Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Monday, March 20, 2017

PENGALAMAN: Bersalin Baby Lelaki


Assalamualaikum..selamat petang semuanya.Terima kasih kerana sudi singgah ke belog ina nii.

Bila tengok orang mengandung..tetiba teringat masa mengandungkan baby Muhammad Arif Furqan..ehhh,bukan sibuk nak menambah hokeyy..😠 Ni ina nak cita aje momen nak throwback kisah kisah memgandung  & bersalin baby boy.

Semasa bersalin kan baby boy (arif) nii..hati berbunga riang.Ya allah.Penantian selama 6tahun nakkan baby boy..arif ni anak no 3..yang 2 diatas tu semuanya bunga bunga.Hihihihi.

Tempoh mengandung.. 37minggu 6hari

3kali asyik duk berulang ke hospital tau dak..hishhh.Dugaan betul nii.Nasib la mak ayah dan adik beradik pindah duk sekali masa ina sepanjang tempoh mengandung si arif.. (kandungan 8bulan baru famili ada sini).Kali ke 3 datang ke hospital,barulah ina bersalin..hihihi😊😄

Kuat Sangat mengandung kali nii..

Alhamdulillah,sepanjang mengandung.Ina berbisnes..ambil tempahan biskut raya dari pelanggan.Seawal 3pagi bangun siapkan order.Waktu ni..,sahur.Ina bangun dulu dari suami..kemudian sahur bersama.Siap buat tempahan biskut jam 8pagi.Kadang tu ina kejar masa.Pelanggan nak pada hari kedua tempahan dorang..agak rushing la.Tapi allah mudahkan jalan ina.Tiada alahan sepanjang mengandung.Kandungan 8bulan,barulah start sakit sakit kontraksi palsu..

SUdah tiba masa bersalinkan Si Arif..

Ina dah niatkan dalam hati.Ya allah,aku nak bersalin nanti.Suami nak ada disisi.Suami teman sepanjang proses bersalin..Nak bersalin time suami CUTI.Alhamdulillah..allah maha memdengar! Betul..ina bersalin petang sabtu.

Proses Bersalin

Alhamdulillah,allah permudahkan jalan ina.Tolak ke labour room jam 5.30petang..Doktor masuk air,pecahkan ketuban,jam 6petang dah start sakit.Suami ade disebelah..urut ina.Bagi semangat.. 6.20petang selesai bersalin.

Penantian selama 6tahun baby boy

Suami...tersenyum bila nampak tut baby (bebird) hihihi.Tersenyum sampai ke telinga.Suami cepat cepat kol mak mertua n famili dia.Ina masa niii...terpinga pinga.Tak pasti sangat..sebab scan memang tak nampak pun jantina baby tu.

Sepanjang di katil hospital, mulut ina tak henti henti zikir tanya syukur pada allah.Dalam hati,,Ya allah...kau izinkan jua aku memiliki khalifah di muka bumi ini.Sepanjang malam ina kat wad,ina tak tidur langsung.Ina banyak banyak zikir je pada baby..syukurr sangat pada allah.Ina terlelap sekejap,cepat cepat sambung zikir.Rasa betul macam bersalinkan anak pertama tau..

Dalam wad tu...hampir keseluruhan baby boy.Baby girl ada 2 orang je masa tu.Mungkin musim baby boy time tuu..

hokey..sampai sini aje cerita ina..
assalamualaikum..

Terima kasih sekali lagi kerana sudi baca entri ina.

No comments:

Post a Comment