Saturday, November 18, 2017

6 PUNCA UTAMA anda Mudah GEMUK ketika di PEJABAT

PUNCA UTAMA GEMUK Di PEJABAT



 Penyebab Berat Badan Meningkat



CareerBuilder.com telah melakukan kajian untuk mengetahui penyebab seseorang itu gemuk ketika berada di pejabat. Antaranya ialah:



1. Makan Kerana Stres



Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.
Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan.



2. Makan Tengahari Di Luar 




Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah makanan dan berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan.
Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan



3. Melewatkan Waktu makan 





19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.
Untuk mencegahnya atau tidak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya anda tidak makan tengahari dengan terlalu banyak.



4. Menyambut Perayaan








Ketika anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.
Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang dilakukan, belum lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalambadan. Untuk atasinya, anda boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan kawan yang lain.



5. Mengunyah Gula-gula Getah






Sebanyak 16% responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.
Jika keinginan datang, segeralah minum segelas air putih agar perut terasa kenyang dan menahan daripada mengunyah lagi.



6. Snek Dari Kawan Sepejabat

Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila kawan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak.





Hidup Sihat Di Pejabat

Berada di pejabat adalah perkara yang sukar untuk menjalani hidup yang sihat. Aktiviti yang padat membuatkan wanita yang berkerjaya lebih senang mengambil makanan segera. Ini belum lagi termasuk, godaan snek yang dihidangkan oleh kawan sekerja. Ingat! Masih belum terlambat untuk anda mengubah pola hidup yang lebih sihat.



Beberapa tip untuk mengatasi  masalah ini:

a) Kekerapan Mengunyah Snek



Siapa yang tidak suka mengunyah snek? Biskut, kerepek atau makanan ringan adalah kebiasaan yang ada di tempat kerja. Walaupun snek ini memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Kadar garam yang terkandung dalam makanan ringan juga dapat menyebabkan hipertensi.

CARA PERBAIKI:

Jangan letakkan pelbagai jenis snek di dalam laci kerja anda. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang. Cara ini juga membuatkan anda mampu menolak saat kawan mempelawa snek lain.



b) Jangan Terlalu Banyak Minum Teh atau Kopi



Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ini kerana, ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur.

CARA PERBAIKI:

Kurangkan hidangan teh atau kopi setiap hari. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah. Pilih minuman yang tidak mengandungi banyak gula atau susu.




c) Banyakkan Minum Air Mineral



Berusahalah untuk minum air dengan lebih banyak, walaupun anda tahu akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air. Namun, jika anda kurang minum dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.

CARA PERBAIKI:

Letakkan satu liter botol air mineral di atas meja dan pastikan anda minum habis sebelum pulang dari tempat kerja. Cara ini akan membuatkan anda tidak lupa untuk minum.


d) Elak Makan Malam



Apabila tamat waktu kerja, kawan anda mengajak untuk makan di restoran. Ini membuatkan anda tidak makan lagi di rumah. Walau bagaimanapun, rasa laparakan datang pada waktu malam. Jangan terus mengalah, sebenarnya anda penat dan perlu berehat, bukannya mencari makanan.

CARA PERBAIKI:

Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Sayuran berserat tinggi dan daging tanpa lemak kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.



e) Elakkan Makan Banyak Pada Hujung Minggu



Mungkin anda terfikir untuk memberi ganjaran kepada diri selepas sukses menjalani diet selama hampir seminggu. Makan sepuasnya pada hujung minggu bukanlah cara yang betul untuk diterapkan dalam program diet anda.

CARA PERBAIKI:

Cari cara lain untuk memberikan penghargaan pada diri sendiri. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.

Pilihan Snek Sihat Di Pejabat 





a) Aprikot Kering 

PILIHAN: 

Buah ini kaya dengan nutrisi dan penuh vitamin, mineral dan enzim penting. Snek ini kaya dengan serat, beta karoten, vitamin A dan C, magnesium, zat besi, kalsium dan kaya dengan antioksidan dalam melindungi diri daripada melawan kanser prostat serta paru-paru.
Gula semulajadi yang terdapat dalam aprikot dapat meningkatkan kadar gula darah. Demikian menurut Susan Kleiner, penulis buku The Good Mood Diet.

HARUS DIPERHATIKAN: 

Kalori banyak terdapat dalam buah kering. Jadi perhatikan hidangannya.
Setiap ½ cawan (65g) aprikot kering mengandungi 156kcal dan 0.3g lemak.



b) Epal 

PILIHAN: 

Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tubuh, otak dan kesihatan jantung. Kandungan serat dapat membantu anda merasa lebih kenyang dan menahan daripada makan secara berlebihan.



HARUS PERHATIKAN: 

Pilih epal yang bersaiz kecil atau sederhana untuk snek. Anda juga boleh gabungkan epal dengan sekeping keju rendah lemak atau satu sudu makan kacang untuk tenaga yang tahan lama dan badan yang sihat.
Setiap 1 biji epal ukuran sederhana (180g) mengandungi 77kcal dan 0.3g lemak.



c) Yogurt 

PILIHAN: 

Snek ini rendah lemak dan kolesterol. Ia juga sumber vitamin B12, protein, potassium, zat besi dan sumber riboflavin, kalsium dan fosfor yangsangat baik.

HARUS DIPERHATIKAN: 

Banyak yogurt yang dikatakan sihat tetapi mengandungi banyak pemanis, sirap atau gula. Pilihlah yogurt rendah lemak dan rendah gula. Untuk lebih elok, taburlah yogurt dengan blueberry atau potongan buah-buahan untuk mendapatkan serat.
Setiap 100g yogurt rasa buah dan rendah lemak mengandungi 102kcal dan 1.1g lemak.



d) Dark Chocolate 

PILIHAN: 

Peneliti di Jerman dalam The Journal of the American Medical Association mengatakan dark chocolate kaya dengan flavonoid, menjaga tekanan darah tetap stabil ketika stress.
Dengan mengunyah coklat, ia dapat mengurangkan mood negatif sehingga anda boleh santai bersama rakan sekerja.



HARUS PERHATIKAN: 

Pilih dark chocolate yang mengandungi kurang 70% koko untuk mendapatkan manfaat flavonoid yang maksimum. Ia juga mengandungi lemak tepu, jadi pastikan anda makan sepotong kecil sahaja ketika ingin mengunyah.
Setiap potongan kecil (28g) dark chocolate, 70-85% koko mengandungi 168kcal dan 12g lemak.



e) Kraker 

PILIHAN: 

Sangat praktis dan baik untuk perut. Banyak kraker diberi vitamin tambahan dan kalsium yang baik untuk tulang. Kandungan karbohidrat yang tinggi sangat sesuai untuk anda yang memerlukan banyak tenaga ketika bekerja.



HARUS PERHATIKAN: 

Sesetengah kraker mengandungi sodium dan gula yang tinggi. Jadi, pilihlah plain cracker yang diperbuat dari gandum, mengandungi serat dan vitamin B. Sapukan kraker dengan mentega kacang, celupkan dengan susu atau yogurt rendah lemak.
Setiap 4 keping kraker masin (23g) mengandungi 103kcal dan 3g lemak.



f) Almond 

PILIHAN: 

Snek ini sangat rendah kolesterol dan sodium. Beberapa jenis kacang lain seperti walnut mengandungi sumber magnesium dan vitamin E, asid lemak omega 6 serta omega 3 (walnut).

HARUS PERHATIKAN: 

Makan kacang boleh membuatkan anda ketagih. Walaupun almond rendah kolesterol, anda juga perlu perhatikan jumlah kalorinya. Cukup dengan mengambil 11 biji almond atau satu sudu makan walnut antara waktu sarapan dan makan tengahari.
Setiap 11 biji almond tanpa garam mengandungi 85kcal dan 7g lemak.

Friday, November 17, 2017

FOLLOW ME: EKSTRAK TEH HIJAU DAN SAKURA SESUAI BAGI RAMBUT KERINTING Dan HUJUNG BERCABANG





Syampu Teh Hijau ini diperkaya dengan Vitamin C dan E untuk memberikan perlindungan kepada folikel rambut dan pada masa yang sama memastikan rambut anda sentiasa licin dan lembut.

Polyphenol (sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam ekstrak Teh Hijau) membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat; manakala gabungan pelbagai ekstrak tumbuhan semula jadi bersama antioksida yang terdapat di dalam ekstrak Teh Hijau melindungi rambut kepada radikal bebas untuk mengukuhkan lagi akar rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah penipisan rambut.






Hari itu, ina masuk pasaraya NIRWANA..Lagi 15minit nak tutup pasaraya tersebut..Mujurlah tekaan ina betul.. ehehehe.Wangi betul. Kalau nak tau,sikap  ina memang suka beli barang ikut suka aje nak capai mana satu..Nasib la Wangi. Dengan bermodalkan RM 10.xx dapat juga memiliki syampu FOLLOW ME ni. Saiz yang besar iaitu 320ml  sebotol.Bau TEH HIJAU yang sangat wangi di gabungkan bersama sakura.Alahaiii.. Excited sangat nak guna pagi keesokan harinya tauu..  Selepas ina gunakan syampu FOLLOW ME ini, tersangatlah PUASHATI! Rekomen sangat kalau korang yang mempunyai kulit kepala gatal dan hujung rambut bercabang serta mempunyai rambut kerinting. Alhamdulillah, best gunakan.Seronok! kepala sudah tak gatal lagi akibat kulit berminyak .Sedap betul baunya.. 2X dah ni cakap wangi kan..? jadi korang kenalah cuba jugak..



Thursday, November 16, 2017

Misi Pencarian KEROPOK (Kuala Terengganu)

Pasar Payang,Kuala Terengganu



Alhamdulillah.. setelah semalaman menginap di Kuala Terengganu( entri lepas baca di SINI . Awal pagi kami telah check out Hotel.Misi utama kami ialah..mencari Keropok Lekor. Dalam kepala dah imagine keropok yang banyak ikan.Panas panas..wooow! sedap dimakan begitu saja..tanpa goreng.(husband ina, dia geli..ina okay jee hihihi) Kami sekeluarga memang kaki makan keropok..Ehehehe.Jika pergi makan malam di restoran, mesti order keropok lekor.


PASAR PAYANG,KUALA TERENGGANU

10 minit jarak dari HOTEL kami menginap untuk sampai ke destinasi.Ina masuk ke pasar payang bersama 2 orang anak ina aje, Iman dan soffea.Iman macam macam dia order dengan mama.Ayahnya awal awal dah tau.Mama lah yang duk melayan anak anak..heeeh. Tapi misi utama ina..hanyalah Keropok Lekor aje.Ada satu kedai tu, tak ingat dah kedai mana satu, tapi kedai makcik tu dia jual keropok 17Batang RM 10..harga tersangat lah murah dan paling penting Kualiti sesuatu keropok itu.Cukup RASA ikan..(ada kedai yang jual keropok tetapi takde rasa ikan.Camne tu erkkk? tapi kali ni, alhamdulillah, ina dapat jumpa keropok sedap..)



Keropok Lekor 
Diterengganu ni, Keropok Lekor benda WAJIB orang cari selain Kain Sutera tau.Ina kurang sikit kalau bab bab macam tu.Heeeehhhh.. 

Keropok Lekor TOK MOLOR

Dengan kegigihan ina mencari keropok lekor, tanya jugak rakan blogger (sisgee.com) .Akhirnya jumpa hasil menggunakan google maps.Tehehehehe.. (jarak dari pasar payang tadi  ialah 10 minit sahaja..lebih kurang) asalnya nak cari keropok VIRAL itu.Tetapi tak jumpa yang itu.. ini pun jadilahh yerk. Di Keropok Tok Molor ina membeli keropok hanya 3 plastik aje..test jer, risau keropok tak sedap kan.Tapi agak rugi, kerana tekaan ina meleset (1 bungkus plastik dijual pada harga RM 6 ...Kuantiti agak banyak). Keropok di sini memang sedap. Boleh potong kecil kecil dan ia mengembang.Woow! sampaikan terkejut suami, katanya bila masa pulak beli banyak keropok.Ehehehehe.. hurmm.. dah lah MURAH..berbaloi lagi, dengan kerangupan dia lagi.



siap beratur lagi tuh

semasa ina sampai di kedai Keropok Tok Molor Ni kan.. ada 2 side , bahagian kiri itu untuk belian runcit.Dijual keropok mentah dan siap goreng. Sebelah Kanan .. nampak tak plastik besar besar tu (yang warna pink)..,itu semua di booking oleh tauke tauke kedai makan, maybe la kan.Sebabnya ada yang borong 10 kilo keropok mentah.


Sampai disini sahaja pencarian keropok lekor di Terengganu. Sangat berpuashati! Ia satu pengalaman menyeronokkan Korang kalau sudah jemu makan keropok di Pasar Payang, Boleh terjah disini pula yer. 

Tuesday, November 14, 2017

10 TIPS ANDA PERLU ELAK..JIKA INGIN MENGANDUNG..



Alhamdulillah, hari ini ina nak share dengan korang TIPS mengenai Bagaimana nak Preggy cepat. Macam mana er? Adakah dengan cara bersama? Oh, TIDAK! Bukan ya, entri ini ina bagi 10 tips  untuk korang perlu ELAK jika Mahu pregnant lagi sekali ke atau buat kali PRTAMA. Hurmm..


artikel lain: CARA MENGESAN OVULASI
I want pregnant



Antara yang perlu dielakkan jika anda merancang ingin hamil :-






1.KAFEIN


cafein


Kurangkan pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurang kesuburan wanita.





2. DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK


ubat ubatan


Sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil sebarang ubat jika anda merancang ingin hamil.




3.NIKOTIN/MEROKOK


merokok


Nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.





4.ALKOHOL



alkohol

Mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi.




5.MANDIAN AIR PANAS




Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.







6.PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA




Cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.





7.DIET


diet ekstrem tidak sesuai bagi yang ingin hamil


Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.





8.BERAT BADAN TIDAK IDEAL




Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.




Berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.








9.PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT




Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.







10.TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL

aktif sukan 



Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal / aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.


Okay, jika korang sudah baca artikel ini.Rajin rajin kanlah berkongsi pula pada kenalan korang ya.Tak salah berkongsi benda baik di social media ni.. Salam sayang dari Ina



Monday, November 13, 2017

BOTANIC SUPERFOOD by LYNNITY






healtier life





actually i dont have time for breakfast with heavy breakfast like nasi lemak, and that can make my body tired and fatigued can hurt my time as a housewife who now has 3 growing children. I hold on to the saying, that time is so precious. But at the same time I need energy for my daily life.


fruits and vegetables






I understand, for a healthier life we ​​have to eat food according to a food pyramid such as fruits and vegetables. But do you want to eat too much fruit? 1 kilo of apple? 1 basket of carrot to get the benefits of the fruit. Oh, not at all. This allows you to poison the fruit.






Proven way of staying healthy means eating a wide variety of foods from each of the four key food groups, in the amounts recommended. Eating many different foods helps maintain a healthy and interesting diet which provides a range of different nutrients to the body. 


No single food can provide all the essential nutrients. Therefore, it is important to consume a wide variety of foods to provide adequate intake of vitamins, minerals and dietary fiber, which are important for health


Botanic Superfood (Phyto Grains, Beans, & Fruits Blend) is formulated to incorporate the concept of HEALTHY DIET = HEALTHY FAMILY by presenting a formula of NUTRITIONAL-COMPLETE SUPERFOOD:




Botanic Superfood

Botanic Superfood
The four key food groups in Botanic Superfood are / Botanic Superfood


whey protein



Soy Bean, Red Bean, Mung Bean, Almond, Green Pea, Whey Protein, Green Bean, Black Soy Bean, Walnut

Botanic Superfood (Phyto Grains, Beans & Fruits Blend) is formulated to compose a nutritional-complete superfood from four key food groups to deliver a healthy eating, healthy living, and healthy family.



Botanic Superfood





Nutritional Super Foods: Pomegranate, Black Ginger, Mangosteen, Oat Bran, Spirulina, Mulberry, Lingonberry, Chia Seed.

Find it hard to include different variety of foods from four food groups into snacks and meals?







Botanic Superfood (Phyto Grains, Beans & Fruits Blend) has it all!

Botanic Superfood by linnity 






Benefits Superfood

For Children :

  •  Boost immunity and for eye healthy development.
  •  Bone & brain healthy development





For Adult:



  • Prevent obesity and maintain healthy body weight.
  •  Increase energy & eye strength.
  •  Supplement of complete nutrients for daily requirement.
  •  Improve digestive functions and gut health



The elderly

  • Reduce risk of heart disease.
  •  Reduce cholesterol levels.
  •  Reduce risk of high blood pressure.
  •  Reduce risk of cancer.
  •  Reduce risk of diabetes.
  •  Reduce risk of eye disease.
Botanic Superfood is natural product
chia seed, Mulberry and Lingonberry

20gm in 1 sachet Botanic superfood



Use code Loyalty10 for returning purchase and get discount Botanic Superfood






powder of superfood


use warm water for superfood..stir the powder with 250ml water  


Tengok..betapa sayangnya i dekat botanic superfood ni.Riadah di pantai pun bawa tauu.heeeh




For those of you who care about health, you can get Botanic SUPERFOOD meal replacement  products on 



besides that, can also follow on social media pages

Instagram : @lynnityhealth


Saturday, November 11, 2017

Botanic Juice - For Weight Management , Anti Oxidant and Detox

Rough skin, freckles, sunburn, Obesity, digestive problems and other health problems often occur in the human body. This is because the body is never thrown away Toxic . So the impression of any harm is like the above. But, do you know that a body has never been detoxed will have a more serious problem ?? especially .. colon cancer. Must be scared right?




Lynnity (Let the Farm be your Pharmacy) began with the belief that plant is the best way to support good health and the desire to discover the planet’s wealth of super foods and share them with everyone. That spirit of entrepreneurship and the mission to change people’s lives still drives everything we do today. Lynnity (Let the Farm be your Pharmacy) continues to push the boundaries of innovation in what has become a rapidly-changing marketplace though our dynamic corporate culture.

supplement 


Suitable product for removing toxic in the  body is Botanic Juice. It contains natural ingredients such as Pomegranate, Pineapple, Mangosteen, Prune, Moilasses, Pear, Green apple, Kiwi, Passion Fruit, Lemon Spinach, Celery, Cucumber, Parsley, Black Ginger, L-carninitine, L Glycerine, Histidine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Proline, Serine, Threonine, Tryphotophan, Alginine, Arganine, Aspartic Acid, Cystine, Tyrosine, Valine), Premixed Vitamins & Minerals (Thiamine, Vitamin A, Vitamin D3, Biotin, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Vitamin B12, B2, B6, Vitamin C, Calcium, Iodine, Iron, Magnesium, Selenium, Phosphorus & Zinc).









fat burning 




Convert large molecule of stored fats into energy and expend it 
 safe as well as effective fats burning solution.

time to remove toxic



Enhance body detoxification
remove toxic substances in the body.



Stimulate metabolism 
 improve blood circulation system.


cellulite

Hormone regulation and improvement of lymphatic system 
 essential for cellulite appearance removal


Supply plentiful of vitamins, minerals, enzymes, protein, amino acids & other micronutrients 
 ensure the body receives a healthy amount of nutrients. 



comes  with beautiful box

                      one bottle has 15ml contents
close up BOTANIC JUICE

super cute bottle









after lunch i take 5ml Botanic Juice 




Botanic Juice is  Rich fruity flavor, everyone like it.And yes, this morning..i feel more energetic.


use the Loyalty10 code for the next purchase to get the discounted price


For those of you who care about health, you can get Botanical Juice products on 



besides that, can also follow on social media pages

Instagram : @lynnityhealth

Friday, November 10, 2017

Rezeki Mummy Blogger

emel dari brand yang sudi beri job review kepada blogger

alhamdulillah..rezeki musim hujan.Semalam,sambil duk propose job kat sushivid tu..(banyak reject je tau..hukhukhuk).

3 orang cahayamata






Tapi disebalik kedukaan tersebut,allah gantikan dengan rezeki lain.Tiba tiba masuk email petang itu juga, ada yang PM di facebook bagi memberi job kali ke 2.Ehehehe.. alhamdulillah,memang rezeki anak anak.Semenjak kebelakangan ini, banyak produk untuk anak anak.Sesuai la status ina sebagai mommy blogger kan.Hihihi.. ina mempunyai 3 orang anak yang berusia lingkungan 5Tahun Nur Iman Qhaisara (sulung perempuan), hampir 3tahun Nur Wardina Soffea dan bongsu baby lelaki yang kini menginjak ke 12bulan.


Bukan niat ina ingin menunjuk screenshot diatas,tetapi ina nak buka mata brands dan seller di luar sana mahupun PR sekalian.Bahawa,Pengaruh bloggers sangat la besar kuasanya terutamanya di laman media sosial.Sebelum kedatangan media pengiklanan di tv dan radio.Bloggers la orang yang penting dalam media pengiklanan.Tak kisah la bagi mempromosikan apa jualan sekalipun atau menghadiri sebarang event. Itu semua tugasan bloggers bagi memasarkan jualan.

Repeat dari brand bagi produk anak anak 

Kenapa nak beriklan di blog? Salah satunya,di blog ayat jualan boleh ditulis tanpa had.Boleh attach gambar ,video mahupun link aktif didalam satu page sahaja.Sebagai contoh Produk Z boleh attach sekali gambar produk tersebut seberapa banyak mana di ruangan entri blog.Ibaratnya,Produk Z sudah membeli satu ruangan papan iklan di ruangan bloggers tersebut.Jadi,mengapa nak bayar lebih sampai beribu bayaran yang hanya sekadar iklan pada satu atau dua hari sahaja..(iklan hanya tertumpu pada beberapa hari atau sehari..dan seterusnya,bakal pembeli sudah tak ingat lagi produk Z)  .Adalah satu kerugian yang sangat besar kepada brands.So.. tersangatlah besar pengaruh bloggers di mata media ni.


Monday, November 6, 2017

Blog TRANSFORM lagi...

Niche health 
Terlebih dahulu di ucapkan ribuan terimakasih kepada designer blog.Sudi melayan ina yang cerewet...ehehehe. Kali ini ina repeat order khidmat beliau buat kesekian kalinya,sebelum ini ina menggunakan hasil tangan sishawa.com di blog AURA blogger iaitu blog ina ber niche lifestyle and beauty. 
Berbalik kepada tajuk entri diatas, blog ina dihidupkan kembali atas sebab sebab minat ina yang mendalam dalam berblogging.Blog ini ber niche kesihatan 80% dan selebihnya berkenaan Lifestyle. Blog ini juga, ina hasilkan dari tahun 2012 lagi.Iaitu dari zaman ina TTC (trying To Conceive).Sedih sangat tau.


Dengan niat berniaga asalnya, blog ini dibina.Waktu ini, ina memang BUTA Social Media..,Buta dengan Whatsapp ..Buta Marketing.Kekangan waktu mungkin salah satu faktor! Facebook juga, suami  yang Create akaun..semasa zaman bertunang...Ehehehe.Akibat terlalu pentingkan kerja dan memang ketiadaan waktu untuk bersosial.Ecehhh...,Tapi betul tau. Dunia ina sedikit boring waktu itu.Dulu ina bekerja sebagai Kerani di sebuah bengkel kereta syarikat bumiputra.Jadinya, bebanan semua terletak atas bahu ina.


Blog ini dibina hasil airmata ina juga nii... eheheheeh. Setiap kali pulang bekerja, lari rumah mak sekejap untuk update entri blog.Waktu itu, ina memang tak nampak langsung Facebook tempat untuk berbisnes.hihihihihi.. teruk kan?? Masa ini in atakde lagi zuriat.Langsung! Sepanjang perkahwinan, hidup ina memang penuh dengan airmata. Setiap hari, rakan rakan di tempat bekerja semunya sindir menyindir ina.Kenapa TAK MENGANDUNG? bil anak mengandung?? Ada ke tidak suami? Ohhhhhh! STRESS ya amat.. Hari hari, pulang ke rumah asyik menangis depan suami.Bercerita pada suami.Kata nak ambil anak angkat katanya. Sehingga kan, BIG BOSS sendiri yang perli.. Zalim kan?? Mulut lelaki lebih TAJAM dari mulut WANITA.. tau tak.. Tapi bukan Semua yaaaa

Akibat desakan itu, ina membeli satu produk yang akhirnya.Mungkin juga secara kebetulan masa tu nak menjadi.. Ina telah berjaya HAMIL..Alhamdulillah.. ehehehehe. Now, 2017, ina sudah mempunyai 3 cahaya mata. DAN sekarang ina ingin kekalkan momentum sebagai seorang blogger.Rasanya, blog dan ina semakin dekat di hati juga selain allah maha pencinta.

Sebelum korang salah sangka.. inatak jual produk.Eheheheheh.. assalamualaikum



Entri lain :

MAKANAN BANTU PEKATKAN SPERMA
MAKANAN BAGI MENGHASILKAN BABY BOY
KETAHUI WAKTU SUBUR ANDA

10 Tips Penjagaan Rambut bagi Wanita Bertudung


Wanita berhijab, seringkali mengalami masalah kulit kepala berbau..kulit gatal dan sebagainya. Jadi entri kali ini ada 10 Tips berguna kepada mereka yang bertudung bagi memastikan  rambut dalam keadaan sihat. 

Tips penjagaan rambut HIJABISTA

1. Lakukan cucian rambut secara berkala. Selang sehari antara yang disarankan atau sebaik kamu terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci, urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika.


2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul dan tepat untuk jenis rambut kamu. Minta nasihat pakar rambut seperti di salun di mana mereka boleh melakukan ujian ke atas kulit kepala kamu untuk mencari penjagaan paling sesuai.


3. Elakkan mencuci menggunakan air hangat kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilasan air sejuk lebih wajar untuk melembutkan kutikel rambut.



4. Adalah menjadi satu kesalahan besar jika memakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan rambut benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.



5. Selepas membuka tudung dan mahu mencuci rambut, sikat dahulu rambutmu dengan sikat bergigi lebar. Ia adalah langkah yang bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak saat mandi.



6. Sebaik pulang ke rumah, jangan terus mencucinya. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.


elak mengulang pakai anak tudung


7. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kain kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.




8. Elakkan mengulang pakai anak tudung yang sama tanpa dicuci. Jagalah kebersihan rambut dengan menjaga juga kebersihan anak tudung dan tudung yang disarungkan saban hari.



9. Walaupun terdapat begitu banyak fesyen bertudung berlapis-lapis, namun sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tidak begitu tebal lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.

shawl berlapis menyebabkan kulit kepala kurang bernafas dan menggalakkan kulit berminyak

10. Bagi mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.


supplemen bagi penjagaan rambut


sumber :Intrend