Tuesday, November 26, 2013

Alahan semasa hamil..

Alahan semasa hamil..
Tempoh masa trimester pertama biasanya berlangsung selama lebih kurang 14 minggu dari tarikh akhir anda datang haid. Ketika inilah tubuh badan anda sedang bekerja keras untuk menghasilkan satu fenomena yang amat istimewa dan rumit, iaitu pembentukan janin.
Dalam tempoh trimester pertama ini juga tubuh badan anda akan menjalani perubahan yang mungkin tidak begitu ketara dengan mata kasar, tetapi percayalah, perubahan tubuh badan anda tersebut memainkan peranan yang amat penting dalam proses kehamilan.

Minggu 1 hingga 4
Sepanjang minggu ini, bayi anda (dalam tempoh 4 minggu biasanya dikenali dengan nama zigot) memulakan perjalanannya dari salur falopia menuju ke arah uterus. Setelah zigot berjaya melalui proses persenyawaan, ia akan membahagi dan berubah menjadi blastosis. Proses ini dipanggil pembahagian sel.

Di penghujung minggu ke-2
, blastosis ini akan menyempurnakan proses pembahagian sel. Ia kini dikenali sebagai embrio. Dalam tempoh ini, embrio sudah pun tiba di bahagian rahim dan mula menempel di dinding rahim.
DI penghujung minggu ke-4, embrio anda telah mula memiliki jantung yang berdenyut. Namun begitu, pergerakan jantungnya terlalu halus dan hanya boleh dikesan dari 8 minggu ke atas.
Saiz embrio anda sekarang ialah sama dengan buah kismis.

Minggu 5 hingga 7
Dalam tempoh ini, anda akan mula merasakan sesuatu yang berbeza mengenai tubuh anda. Biasanya, wanita akan mengesan bahawa mereka hamil bermula dari minggu 6
ke atas, biasanya setelah mereka lewat datang haid. Pada masa ini juga, kadar hormon hCG akan meningkat dan ini menyebabkan ujian kencing untuk mengesan kehamilan amat berkesan sekiranya digunakan.
Embrio anda pula akan membesar dari saiz sebiji kismis hinggalah ke saiz buah rasberi – lebih kurang setengah inci panjangnya.
Walaupun organ jantina mula terbentuk ketika tempoh ini, namun ia hanya dapat dikesan melalui mesin ultrabunyi bermula dari
minggu 16 ke atas.
Ketika ini juga ruang jantung bayi anda akan mula terbentuk, pankreas mula mengeluarkan insulin dan hati mula berfungsi. Bayi anda juga akan mula membentuk otot badan, dan dia akan bergerak-gerak walaupun anda hanya akan merasakan pergerakan bayi ketika bayi anda lebih besar, iaitu di dalam trimester kedua.

Minggu 8 hingga 14
Minggu 8 hingga 14 dalam trimester pertama merupakan penanda aras pertama dalam proses kehamilan anda! Ini bermaksud anda semakin hampir menamatkan trimester pertama kehamilan anda. Ketika ini, mungkin ada antara ibu hamil mula menampakkan tanda-tanda kehamilan (perut terbonjol, mabuk hamil).
Sehabis tempoh trimester pertama, bayi anda akan membesar sehingga saiz 3 inci panjangnya, ataupun 7.5cm. Telinga dan matanya telah terbentuk dengan sempurna (walaupun matanya masih belum terbuka)  dan juga telah memiliki lidah. Jantung bayi anda kini mampu mengepam darah sebanyak 23 liter setiap hari. Sistem saluran darah juga mula terbentuk dan mula kelihatan di permukaan kulit bayi anda.

Pada masa ini bayi anda akan mula menerima segala nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran badannya menerusi uri. Tali pusat juga telah terbentuk dengan sempurna. Biasanya, pergerakan bayi boleh dikesan menerusi mesin ultrabunyi dari minggu ke-8 dan ke atas.

Bagaimana Mengesan Ovulasi

Entri kali ini, ina update mengenai ovulasi.Ala, selalu kawan kawan whatsapp ina.Macam mana ni..macam tu.. hihihi.Okay.Semuanya terjawab di sini okay? Bagaimana nak mengesan  Ovulasi..

Bagaimana mengesan ovulasi?

Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh wanita untuk mengetahui berlakunya proses ovulasi.


COPY CODE SNIPPET 1. Mengitung kitaran haid anda
Kitaran haid seseorang wanita diukur dari hari pertama haid sehingga hari pertama tempoh berikutnya. Kitar haid wanita normal ialah sekitar 28 hingga 32 hari. Secara asasnya, ovulasi boleh boleh dikira bermula pada hari tempoh terakhir haid anda ataupun dengan menganggarkan sekitar 12 hingga 16 hari dari tempoh berikut yang dijangkakan. Perlu diingat, pengiraan jangkaan tarikh ini hanya sesuai kepada wanita mempunyai kitaran haid yang teratur.
Untuk kitaran haid yang tidak teratur, ovulasi boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh berlaku pada hari yang berlainan setiap bulan. Maka, anda disarankan untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18 untuk memperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut. Jumlah hari pada kitaran terpanjang pula hendaklah ditolak  dengan 11 untuk mendapatkan hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut.
Untuk memudahkan anda, cubalah menggunakan kalkulator ovulasi yang terdapat di laman web kami melalui pautan ini: Ramalan Ovulasi Anda



2. Tanda-tanda fizikal

Lazimnya, petanda fizikal yang paling nyata ialah keluarnya lendir yang berlebihan dari kemaluan. Cecair lendir ini dikenali sebagai cecair serviks. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, kenyal dan jernih seperti putih telur mentah. Pada hari yang tidak subur, cecair ini biasanya lebih kental dan kadangkala tidak keluar sama sekali.
Di masa subur juga, anda mungkin merasa bahawa seluar dalam anda terasa sempit, meskipun ia bukanlah akibat kekenyangan atau pertambahan berat badan. Hal ini biasa terjadi kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam jumlah yang banyak. Anda juga mungkin akan berasa sakit atau senak dibahagian bawah perut.
Selain itu, situasi masa subur ini hampir sama dengan situasi kehamilan, sehingga banyak sekali hormon yang berkumpul pada masa ini dan menyebabkan payudara anda terasa lebih lembut berbanding hari-hari biasa.


COPY CODE SNIPPET
3. Peningkatan suhu tubuh
Peningkatan ini terjadi bukan kerana wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0.2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Walaubagaimanapun, anda juga perlu peka dengan sebarang aktiviti harian anda yang mampu mempengaruhi suhu badan anda seperti corak tidur yang tidak tetap.

4. Perubahan pada posisi serviks
* *Untuk menguji hal ini, anda boleh memasukkan jari anda yang bersih secara lurus ke dalam vagina. Anda akan dapat menyentuh bagian hujung serviks di mana rasanya seperti bahagian hujung hidung. Ketika hari-hari lain, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh oleh jari. Namun, tidak begitu ramai wanita yang gemar menggunakan cara ini kerana berasa kekok.

5. Melakukan Ujian Pengesan Ovulasi

Ianya hampir sama seperti  paket ujian kehamilan. Alat ini mengesan kehadiran hormon perluteinan (LH) melalui air kencing dalam masa 12 hingga 24 jam sebelum berlakunya ovulasi. Sungguhpun cara ini nampak mudah, namun beberapa sumber menyatakan bahawa agak sukar sebenarnya untuk kita membaca keputusannya. Ia juga tidaklah semurah ujian pengesan kehamilan dan wanita yang tidak menganggarkan waktu yang tepat untuk melakukan ujian ini mungkin akan memerlukan beberapa paket untuk mendapatkan keputusannya.


RELATED: Benarkah ada posisi senggama terbaik untuk cepat hamil?
*Mencuba untuk hamil semasa ovulasi*
Telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka sperma dicipta dengan beberapa kelebihan lain supaya dapat menambahkan kebarangkalian untuk hamil. Sperma boleh bertahan selama 3-5 hari dan jumlahnya pula amat banyak, sehingga berjuta-juta. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka masih ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Walaupun begitu, anda dinasihatkan supaya tidak terlalu obses kerana ia boleh menjadikan anda tertekan sekiranya belum berjaya. Stress juga menghilangkan ‘mood’ anda untuk bersama pasangan anda.

COPY CODE SNIPPET
alat pengesan ovulasi jpg

Friday, November 22, 2013

collagen pOWDER Shaklee

Collagen Powder Shaklee terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.
Antara kesan penggunaan collagen shaklee adalah :
♥kulit 2x lebih lembab
♥celah2 lebih cerah (yg gelap dicerahkan)
♥kulit lebih tegang, anjal dan lembut
♥tona kulit lebih sekata
♥rambut bertambah2 lembut & bersinar
♥kuku lebih kuat (xmudah patah)
♥punggung yang pejal (x jatuh)
♥menghilangkan garis2 halus (kedutan) dan pori2 lebih rapat
♥payudara lebih tegang dan anjal
♥pergerakan sendi yang lebihh selesa
♥kulit bebas jeragat & pigmentasi
#Eyebag hilang
♥hubungan suami isteri lebih 'mesra'
Hubungi segera 0179506861

Monday, November 18, 2013

tips elak dan hilangkan perut buncit

IKLAN SEBENTAR 



ASSALAMUALAIKUM..petang nie jom sama-sama perhatikan cara-cara hilangkan perut buncit..


1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !

6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

7. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda! 


Cadangan dari shaklee ialah dengan mengambil OMEGA GUARD



Omega Guard mengandungi EPA & DHA. Asid lemaknya atau Fatty Acid yang terdapat dalam Omega membantu meningkatkan paras hormon "LEPTIN". Leptin adalah sejenis hormon yang membantu mengawal selera makan. Kandungan Leptin yang tinggi dalam badan sesorang akan membantu mengurangkan selera makan. 



Bukan itu sahaja, Leptin juga bertindak meningkatkan kadar metabolisme badan. Peningkatan metabolisme badan akan membantu membakar lemak-lemak yang terkumpul sekaligus menurunkan berat badan. Terdapat satu kajian yang telah di muatkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan Omega 3 dalam diet harian akan meningkatkan tahap pembakaran lemak setiap hari sehingga 26%.Teruja tak?? Dasyat kan.

Dalam satu study di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengamalkan omega 3 lebih banyak membakar lemak daripada mereka yang bersenam tanpa mengambil asid lemak omega 3.


KONKLUSINYA..
MAKAN LEMAK (ASID LEMAK OMEGA 3) UNTUK BAKAR LEMAK
Bunyinya macam kelakar kan..tapi itulah faktanya yang harus diterima..


BAGAIMANA NAK DAPATKAN OMEGA GUARD SHAKLEE??

mudah saja..

hubungi ina di talian 017-9506861 @ sms / whatsapp / telegram

pengeposan ke seluruh malaysia

jom tambah kawan ..add ina di facebook : Nor Azlina Ina

aqqz

Sunday, November 17, 2013

TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSION)

TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSION)
*Penyakit Darah Tinggi atau “Hypertension”

*merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.


Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Kadar biasa untuk systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu *darah tinggi primer* dan *darah tinggi sekunder*.


Penyakit darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. Manakala, penyakit darah tinggi sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik.
 pesakit tersebut 
mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke)
 masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) 
 turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.


Statistik kes-kes penyakit darah tinggi di Malaysia
Menurut kajian oleh Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. Apa yang lebih mengecewakan, tidak sampai 10% daripda jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam kadar yang dianggap sihat.

Punca-punca penyakit darah tinggi
Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.


Selain dari itu, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Malah, di dalam Islam kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan.


Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raaf ayat 31:

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”


Tanda-tanda awal darah tinggi
Penyakit darah tinggi selalunya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal. Malah, seseorang itu kebiasaannya didapati menghidapi penyakit darah tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sakit-sakit lain. Namun, terdapat pesakit darah tinggi yang mengadu mengalami pening-pening kepala, vertigo, telinga berdengung atau berdesing, selalu pitam dan sebagainya.

Pencegahan penyakit darah tinggi
Pengurusan penyakit darah tinggi oleh perubatan moden adalah lebih kepada kawalan kadar tekanan darah tersebut dengan menggunakan ubat-ubatan hospital yang sedia ada dan perubahan cara hidup. Namun bukan untuk diubati sepenuhnya. Namun, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yakin bahawa penyakit darah tinggi ini boleh diubati dengan keizinan Allah swt.
Selain daripada mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu, pesakit darah tinggi boleh melakukan beberapa langkah yang dapat merawat dan mencegah penyakit darah tinggi. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti dengan pengurangan berat badan, bersenam dengan kerap, mengawasi pengambilan garam dan kolesterol dalam diet, tidak merokok dan mengurangkan stres seharian.

Rawatan moden penyakit darah tinggi
Matlamat utama dalam rawatan penyakit darah tinggi adalah untuk mengawal kadar tekanan darah supaya tekanan darah tersebut senantiasa berada pada tahap normal atau biasa. Kebiasaannya, langkah pertama rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah perubahan dalam cara hidup yang lebih aktif dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Malah penurunan berat badan dan berhenti merokok turut didapati sangat membantu untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi buat ramai pesakit. Jikalau penyakit darah tinggi tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah awal tersebut, pesakit turut diberi beberapa jenis ubat hospital yang berkesan untuk ramai pesakit dalam mengawal kadar tekanan darah.