Wednesday, July 9, 2014

Saya dah boleh bercakap!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam sahur ye semua.. lagi 30minit nak tamat waktu sahur.Manfaatkan secukupnya.Banyak minum air masak , kurma dan sudah semestinya Performance drink dan ESP jangan lupa yea.Lagi satu vitalea pun ina amik juga tau.. ( yang ni WAJIB..haa, sebab vitalea ni multivitamin.. perisai kepada tubuh  supaya  tidak lembik.Al-maklumlah,darah rendah.Kadang tu,terasa nk pitam pun ada)

  Bulan ni,masuklah Iman ke angka 2.. 2 tahun la.hihihihi. Terasa macam tahun lepas je ina bersalin,tapi bila tengok myKad Iman...oooh,23 Julai 2012 rupanya anak mama dilahirkan didunia. Dengan berat 2.01Kg.. lahir pada bulan puasa, sebulan jugak la mengganti.(hihihihi,,takpe lepasni kena plan betul-betul).

   Semasa bersalin kan Iman, memang mudah sangat.. macam sembelit gitu.Ketuban pecah ketika sahur ramadhan pertama..(Ahad), dekat rumah sorang-sorang.Suami? Solat dekat Masjid .. jam 7pagi,barulah suami pulang. Sementara menunggu suami pulang, keadaan ina macam terkencing pun ada..( tilam basah,seluar track waktu tu lejun) ..kejap meluru ke tandas. Tak syak lagi yg tu adalah ketuban. Ina hubungi mak, katanya dah tiba masa ina nak bersalin (haiss,dalam hati ..excited je lebih,takut tidak.. sebab ina tak tahan stress kerja.. tak sabar nak rest cuti bersalin..memang tekanan buatkan ina selalu alami kontraksi dari usia kandungan 6bulan lagi..inject punggung 2x sepanjang mengandung) kandungan masa tu, 8bulan. Doktor cakap risiko tinggi jika lahirkan juga.. Dengan izin Allah ina selamat melahirkan baby perempuan.(Silap bagi tarikh last uzur rupanya..adess!)

  Sekarang Iman dah besar! Dia dah pandai bercakap..(ketika umur 1tahun) Perkataan pertamanya ialah 'mama' ( sweet sangat waktu tu.. si suami jeless sangat..hihihi).. Menginjak ke usia dua tahun,Iman dah pandai sebut ne-nek.. Ta-kut,ja-tuh, Ka-kak..kadang kala terdengar dia membebel didepan kaca televisyen.. tapi butir bicara memang tidak jelas.Setiap hari iman bercakap dengan mama...Apapun , alhamdulillah.. sebab anak ina ni dikurniakan allah cepat bercakap.Ada setengah budak 3 tahun @ 4 tahun baru pandai bercakap.Tapi apa yang menariknya,iman  bercakap dengan sendiri. Contoh ayat ( Ta-kut, Ja-tuh .. yang ni ayat sendiri keluar dari mulutnya ) .. sekali dia bercakap,, macam keretapi bunyinya Ina hanya iyakan aje.. hihihihi. (Ohh, baru teringat.. sewaktu ina hamilkan iman.Ina kerja sebagai kerani bengkel kereta.Tugasnya kena follow up customer after sales.. setiap hari kena call pelanggan..tanya feedback dan untuk promosi ina kena call 50orang.. jadinya,mulut ina non-Stop bercakap dalam telefon..mungkin ini faktornya anak petah bercakap). Hendak Cakap ina dan suami ini peramah,mustahil tau..pemalu adalah.. pendiam lagiii.

  Lagi satu faktor,kemungkinan iman ni menyusu badan.. fully breastfeed gitu.Khasiatnya disalurkan terus ke iman.. sewaktu penyusuan,ina amalkan ESP + alfalfa + OstematriX + Vitalea + Bcomplex + Vitamin C dan Iman pula minum mealshakes + Omega guard..

Iman berkulit sensitif..(alahan..pantang silap makan,akan naik biji halus di leher aka Nanah seperti bisul ) Alhamdulillah, amalkan mealshake.. biji nanah tu surut dan tiada gatal-gatal lagi. Makan pun berselera.. sayur sayuran paling dia suka.. makan ratah camtu jerk.Kita sebagai ibu bapa,harus berikhtiar.. bukannya 100%  berserah kepada allah. Betul tak? kadang tu ada segelintir ibu bapa yang berkira untuk anak-anak.. tapi yang peliknya,baju branded boleh belikan.. untuk kesihatan anak diabaikan.Mungkin Derang sanggup kot tengok anak masuk wad @ anak yang lelah (duk sedut gas tu kat spital..haiss .Apa nak jadilah dengan korang ni ) .. Oklah,,sebelum ina membebel yang bukan-bukan.. ina undurkan diri dulu.Solat subuh!

Bagaimana untuk dapatkan produk shaklee?

hubungi ina di talian 017-9506861 @ sms / whatsapp

konsultansi PERCUMA..sudah semestinya YA!

@ bole add saya di facebook :Nor Azlina Ina

Pos ke seluruh malaysia




Related Posts

0 komen: