Monday, March 13, 2017

DONAT tanpa telur

Assalamualaikum...selamat petang. Dari tengahari lagi anak sulongku sara minta mama buatkan kuih.Kuih yang ada gula katanya..hihihi. Donat laa.. sara tak ingat nama kuih tu.Tapi mama tau.. Okay.. kat Bawah ni ina nak bagi korang Resipi Donat..insyallah Gebus.

Topping ina pakai dusting sugar


Bahan - Bahan:

2 cawan tepung high protin
1 1/2sudu Besar Marjerin
11gm Yis (ina guna jenama SAF..brand mauripan sedikit berbau)
1/2 sudu Besar Water Roux
Air sejuk (ina tuang air tu ikut lembut doh sampai boleh uli dan tak melekat di tangan)

Cara cara Buat Donat:

1.satukan yis + gula bersama air suam biarkan (untuk hidupkan yis.. tunggu yis berbuih).
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung , marjerin , water roux , yis
3. Gaulkan bahan diatas sampai rata..
4.Bila bahan sudah sebati...masukkan air sejuk ikut doh.Jangan tuang semua air tu..
5.Uli gunakan tangan..kuasa kuda...(tips: sila hempuk hempuk doh tu..pastikan letak dalam plastik bersih..baru hempuk.Libas macam mak mak kita basuh baju tuu..insyallah,lama uli..lebih lembut dan gebus donatnyaa...)
6.Bulat bulatkan @ gunakan acuan donat.. siap bentuk,pastikan donat korang direhatkan sebentar.Paling cepat setengah jam boleeee.
6. Panaskan kuali.Pastikan minyak betul panas dan goreng..

Tips:
**balikkan hanya sekali donat (untuk elak donat serap minyak)

Tips buat WATER ROUX:
✔✔50gm tepung gandum
✔✔250ml air masak
(Satukan bahan diatas dan pukul sehingga bahan bersatu

**masakkan atas api..sehinga berkilat..

***3hari sahaja penyimpanan water roux.. selebihnya expired.


Cara buat Gula Donat:
✔✔kisar gula kasar sehingga hancur
atau boleh beli gula macam ina tu. Cari di bakery.. dusting sugar. Mahal la sikit..


Related Posts

0 komen: