Friday, October 4, 2013

KEBAS

KEBAS


Ramai yang bertanya kepada saya... Shaklee boleh membantu tak untuk atasi masalah kebas. Jawapannya... InsyaAllah...ada... sebelum tu..mari kita baca dulu kenapa kebas ni boleh terjadi...teruskan membaca ye


Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kebas tangan/kaki ( numbness)

1.Tekanan atau pressure yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal.


2.Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.

3.Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan bekuan yang berada di dalam sistem darah.

4.Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakuknya penyempitan dan tekanan yang dikenanakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).

5.Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simtom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini.

6.Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.

7.Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain.


Sila klik SINI untuk lebih banyak info berkaitan masalah kebas tangan 



Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut

1. Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.


2. Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana kesannya sangat hebat.

3. Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
4.Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ini bagi memastikan nilai gula di dalam tubuh anda normal atau pun tidak.
5.Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin . Dapatkan juga nasihat daripada Doktor mengenai symptom anda.
6.Lakukan ujian CT scan, X-ray, ultrasound atau pun MRI di hospital. Pegawai perubatan di sana akan mengesahkan bahawa anda benar-benar perlu untuk melakukan ujian ini atau pun tidak.
7.Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi system darah anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan tubuh.



**Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka panjang atau sebentar sahaja. Untuk anda yang mengalami simptom kebas pada tangan dan kaki, sebaiknya segera mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan yang berhampiran sekiranya simptom tersebut berlanjutan, berterusan dan mengganggu jadual rutin hidup anda.




Cadangan untuk mereka yang menghadapi masalah kebas/sesemut**

- ostematrix (kalsium magnesium)
- Omegaguard (fish oil)
- B complex



Sekiranya rasa kebas anda berlarutan dalam janga masa yang panjang, jangan berlengah dan segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjutan.

Related Posts

0 komen: