Thursday, February 6, 2014

KETAHUI WAKTU SUBUR ANDA

Assalamualaikum & Selamat petang semua.Entri kali ini bertajuk waktu subur wanita. Lazimnya ,tempoh kesuburan berlangsung dari kali pertama anda haid sehingga menopous.Dalam satu kitaran haid,hanya ada beberapa hari dalam sebulan dimana anda berada dalam keadaan subur dan bersedia untuk hamil.

Kajian Yang pernah dijalankan oleh Barret dan Marshall mendapati bahawa hanya 24% hubungan  intim yang dilakukan tanpa mengetahui hari subur berjaya mencetuskan kehamilan.Hal ini kerana hanya pada waktu subur,peluang untuk anda berbadan dua sangat tinggi . Oleh itu,amat penting untuk anda mengetahui waktu subur jika merancang untuk hamil.

   PENGIRAAN KITARAN HAID
Wanita yang mempunyai kitaran haid yg normal biasanya subur.Secara Saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah.Andaikan kitaran haid anda adalah 30hari.Anggaran Waktu Subur anda adalah dengan mengira 12-16hari ke belakang.Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak 16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12).. Oleh yg demikian,amat penting utk anda mencatatkan tarikh hari pertama haid utk mengira tarikh dimana anda berkemungkinan subur.

  PENGELUARAN LENDIR
Kaedah ini adalah antara cara yg mudah bagi  mengetahui waktu subur anda.Terdapat segelintir  daripada daripada golongan wanita bertuah yg dapat mengenal pasti waktu suburnya melalui  tanda tanda pengeluaran lendir berlebihan dari faraj.Lendir ini datang dalam pelbagai warna.Ia boleh jadi coklat @ jernih seperti telur mentah.Dalam masa yg sama,anda mungkin turut memgalami tanda seperti sakit ataupun senak di bahagian bawah perut.Setelah lendir sebegini keluar ia akan bertukar bentuk kepada pekat dan kesat.Keadaan sebegini menandakan waktu subur telah pun dilewati.


  PEMANTAUAN SUHU BADAN (BBT)

Mencatat BBT adalah salah satu kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengesan hari subur.Ia boleh dilakukan dengan menggunakan termometer khas iaitu Ovulation Termometer. Persediaan awal penggunaan termometer ini perlu dilakukan pada sebelah malam dengan mengoncang termometer supaya tanda raksa turun ke paras yg paling rendah.Sebaik sahaja bangun daripada tidur ,termometer tersebut perlu diletakkan ke dalam mulut selama 2 @ 3minit.

  Catat Suhu badan ini perlu dilakukan pada setiap hari kecuali haid dengan membuat plot pada carta (graf).Kebiasaannya,suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih.Inilah berkemungkinan anda subur.Suhu,kemudian akan meningkat sehingga 0.2celcius dan berlarutan sehingga 10hari  ataupun lebih.Suhu yg tinggi adalah disebabkan oleh kehadiran hormon progesteron.


  UJIAN DARAH
Ujian darah diakukan bg mengesan paras hormon yg boleh menentukan anda mengeluarkan benih ataupun sebaliknya.Sukatan paras hormon progesteron dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid.Kaedah ini agak mahal kerna ujian ini hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yg memyediakan perkhidmatan sedemikian rupa.

   PERUBAHAN FIZIKAL
Pada waktu Subur ,Tubuh akan mengalami perubahan kecil.Bahagian tubuh yang terlibat ialah payu dara.Terdapat segelintir wanita yg mengalami tanda iaitu payudara  lebih lembut sewaktu hari subur.Keadaan ini dikaitkan dngan hormon yang sedang melakukan persiapan awal sebelum kehamilan berlaku.


  KEDUDUKAN PANGKAL RAHIM
Kaedah sebegini memerlukan pemerhatian yg berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim.Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan pada hampir setiap hari.Sebaik baiknya pada waktu sama dengan memasukkan jari yg telah dibersihkan terlebih dahulu kedalam faraj  dalam keadaan anda mencangkung. Sebelum waktu subur,pangkal rahim lebih hmpir ke bawah (mudah disentuh),akan terasa kering,padat (spt anda menyentuh hidung) dan laluannya agak sukar disentuh,agak lembut (spt anda menyentuh bibir) dan lembab dgn laluan yg agak terbuka.

BERSAMA SETIAP HARI
Telur (Ovum) tidak mempunyai jgka hayat yg panjang.Ia hanya boleh bertahan satu hingga dua hari sahaja.Walau bagaimanapun,sperma mempunyai kelebihan iaitu dapat bertahan 3 - 5 hari. Sekiranya anda & Suami bersama 3hari  sebelum waktu subur @ 2hari selepas hari subur ,peluang utk hamil tetap ada.    

            Bagi meningkatkan Peluang utk.hamil.,anda boleh bersama setiap malam pada hari ke 11,12,13,14,15,16 haid bagi mendapatkan waktu  optimum hari subur. Menerusi cara ini,hari subur anda dianggarkan akan berlaku pd hari ke 14.Namun, ia hanya boleh digunakan oleh anda yg mempunyai kitaran haid 28hari.







Related Posts

0 komen: