Friday, October 11, 2013

GHOUT




Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.

*Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:*

*1. Diet dan berat badan* juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

*2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout*. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

*3. Orang yang pernah mengalami penyakit*ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

*Tanda-Tanda Sakit Gout*

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
* Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
* Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
* Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
* Jika tidak dirawat, bengkAK tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
* Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
* Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.

Antara SET Shaklee yg dicadangkan oleh pesakit ghout





Related Posts

0 komen: