempat kerja. Tambah kuaci (dari biji bunga matahari atau labu) untuk folat, zat besi dan asid lemak omega-3 yang lebih. 

dinasihakan makan omega guard shaklee pada kandungan 5bulan

Lemak omega-3 adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak dan mata bayi anda.


bagaimana utk dapatkan produk shaklee??

sms  / whasapp 0179506861

cod sekitar kuantan


penghantaran ke seluruh malaysia menggunakan poslaju dan GDex


Related Posts

0 komen: