Friday, August 29, 2014

kencing manis ketika Mengandung






Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 







Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?


Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
keletihan;
dahaga yang terlampau;
membuang air kecil dengan banyak;
penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 






kesan kencing manis pada kehamilan?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. 




Jom lihat fungsinya satu persatu.



Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.



B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.



Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh



Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.



Energizing Soy Protein : rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3



Fiber - menyebabkan rasa kenyang dan juga membantu mengawal kandung gula dalam darah. Water soluble fiber menghentikan secara langsung kenaikan paras gula/glukos, mengurangkan perlunya insulin dan seterusnya membantu pesakit2 diabetis. Ianya turut mengurangkan kolesterol dalam badan.


Bagaimana Ingin dapatkan Produk ??

Hanya hubungi ina di talian 017-9506861@ sms / whatsapp /  telegram utk fast respon

jom tambah rakan di facebook : Nor Azlina Ina

cod sekitar Kuantan

pengeposan ke seluruh malaysia 

Tuesday, August 26, 2014

Kesayanganku Pecah

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum. Selamat malam.. Achuum~ bersawang dah blog ina.Lama dah tidak mengUpdate hokay.Kebelakangan ini, ina sibuk sangat packing barang nak pindah rumah dalam minggu ini.. Barang sikit aje sebenarnya.Tetapi alahan mengandung tu yang gugat ina untuk mengemas.
Mengandung kali ini,sangat berbeza.Mana tidaknya..ina baru je buat kerja rumah, menyapu lantai , packing pinggan mangkuk ( masuk  dalam kotak ) @ memasak.Tekak terasa mual dan pening. Yang paling sadis..,  ina packing pinggan 3hari baru siap.. ehehe. Tidak tahan..rasa nak pitam pun ada.
Harini 1set gelas dah pecah.. ( gelas yang kaki panjang tuu)  haiss~~ gelas kesayangan pulak dah. Berapa kali aje pakainya. Adoii~ redha jela.

Saturday, August 23, 2014

Kandungan Trimester PERTAMA ( 4 MINGGU )

Bismillahirahmanirrahim

assalamualaikum


selamat petang.. Oh,,alangkah nikmatnya kan kalau ada janin dalam ovari kita.. bagi mereka yang baru pertama kali mengandung mesti gembira idak terhingga ( ibu yang pernah mengandung sebelum ni pun apa tidak kurangnya  ).Apabila zuriat yang dinanti - nantikan telah kunjung tiba. Sedar idak sedar rupanya ada janin kecil didalam. Syoknya mengandung.. TAHNIAH kepada anda yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi. Kejap je tu 9bulan.. 



Gumpalan sel yang kini bergelar embrio sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji popi. Ia dibahagikan kepada tiga lapisan yang kemudiannya akan membentuk organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah sisi kepalanya terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi. 


baca sini utk : menu kehamilan Trimester pertama

jom tengok: Trimester pertama bayi dalam kandungan


Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan saraf tunjang akan tumbuh - terbentuk dalam lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan permulaan sistem urinari. Sementara itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.


Pada saat ini ina cadangkan anda mengambil set KEHAMILAN 

BCOMPLEX ~
~ dan tambahan info : Bcomplex shaklee mampu mengatasi dari berlaku kencing manis ( ops~~! ibu-ibu.. jangan tidak control makan pulak yea) supplemen hanya ikhtiar sahaja.
~ sebotol Bcomplex mempunyai tahan sehingga 4bulan.. selepas berpantang pun masih boleh makan tau.


VITALEA ~ 


Zat besi membantu anda untuk membuat sel-sel darah merah bagi bayi dalam kandungan.
~v~vitalea tahan sehingga 4bulan

VITAMIN C


 ~ Menguatkan antibodi ibu .. dari terkena serangan demam dan selsema 
~ serta mengurangkan sakit bersalin
( sebotol penggunaan sehingga 6 bulan )

OSTEMARIX 

~ mengurangkan kejang dan kebas - kebas kaki ketika mengandung.( elak dari terkena simpul biawak @ nyetok karong)
~ bantu ibu tidur lena
~ sebotol penggunaan sehingga 1-2bulan


Kalau ada bajet lebih boleh ADD On ESP 

bagaimana ingin dapatkan produk shaklee?? Hanya sms / whatsapp ke no 0179506861  

*Sbagi yang mempunyai masalah berkaitan kehamilan, anda boleh terus hubungi ina yea.. nanti ina cadangkan mana yang sesuai untuk anda

Friday, August 22, 2014

menu IBU HAMIL trimester PERTAMA

assalamualaikum... salam  jumaat semua. Harini kita bercerita pasal menu bagi ibu hamil pada kandungan awal ( trimester pertama ).Jom baca..


Dalam trimester pertama anda (4 minggu hingga 13 minggu), anda memerlukan semua vitamin dari diet yang sihat dan pelbagai, terutamanya folat, beta karotena dan vitamin A yang amat penting untuk perkembangan bayi anda pada peringkat awal ini. 

Jika mabuk hamil membuatkan masa makan sukar ditangani, makanan-makanan yang ina sediakan di entri kali ini adalah sumber baik dan lazat nutrien-nutrien tersebut.


Sup bayam, brokoli atau kacang pis

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kacang pis dan kubis kerinting adalah kaya dengan folat. Bungkuskan sup sayur ke tempat kerja. 

Cuba guna herba dan rempah segar atau jus lemon untuk menambah perisa tanpa garam dan pilih kiub rebusan rendah garam. Jika anda membeli sup, pilih yang rendah garam. 

Asid folik



tambahan yang anda ambil dan makanan yang kaya dengan folat yang anda makan membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida dalam bayi anda.



Salad ubi bit
Untuk mendapatkan lebih folat dan zat besi, tambahkan parutan ubi bit mentah atau kepingan ubi bit yang dimasak kepada daun bayam kecil atau salad Rom. Tambahkan sedikit kuah salad, jika anda suka. 

                           
                                   
Zat besi membantu anda untuk membuat sel-sel darah merah bagi bayi dalam kandungan.

Salad kacang




Satu snek mudah-alih yang kaya dengan folat, zat besi dan serat. Cuba sediakan salad ini dengan kacang pinto, kacang lima, kacang borlotti, kacang mata hitam dan kacang buncis, dan tambah jagung dan cili kembung untuk beta karotena dan untuk membezakan tekstur. Tambah kuah salad pilihan sendiri. 

Badan anda sendiri akan mengubahkan beta karotena kepada vitamin A. Vitamin A adalah penting untuk perkembangan organ-organ bayi anda dan juga sistem-sistem peredaran darah, pernafasan dan saraf. Ia juga membantu anda untuk melawan jangkitan.

Sayur-sayuran hijau dan kuah celup

Kukus asparagus atau brokoli dan celup dengan dadih, bawang putih dan herba, atau hummus. Ia satu snek yang kaya dengan folat dan juga mengandungi zat besi.


Salad nasi beras perang
Nasi beras perang penuh dengan folat, serat dan zat besi. Tambah lobak merah dan cili kembung untuk menambahkan beta karotena, dan tambah juga sedikit minyak zaitun atau kuah salad.


Atau tukar kepada beras perang bila tiba masa makan; ia lebih berkhasiat daripada beras putih


Jenis-jenis tembikai

Cuba kepingan-kepingan tembikai susu, galia atau tembikai wangi untuk mendapatkan folat dan beta karotena. Basuh kulitnya, potong berkeping-keping dan simpan dalam peti sejuk

Limau

Limau, jus limau tulen, oren Jepun (satsuma), limau tangerine atau clementine merupakan snek yang menyegarkan, dan mengandungi folat dan beta karotena.

saranan ina.. untuk ibu hamil.Makan 1 tablet vitamin C dari shaklee.. 

1 tablet vitamin C bersamaan seperti memakan 7 1/2 buah Oren 


Bran bijirin diperkaya

Bijirin bran diperkaya mengandungi asid folik dan zat besi, dan merupakan snek yang mudah disimpan di dalam almari. Makan dengan beberapa kepingan pisang untuk folat dan kemanisan semula jadi serta serat.

Keju pada roti bakar

Pada sekeping roti bakar mil penuh, tambahkan keju cheddar atau mozzarella yang dicairkan, atau cuba keju kotej atau krim. Produk tenusu adalah sumber baik vitamin A. 

Hati adalah dilarang untuk wanita hamil kerana ia mengandungi tahap retinol bentuk vitamin A yang terlalu tinggi. Mentega, keju, telur dan ikan berminyak mengandungi jumlah yang lebih rendah dan merupakan sebahagian penting diet anda.



"Smoothie" atau susu kocak yang dibuat dengan srawberry atau pic masak dan susu separa skim atau dadih rendah lemak tanpa gula adalah cara yang lazat dan mudah untuk mendapatkan beta karotena dan Vitamin A.

Sup labu, labu parang atau lobak merah

Sayur-sayuran berwarna oren adalah kaya dengan beta karotena. Masak sup keledek, labu parang (juga dikenali sebagai labu merah atau labu ambun), labu atau lobak merah. Tuang ke dalam termos, sedia untuk dibawa ke tempat kerja. Tambah kuaci (dari biji bunga matahari atau labu) untuk folat, zat besi dan asid lemak omega-3 yang lebih. 

dinasihakan makan omega guard shaklee pada kandungan 5bulan

Lemak omega-3 adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak dan mata bayi anda.


bagaimana utk dapatkan produk shaklee??

sms  / whasapp 0179506861

cod sekitar kuantan


penghantaran ke seluruh malaysia menggunakan poslaju dan GDex

Thursday, August 21, 2014

Tips Tingkatkan kesuburan Lelaki

Tips Tingkatkan kesuburan Lelaki
assalamualaikum.. selamat petang. Terpanggil untuk menulis entri ini.. topik yang hangat.Kadang-kadang punca sukar mendapatkan anak asyik golongan wanita sahaja yang dipersalahkan. Apa kata kaum adam mencuba tips yang ina bagi ni. Selamat mencuba..

Bagi pasangan yang berumahtangga, kehadiran cahayamata adalah sesuatu yang sangat-sangat dinantikan. Apatah lagi jika sudah sekian lama berdua, pastinya rasa sunyi mula terasa. Namun kesukaran untuk hamil, tidak seharusnya diletakkan dibahu isteri sahaja kerana si suami juga memainkan peranan penting dalam proses ini.



Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunapakai untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

1. Meminimakan Pendedahan Kepada Perkara Yang Membantutkan Kesuburan

Elakkan memakai seluar dan seluar dalam yang ketat. Ia mengganggu penghasilan sperma dan juga kualiti sperma
Jauhkan daripada sinaran-x, radiasi atau racun serangga perosak. Pakai alat kelengkapan dan kurangkan menyedut udara dikawasan semburan racun serangga jika boleh
Kekalkan suhu normal disekitar alat sulit. Jangan duduk terlalu lama atau bersauna yang keterlaluan kerana haba yang tinggi boleh menggangu penghasilan sperma

 2. Makan Makanan Untuk Menambah Kesuburan

Banyakkan Anti-oksida. Diet yang mengandungi anti-oksida boleh meningkatkan kuantiti sperma. Pilih sayur -sayuran yang pelbagai warna.
Ambil vitamin setiap hari. Supplemen yang mengandungi vitamin seperti vitamin C dan E membantu menambaik tahap kesuburan lelaki. Beli supplemen yang dikhaskan untuk lelaki. Pilih vitamin yang mengandugi Zinc dan Selenium untuk kesihatan sperma lelaki
Kurangkan makanan yang mengganggu kesuburan. Alkohol, kopi dan daging merah dikaitkan dengan tahap kesuburan yang lemah sebaliknya pilih buah-buahan, makanan laut serta serat untuk diet yang sihat.

3. Kekalkan Gaya Hidup Sihat

Berhenti merokok. Tembakau mengurangkan penghasilan sperma (low sperm count)
Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein yang keterlaluan. Bahan ini merendahkan paras hormon tostesteron (hormon kesuburan lelaki)
Kurangkan stress
Kawal berat badan
Elakkan penggunaan dadah



COQ HEALTH (CoQ10)


Kandungan :-

Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel. 

Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.


Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.

1 kapsul CoQHealth= 28 cawan brokoli.


Mengharap Keajaiban


JOM TENGOK VIDEO KLIP INI::: 



Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum


Al-kisahnya semalam pergi ke specialist.Untuk checkup masaalah ketidakselesaan perut.Hampir seminggu dah terasa lain macam bahagian perut ni.Apa yang ina Fikir kemungkinan mengandung..
Naluri kuat mengatakan ina mengandung,sebab perut ina buncit lain macam.. nampak seperti kandungan 3bulan. Masa mengandung Iman kandungan cecah 3bulan baru nampak perut.(perasaaan je tuu)

Tanda-tanda pada ina seperti mengandung sudah nampak( mual,pening,mengidam nak makan mee calong,tak bole tengok nenas..meleleh air liur..dalam kepala semuanya nak makan berasaskn nenas, colek nenas,pajeri nenas,nenas cicah garam). cuma tidak jelas aje.Mungkin masih baru..Upt pun masih -ve. 

Perubahan lain pula pada badan, ina sakit pinggang,ari-ari,kejang kaki,kuat makan dan badan terasa penat.
Semasa mengandungkan iman lain.. kaki kerap kejang (sebab ina tak suka minum susu..kalsium pun tiada dalam badan),suka makan nasi goreng ikan masin( setiap hari order), kuat makan bijirin kornflakes ( mesti bawa bekal ke tempat kerja ) dan alahan semasa mengandung langsung tiada.Ha.. lagi satu tanda sebelum ina disahkan hamil,ina kencing berdarah.Dari situ dapat detect mengandung..hihihi. Pergi checkup dekat panel..masa tu ina bekerja lagi.. ( 3minggu haid tidak datang )

Berbalik ke kisah sekarang, Sebenarnya baru 1hari  period ina lewat..jadi nak kena tunggu seminggu lagi.Kalau miss period,baru lah nak cek sendiri.. (beli upt jee). Dah yakin,baru lah pergi klinik..heeehe.
Entri seterusnya ina akan ceritakan ikhtiar sebelum kehamilan.. ( ecececeh. 200% lg konpom yg ina mengandung tew.. hiiihi.Tak salahkan? Kita pakai konsep LUA ).. ok.. Bye. Jumpa entri seterusnya..Assalamualaikum..

Tuesday, August 19, 2014

rawat PCOS


RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.




“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.


“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.


“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih tereruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.


SOALAN LAZIM


Siapa yang berisiko mendapat PCOS

Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

Apakah punca PCOS?

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :


Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.


Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama. 

Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:


Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)


Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)


Ujian darah Progesterone/Testesterone


Ujian darah prolaktin


Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari


Bagaimana merawat masalah ini?


Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.


Ubat subur

Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.


Ubat perancang keluarga


Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.


Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.


Mengenai PCOS


Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.


PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.


PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.


Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.


Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS) 


Masalah jerawat.


Kitaran haid tidak menentu.


Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).


Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.


Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.


Keguguran rambut.


Kurang subur.


Sukar hamil


Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu : 


Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.


Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk


supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.


In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.


Sunday, August 17, 2014

Apabila jerawat bermaharajalela~~

assalamualaikum~~~ selamat petang. Harini memang rushing.. keluar dari pagi ambil adik dari asrama untuk outing kebandar. Kesian pulak adik asyik terperap dekat asrama tu. Ina bawak la dia tengok wayang. Pergi  megamall lastnya iman tidak boleh masuk pula.. nk tengok citer 18PL( Citer berperang tuu.. apakebenda ntah .. lupa nama tajuk. Tapi pelakon dia not bad laa,, ada arnold schwarzenegger/jet Li dan ramai lagii ala-ala komando) Lepastu dari megamall berlari ke Kompleks teruntum..The teenage turtle Mutan kisahnya kami tengok.. huhuhuhu. Best jugak Citer nie.

heyyy! apa la yang kau membebel ni ina oiii.. jangan syok sendiri hokay.



Opps~~ sabar la.. ina baru je nak masuk ke entri Makanan Punca penyebab jerawat. Bila korang baca entri ini, mesti tangan duk meraba-raba muka kan?? ehehehe. Tau dah.. takut le tew akan jerawat. Lagi-lagi pompuan kan?? eh, lelaki pun ada jugak yang jaga muka


nie tengok jerawat Sana SIni




Apa pun nak makan boleh tapi jangan berlebihan.

Inilah dia 6 makanan penyebab jerawat.


1. Mee Segera

Mi segera boleh menyebabkan timbulnya jerawat kerana makanan ini mengandungi protein dan minyak yang tinggi. Kandungan inilah yang punca mi segera termasuk salah satu makanan penyebab jerawat . Jadi jika anda terpaksa mengambil mee segera, buang sahaja minyak nya.



2. Kekacang

Semua jenis kacang termasuk pelbagai jenis makanan yang berasal dari kacang , seperti tahu dan tempe jika dimakan banyak boleh menyebabkan timbulnya jerawat . Jenis kacang tanahlah yang menduduki kedudukan tertinggi di antara jenis kacang-kacangan lain . Sebaiknya jauhilah kacang tanah ini.



3. Makanan bergoreng

Terutama jika digoreng dengan minyak kelapa sawit yang sudah digunakan berkali-kali . Minyak seperti ini banyak sekali mengandung kolesterol jahat . Elakkan.



4. Kelapa

Segala makanan yang asalnya dari kelapa , seperti makanan bersantan , berkelapa parut , dan inti kelapa itu sendiri . Kelapa ini mempunyai kandungan minyak dan lemak yang cukup tinggi , sehingga di beberapa negara kelapa ini dijadikan sebagai bahan pembuat minyak kelapa . Jangan makan setiap hari.



5. Makanan Berminyak atau Berlemak

Minyak dan lemak dalam jumlah yang cukup sedikit sangat diperlukan oleh tubuh kita , terutama untuk otak sebagai nutrisi untuk kelangsungan hidup dan fungsi sel-sel otak. Tapi jika diambil secara berlebihan, maka minyak dan lemak ini akan memudaratkan diri kita . Salah satunya boleh mengakibatkan gangguan kulit seperti jerawat .



6. Kuning Telur

Kuning telur mengandungi protein yang sangat tinggi . Sehingga disyorkan oleh doktor pakar pemakanan , agar jangan memakan telur lebih dari 2 biji setiap hari. Kerana cukup dengan 2 biji telur saja keperluan protein tubuh orang dewasa sudah dipenuhi.


OK. Itu saja. Nak makan boleh. Tapi mesti berpada-pada.


jom tengok.. betapa sukarnya jerawat nak kena cungkil 


Friday, August 15, 2014

minuman sebelum sarapan

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum

Selamat pagi..


Mealshake utk Iman

Esp utk mama



[ iman pun nk cantik dan sihat ] 

Alhamdulillah~~ hihihi.. Esp mampu bekalkan tenaga spnjg hari dan misi utama mama nak hilangkan segala parut yg ada. Opps~ 

Misi iman pula, nak selera makan dan kuatkan antibodi.. Last demam semasa 7bulan. Sekarang dah 2tahun..

Nota : Alhamdulillah juga, rezeki allah bagi.. Anak sihat. Masalah alergik iman pn hilang.

Ikhtiar okay! Dengan izin allah.. Sembuh.


KLIK SINI Info MEALSHAKE

KLIK SINI info ESP





BAGAIMANA INGIN DAPATKAN ESP dan MEALSHAKE ??

ORDER ONLINE TERUS ESP MEALSHAKE
* PEMBELIAN SECARA ONLINE,KAD KREDIT @ DEBIT CARD DITERIMA* 
( selepas pembelian online berjaya, segera hubungi ina yea )


ATAU

hubungi ina di talian 017-9506861 @ melalui sms / whatsapp / telegram


dan 
pengeposan ke seluruh malaysia...