Monday, December 30, 2013

KURANG BERAT BADAN .. TERLALU KURUS

iklan sebentar :


BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum wbt~~ selamat pagi..selamat datang tahun 2014 . Pastinya tahun baru ini,,setiap orang ingin lakukan transformasi keatas diri sendiri.Saya percaya.. Mungkin Tahun ini,,berat badan melebihi Berat Ideal.& Yg kurus..terlalu kurus. Nak berhadapan dengan orang ramai pun naik segan.Betul Tak??  Entri kali ini yang ingin dikupas ialah  Kekurangan Berat Badan.. cth : Bawah 45Kg..itu dalam kategori kurus.Terlalu kurus,,amat berbahaya kepada kesihatan.

Jika wanita mengimpikan bentuk tubuh yang langsing,kaum lelaki pula mengidamkan tubuh yang sasa,Tegap sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung Kaum Hawa.Namun tak semua memperoleh bentuk tubuh ini.
Ada yang bertubuh gempal dan ada juga yang kurus melidi hingga termasuk dalam kategori kurang berat badan Tubuh yang kurus ditambah pula dengan tinggi lampai membuat anda tidak seimbang dan tidak gagah perkasa.Sebenarnya keadaan tubuh sebegini,jangan dipandang ringan kerana masalah kurang masalah berat badan membawa kepada komplikasi beberapa penyakit.

JOM~~ LIHAT KENAPA PUNCA - PUNCA KURANG BERAT

1. METABOLISME YG TINGGI (METABOLIC DISORDER)
Seseorang yg mempumyai kadar metabolisme yg tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan.Ini disebabkan oleh kesan Hyperthyroidism.Komplikasi ini mungkin terjadi secara semulajadi  @ dsebabkan komplikasi drp penyakit2 lain.

2. Ubat ubatan
Pengambilan ubat ubatan juga menjadi punca berlakunya kurang berat badan.Ubat ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yg dicipta utk menjadi kurus.Elakkn pengambilan ubat yg mengandungi stimulan. Ambil jika hanya jika perlu sahaja.

3. Penyakit kronik (sama ada didiagnosis @ belum)
Bagi sesiapa yg mempunyai penyakit penyakit kronik,anda berpeluang utk mempunyai berat badan yang kurang.Antara penyakit kronik yg boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis,sakit jantung,keradangan (pada sistem pencernaan),penyakit pada organ pencernaan,mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan ,HIV @ AIDs

4. Masalah Psikologi

Dari segi psikologi,mereka yg mungkin menghidapi Bulimia iaitu mengeluarkan semula makanan yang telah diambil dengan apa cara jua sekalipun.
Manakala,kurangnya berat badan boleh terjadi disebabkan anda mengalami Anoreksia iaitu gejala kurang nafsu @ kurang berselera pada makanan kerana masalah psikologi.Tekanan perasaan @ Stress juga boleh menyebabkan penyusutan berat badan sehingga berat badan menjadi susut secara mendadak.


5. Gaya Hidup

Gaya pemakanan yg X sihat dan seimbang turut membawa kepada kurangnya berat badan ,antaranya makan tidak mengikut waktu dan kuramg mengambil makanan berkalori.
Selain itu tabiat merokok di kalangan lelaki juga myebabkan masalah ini berlaku.Kandungan nikotin dalam rokok menjadikan tahap kelaparan berkurangan dan menyebabkan anda menjadi ketagih utk merokok seterusnya tidak berselera utk makan.


6. Faktor Genetik
Kekurangan berat badan juga boleh diwarisi.Ada sesetengah individu mewarisi saiz daripada keturunan mereka.Berdasarkan faktor genetik,usaha utk menambah berat badan harus dilipat gandakan..Bagi anda yg kurang berat badan tetapi mewarisi masalah perut buncit daripada keturunan.Anda perlulah berhati hati dengan risiko terhadap penyakit penyakit lain.

GEJALA GEJALA KURANG BERAT BADAN.

» KELETIHAN : Sentiasa mengalami keletihan berpanjangan walaupun mendapat tidur yg secukupnya.


» KURANG STAMINA BERAT BADAN

: Anda akan kelihatan tidak bermaya serta cepat penat walaupun melakukan kerja ringan.


» KURANG IMUNISASI BADAN : Mudah dijangkiti penyakit spt mudah demam ,selsema,sering sakit kepala & juga lemah badan.

» KURANG BERAT BADAN : Penurunan berat badan secara mendadak walaupun berselera utk makan.


Tuesday, December 24, 2013

K U R U S K U R U S K U R U S

assalamualaikum wbt...ha,,ni masa isyak td dpt info dr Customer.

Nak tercabut mata tgk wasap td.. Customer info

# 17Kilo TURUN...
#seorang Lelaki .. sangat konsisten & istiqamah beliau mengamalkan set ini.
Sape2 naak KURUS ..Jom transform segera.

# Tak mustahil kan?? dapat berat ideal.. ni br sebulan yea.

# Ni belum apa2,, dah cakap X boleh la apala..

#Yang penting,,,set kurus ni..vitamin. Bukan Ubat yea.Ubat & supplement mmg X sama.. Perbezaan : Ubat » akan membahayakan [merosakkn organ dalaman] akan datang manakala supplemen akan membaiki kesihatan hari demi hari.

# Badan  Bulat susah.. macam2 penyakit hinggap.

Hubungi  saya  segera...  sms / whatsapp 017-9506861

Sape nak kurus mcm ni,jom.. Beli set kurus ni... In sha allah...saya akan guide anda sehingga berjaya.

Monday, December 23, 2013

cara pengiraan BMI anda

cara pengiraan BMI anda

Cara Pengiraan Berat Indeks Tubuh Anda ( BMI ) | Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.


Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi – Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)
Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

Tuesday, December 17, 2013

M I G R A I N ...

M I G R A I N ...
APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.


APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.


APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.


BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat.
Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  * Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  * Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  * Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.


BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

Tuesday, December 10, 2013

PROMOSI OMEGA GUARD BELI 6 PERCUMA 1



Assalamualaikum wbt .. salam petang selasa.Entri kali ini kita kupas kebaikan Omega Guard dengan lebih lanjut,bersempena PROMOSI OMEGA GUARD.



JOM TENGOK MANFAAT OMEGA GUARD NIE..

Antara kebaikan Omega :

*(1) Ibu hamil*
  •  Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
  •  Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
  •  Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
  •  Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

*(2) Ibu menyusu*

  •  Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
  •  Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan
*(3) Kanak-kanak*
  •  Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
  •  Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
  •  Memperkuatkan sistem imunisasi badan
*(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan*
  •  Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
  •  Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang
*(5) Untuk lelaki* Memelihara kesihatan prostat

  •  Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  •  Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  •  Mengawal tahap kolestrol yang sihat
*(6) Warga emas*

  •  Melambatkan degradasi tulang rawan
  •  Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  •  Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit
*(6) Sering alami masalah kesihatan*

  •  Batuk berkahak, selesema yang berterusan
  •  Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
  •  Sakit strok
Jadi, anda dikategori mana satu yea? Jom dapatkan Omega Guard hari ini pada 
SMS / WHATSAPP 0179506861



Promosi OMEGA GUARD ..
BELI 6,PERCUMA 1. 
PADA HARGA (RM 564), HARGA ASAL UTK 6BOTOL RM 654..

dapatkan pada harga promosi...
✔Normal RM 136 sebotol..
🎊Kini harga Promosi Bawah RM 100.
pakat share beli dengan kawan2,sedara,jiran2 @ adik beradik.. Sangat rugi kalo X beli dgn harga promosi..

  • NAK BELI SEBOTOL PUN LAYAK DAPAT HARGA PROMOSI DECEMBER.


TAWARAN SAH sehingga 31 DECEMBER Shj.

Ape tunggu lagiii... sms / whatsapp 017-9506861.



Monday, December 9, 2013

Tips mudah Hamil


Berikut merupakan beberapa tips yang saya petik dari AlamHamil.com

, yang ingin saya kongsikan di sini. Mudah-mudahan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda

tips mudah hamil







*11 Tips untuk Hamil dengan Cepat
*1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

*2. Jumpa Doktor Anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian"* *"anda tidak tersumbat

*3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal*

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

(alhamdulillah,,seorang Customer saya berjaya hamil setelah berjaya menurunkan berat badan dr 80kg ke 75kg..dlm tempoh 3mimggu)


*4. Ketahui Waktu Subur Anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

*5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

*6. Tingkatkan Kesuburan Suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

*7. Mengambil Multivitamin
*Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

*8. Bersenam Secara Rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

*9. Mengambil Makanan yang Seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  *##Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat*(yang terdapat pada makanan yang segera) 
  * *Lebihkan protin* dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  * Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  * *Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  * Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese*

10. Kurangkan Tekanan
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  * Memasak 
  * Bersenam 
  * Mendengar muzik 
  * Membaca dan mendengar audiobooks 
  * Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  * Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  * Beromantik dengan suami

 *11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.