Monday, March 27, 2017

Review: Power Rangers 2017

Assalamualaikum..
ina pun taknak terlepas tengok movie niii. Best pulak.. ina 5 beranak berangkut semua ke pawagam.Nasib ler ade cik suami.. dia handle 2 anak,ina handle baby aje.. hihihi.Nasib jugaklah my baby tak meragam sepanjang cerita tu ... hihihihi.Alhamdulillah..



Ni gambar tengok wayang..tengok tu,,baby pon dah letih tengok wayang tadi..





POWER RANGERS 2017

Sebuah filem sains fiksyen yang mengisahkan sekumpulan remaja yang terpilih untuk menyelamatkan dunia dari Rita repulsa.Masing masing mendapat kuasa luarbiasa setelah menemui permata yang mempunyai 5 kaler iaitu pink,kuning,biru , merah dan hitam.Jalan cita power rangers nii,dengan pelakon yang cantik cantik dan kacak menambahkan lagi perasa dalam filem... ehehehe.Korang patut pergi tengok okayy.. bawak anak anak.

nak tengok trailer power rangers..klik link kaler biru tuu yea..
Trailer Power Rangers

Friday, March 24, 2017

WHATSAPP: cara link terus ke Nombor Anda

Assalamualaikum...
selamat pagi jumaat.

Ina terpanggil untuk menulis entri ini berkenaan whatsapp.

Tutorial ini sangat sesuai kepada peniaga online.

Iya betul..perasan tak kalau kita nak berurusan dengan peniaga online. Mesti kena whatsapp.. nak whatsapp mestilah nak kena SAVE nombor peniaga tu kan??? Ishhh..,leceh.Walhal kita sekali tu aje nak membeli nya.Tak perlu save pun tak ape.Betul??

Ni ina nak bagi cara mudah untuk korang..
http://www.wasap.my/60179506861

Nanti customer klik je link ni..terus ke whatsapp anda.Tanpa perlu save nombor dah..

Okay tak? Dapat tak buatnya?? Hihihi..mudah kan?

Cara untuk promosi bisnes:

http://www.wasap.my/60179506861/Agenshakleekuantan


Okay...ini saja tutorial nyaa..
nak tanya malu kan?? Bukan ape.Entah bagi ke tidak tutorial ni kan?


jana DUIT dengan UBER.. DAFTAR di SINI 

Thursday, March 23, 2017

AWAS!! PETANDA KANSER PROSTAT

Assalamualaikum.. pagi tadi terbaca status kawan di alam maya fesbuk berkenaan kanser prostat.. Ya allah.Takut pula bila membacanya.. Lelaki pun tidak terlepas dengan penyakit NO 1 ini.. okay.Kupasannya boleh baca entri dibawah.

    • PROSTAT
    •  
    • Menurut Dr. Tan Khon Eu, Pakar Pembedahan Am Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), prostat adalah kelenjar yang bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki & mengelilingi salur kencing atau dikenali sebagai urethra.

      Prostat berfungsi menghasilkan cecair beralkali untuk air mani.
      Kelenjar prostat juga tidak berbeza seperti kelenjar lain yang berisiko menghadapi penyakit & masalah tertentu. 

      Antara penyakit & masalah utamanya ialah Benign Prostatic Hyperplasia atau Pembesaran Kelenjar Prostat & Kanser Prostat
      Pembesaran Kelenjar Prostat (BPH)

      Disebabkan oleh rangsangan testosteron
      Biasanya berisiko pada golongan lelaki berumur 40 tahun & ke atas
      Mengikut perangkaan, lebih 50% lelaki pada peringkat umur 40-an menghadapi masalah ini dan peratusan meningkat ke 75% pada lelaki yang berumur 80 tahun dan ke atas
      Menyebabkan salur kencing yang melalui kelenjar prostat sempit
      Kerap mengalami kesukaran dalam membuang air kecil
      Tanda-Tanda BPH
      • Aliran kencing yang kurang baik
      • Kerap membuang air kecil
      • Tidak dapat mengoongkan pundi kencing selepas membuang air
      • Air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air
      • Kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air
      • Sekiranya tidak dirawat,
      Menyebabkan salur kencing tersumbat & tidak dapat membuang air kecil secara normal
      • Tekanan yang tinggi di dalam pundi kencing boleh menyebabkan risiko buah pinggang bengkak & gagal berfungsi
      • Pembentukan batu karang
      • Berisiko mendapat penyakit hernia
      • Perlu kerap ke tandas untuk buang air kecil
      • Menganggu kegiatan sosial seperti menonton wayang
      • Menganggu masa tidur & menyebabkan keletihan


      Pengesahan
      Pemeriksaan fizikal
      • Pemeriksaan melalui dubur untuk mengesahkan bahawa kelenjar prostat sudah membesar
      • Kelemahan aliran air kencing akan diukur menggunakan alat khas
      Ujian darah
      • Menentukan fungsi buah pinggang
      • Saringan antigen kanser prostat


      Rawatan
      • Pengambilan ubat-ubatan
      • Jenis lapha-2-blocker – mengurangkan saiz kelenjar prostat
      • Jenis 5-alpha reductase – membantutkan pembesaran saiz kelenjar prostat dengan mengurangkan penghasilan hormon tetosteron
      Pembedahan
      • Transurethral resection of prostate (TURP)
      • Salur kencing yang menjadi sempit akan dibedah
      • Dijalankan secara endoskopi – teropong khas dimasukkan ke dalam salur kencing.
      • Komplikasi pembedahan – pendarahan, masalah pancutan air mani serta mati pucuk
      • Penggunaan gelombang mikro
      • Memusnahkan tisu prostat
      • Kanser Prostat

      Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi & bertambah tanpa dapat dikawal. Lelaki yang berusia lebih 45 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat. Kanser prostat tidak menyebabkan tanda-tanda yang kerap jika dibandingkan dengan BPH.
      Faktor-Faktor Risiko Kanser Prostat
      • Umur melebihi 65 tahun
      • Merupakan faktor utama
      • Keturunan
      • Perubahan nyata kelenjar prostat
      • Perubahan gen-gen tertentu
      • Risiko lebih tinggi
      • BangsaLelaki berkulit hitam berisiko tinggi berbanding lelaki berkulit putih


    Monday, March 20, 2017

    PENGALAMAN: Bersalin Baby Lelaki


    Assalamualaikum..selamat petang semuanya.Terima kasih kerana sudi singgah ke belog ina nii.

    Bila tengok orang mengandung..tetiba teringat masa mengandungkan baby Muhammad Arif Furqan..ehhh,bukan sibuk nak menambah hokeyy..😠 Ni ina nak cita aje momen nak throwback kisah kisah memgandung  & bersalin baby boy.

    Semasa bersalin kan baby boy (arif) nii..hati berbunga riang.Ya allah.Penantian selama 6tahun nakkan baby boy..arif ni anak no 3..yang 2 diatas tu semuanya bunga bunga.Hihihihi.

    Tempoh mengandung.. 37minggu 6hari

    3kali asyik duk berulang ke hospital tau dak..hishhh.Dugaan betul nii.Nasib la mak ayah dan adik beradik pindah duk sekali masa ina sepanjang tempoh mengandung si arif.. (kandungan 8bulan baru famili ada sini).Kali ke 3 datang ke hospital,barulah ina bersalin..hihihi😊😄

    Kuat Sangat mengandung kali nii..

    Alhamdulillah,sepanjang mengandung.Ina berbisnes..ambil tempahan biskut raya dari pelanggan.Seawal 3pagi bangun siapkan order.Waktu ni..,sahur.Ina bangun dulu dari suami..kemudian sahur bersama.Siap buat tempahan biskut jam 8pagi.Kadang tu ina kejar masa.Pelanggan nak pada hari kedua tempahan dorang..agak rushing la.Tapi allah mudahkan jalan ina.Tiada alahan sepanjang mengandung.Kandungan 8bulan,barulah start sakit sakit kontraksi palsu..

    SUdah tiba masa bersalinkan Si Arif..

    Ina dah niatkan dalam hati.Ya allah,aku nak bersalin nanti.Suami nak ada disisi.Suami teman sepanjang proses bersalin..Nak bersalin time suami CUTI.Alhamdulillah..allah maha memdengar! Betul..ina bersalin petang sabtu.

    Proses Bersalin

    Alhamdulillah,allah permudahkan jalan ina.Tolak ke labour room jam 5.30petang..Doktor masuk air,pecahkan ketuban,jam 6petang dah start sakit.Suami ade disebelah..urut ina.Bagi semangat.. 6.20petang selesai bersalin.

    Penantian selama 6tahun baby boy

    Suami...tersenyum bila nampak tut baby (bebird) hihihi.Tersenyum sampai ke telinga.Suami cepat cepat kol mak mertua n famili dia.Ina masa niii...terpinga pinga.Tak pasti sangat..sebab scan memang tak nampak pun jantina baby tu.

    Sepanjang di katil hospital, mulut ina tak henti henti zikir tanya syukur pada allah.Dalam hati,,Ya allah...kau izinkan jua aku memiliki khalifah di muka bumi ini.Sepanjang malam ina kat wad,ina tak tidur langsung.Ina banyak banyak zikir je pada baby..syukurr sangat pada allah.Ina terlelap sekejap,cepat cepat sambung zikir.Rasa betul macam bersalinkan anak pertama tau..

    Dalam wad tu...hampir keseluruhan baby boy.Baby girl ada 2 orang je masa tu.Mungkin musim baby boy time tuu..

    hokey..sampai sini aje cerita ina..
    assalamualaikum..

    Terima kasih sekali lagi kerana sudi baca entri ina.

    Thursday, March 16, 2017

    MUNTAH MUNTAH : baby 5bulan nii

    assalamualaikum...haii.Selamat petang..dah makan ke?

    Harini masa sangatlah padat.Pagi pergi ke klinik...appointment muhammad Arif Furqan. Nasib la pergi dengan suami,kalau tidak.. tatau la boleh handle ke yang sorang lagi niii (soffea).

    Sambil-sambil jumpa nurse semasa rawatan baby tu..(selesai cucuk,timbang berat arif 7.2kg) .
    Sempat lah tanyakan nurse mengenai perancang Depo.

    MUNTAH MUNTAH
    Iya lahhh,siapa tidak risau kan.Inject peramcang sudah.Makan Makjun pun sudah niii.. Baby baru 5bulan tapi dah loya tekak.Tapi masa memberus gigi ajelahh.. Terus isi borang,pergi ke mkmal untuk cek urin.Berdebar sangat nak tunggu result waktu tuu.. perasaan.Muka dah pucat,tiada darah kalau ditoreh nii..heee.. Alhamdulillah,,ujian masih Negatif (-ve) upt..

    Okay..debaran sudah habis.Kalau tidak,nak meroti pun tidak senang tau.. asyik mikirkan masalah ini.

    Ehehehehe.. settle kess.


    Monday, March 13, 2017

    DONAT tanpa telur

    Assalamualaikum...selamat petang. Dari tengahari lagi anak sulongku sara minta mama buatkan kuih.Kuih yang ada gula katanya..hihihi. Donat laa.. sara tak ingat nama kuih tu.Tapi mama tau.. Okay.. kat Bawah ni ina nak bagi korang Resipi Donat..insyallah Gebus.

    Topping ina pakai dusting sugar


    Bahan - Bahan:

    2 cawan tepung high protin
    1 1/2sudu Besar Marjerin
    11gm Yis (ina guna jenama SAF..brand mauripan sedikit berbau)
    1/2 sudu Besar Water Roux
    Air sejuk (ina tuang air tu ikut lembut doh sampai boleh uli dan tak melekat di tangan)

    Cara cara Buat Donat:

    1.satukan yis + gula bersama air suam biarkan (untuk hidupkan yis.. tunggu yis berbuih).
    2. Dalam bekas lain, masukkan tepung , marjerin , water roux , yis
    3. Gaulkan bahan diatas sampai rata..
    4.Bila bahan sudah sebati...masukkan air sejuk ikut doh.Jangan tuang semua air tu..
    5.Uli gunakan tangan..kuasa kuda...(tips: sila hempuk hempuk doh tu..pastikan letak dalam plastik bersih..baru hempuk.Libas macam mak mak kita basuh baju tuu..insyallah,lama uli..lebih lembut dan gebus donatnyaa...)
    6.Bulat bulatkan @ gunakan acuan donat.. siap bentuk,pastikan donat korang direhatkan sebentar.Paling cepat setengah jam boleeee.
    6. Panaskan kuali.Pastikan minyak betul panas dan goreng..

    Tips:
    **balikkan hanya sekali donat (untuk elak donat serap minyak)

    Tips buat WATER ROUX:
    ✔✔50gm tepung gandum
    ✔✔250ml air masak
    (Satukan bahan diatas dan pukul sehingga bahan bersatu

    **masakkan atas api..sehinga berkilat..

    ***3hari sahaja penyimpanan water roux.. selebihnya expired.


    Cara buat Gula Donat:
    ✔✔kisar gula kasar sehingga hancur
    atau boleh beli gula macam ina tu. Cari di bakery.. dusting sugar. Mahal la sikit..

    Sunday, March 12, 2017

    Kisah kami (Demam gelombang ke -2)

    Assalamu'alaikum..Selamat berhujung minggu...apa khabar semua? Ina dan anak anak kurang sihat sikit..Doakan kami semua sihat seperti biasa yaa.

    Sepanjang minggu ni kami anak beranak hanya bertapa je dalam rumah.Makan semua order cod..bukan malas..tapi ina demam gelombang ke -2.Hadoiii...telinga sakit je rasa. Berdenyut denyut.Campur lagi dengan selsema dan batuk berkahak..omaiii.Anak anak pun sama..turut terkena tempias sama.

    Omega guard membantu mencairkan kahak dan masalah lelah


    Baby arif pun sama.Kesian sangat..malam malam bunyi dia batuk..taklena tidur.Dan ada satu lagi kisah pasal baby arif (Muhammad Arif Furqan) niee.. next entri ina ceritakan..


    Saturday, March 11, 2017

    Resipi Roti asas








    250 gram Tepung Roti / High Protein
    50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi)
    50 gram Gula Kastor
    1 sudu kecik Yis kering
    1/2 sudu kecik Bread Improver
    1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
    1/2 sudu kecik Garam Halus
    1 biji Telur Gred B
    105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk) jika ulian tangan,masukkan air ikut lembut doh yee.


    CARA CARANYA:

    1. masukkan yis + air suam bersama gula (biarkan ia sekejap..supaya yis hidup aka yis naik buih)
    2. Dalam bekas lain, masukkan telur tepung, marjerin,bread improver ,garam,,susu tepung.
    3.Gaulkan .. campurkan yis kedalam no (2)..uli lagi,masukkan air kedalam adunan tadi sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.Uli sehingga elastik..hempuk hempuk doh tuu.Insyallah memang gebu rotinya.
    4.Rehatkan sekejap doh..tutup dengan plastik. (40minit)
    5.Selepas itu,bentukkan doh ikut suka anda.
    6.Bulat bulatkan..biar doh naik memgembang 2 kali ganda yaa.. biar bambam (tips: letakkan air panas didalam gelas..dan letak didalam oven yg tidak dibuka suis.Tujuannya bantu roti naik lebih cepat)
    7.Selepas roti naik.. mekapkan roti tu,spray dengan air susu..(nak letak cheese parut ke, hotdog ke...
    8.Bakar pada suhu 180@ 200darjah..bergantung suhu oven masing masing. (guna api atas bawah...OFF kipas)
    9.Siap!! Sapu marjerin atas permukaan roti supaya nampak berkilat

    **area kuantan..kalau nak makan roti,boleh whatsapp ina 017.9506861

    Monday, March 6, 2017

    Dalam diam yaa..
    meter nuffnang naik

    Eh..RM 17.++ pun duit jugak tau..
    lama dah tak berblog.

    Lepasni kena laaa aktifkan blog bersawang nii.

    Kebetulan harini cuti niaga roti...
    bole la up status

    **pst..jom kawan2 klik iklan yg ade di sidebar blog ina.

    Ina doakan..semoga anda murah rezeki serta bahagia dunia akhirat

    POST TERKINI!!

    Resipi Roti asas

    250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...