Friday, November 25, 2016

Pengalaman mengandung : Trimester 2

Assalamualaikum..alhamdulillah.Saat ina menulis entri ini.Ina dalam pantang 38hari..sikit je lagi nak habes ( tapi.. orang tua tua pesan..hati hati sebab macam macam boleh berlaku ..contoh : Bentan ) Haihhh.. minta jauhh.

Entri kali ni nak cita pengalaman ina semasa mengandungkan Furqan.. (Muhammad Arif Furqan ) yang bermaksud Yang Bijaksana dan Furqan tu (nama surah dlm al quran..Surah Furqan ).

Semasa trimester 2 kehamilan..sepanjang trimester yang ini.Ina mengidam nak makan masam masam.Asam pedas.. kaw kaw masham ina buat. Takmau ikan biasa..nak kepala ikan merah..(cerewet la tentang makan).. Tiap kali masuk dapur jee, nak makan asam jawa & asam keping. Mulut ina ni.. air liur toksah cakap.. nak menitis nitis jeee.Lepas dapat asam jawa kat dapur tu.Terus OKay pula..hihihi.

Dalam duk berteka teki jantina apa dalam perut.. naluri ina takde pula macam sebelum sebelum niii. Abah(hubby) dia asyik cakap nii lelaki ni.Toksah la kita beli emas.Dalam hati iya iya jee confident... Cehh.

Ermm..masa nii hebat la ina.Aktif masak.Menjual biskut raya..buat roti..jual donat pelbagai topping laa. Masa nii, ada sorang 2 hatii busuk.Bukan ape tau,,cakap.Nii baby girl lagii."tengok pun dah tau,suka masak pulak tuu". Dalam hati..menangis je..,macam tak senang kalo ina dapat baby boy.Itu ina hanya senyap kan aje..iyakan bila orang cakap ina mengandung baby girl.. ada yang cakap lepas 5 tahun lagi baru baby girl..oooopss! memang benda tu small matter bagi dia.Tapi ina lain.. dah anak ina 2 orang perempuan sebelum ni kan? Mesti berharap baby boy pula kan?

Sepanjang kehamilan kali ni..langsung takde alahan.Best sangat.Enjoy sangat pregnant.Sampai ina tak percaya, betul ke tidak ni mengandung..


Sekian, cerita pengalaman ina sepanjang trimester 2.

Saturday, November 19, 2016

Pengalaman::: Mengandung Kali Ke 3 (Trimester 1)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.Entri kali ini nak share kisah / pengalaman ina semasa mengandungkan Furqan sepanjang 37minggu 6hari.. (acacacah retis kan?? Tapi takpelah,nak jugak citaa.Supaya ina boleh refer semula kalo dah lupa pengalaman ..kot2 dah lupa..ibarat buku biodata la niii).

Okay..  sepanjang mengandung ni.Memang tak macam mengandung.Alahan memang takde..alhamdulillah..(sampaikan sepupu suami tegur..kata "ohh ..sedap ina mengandung..kalo kak nak gak mengandung gini..tiap tahun pun takpe..Ina?? Senyum meleret jee.Dalam hati?? Emm..2 anak sblm ni..,alahan sangat teruk..kali ni alhamdulillah.Syukur sangat).Semasa berus gigi..barulah ade loya..(terdetik dalam hati ni..ehh,betul ke ni aku preggy erk..)kadang tu, ina siap berlari masuk toilet p berus gigi (sebab doktor cakap, kalo masih loya loya ni..baby masih ada)..

Pantang Dicabar

Masa niii, ina suka sangat buat kek,brownies,dan roti. Sangat Gigih.. Pagi meroti,petang buat donat pulak.Dan kebetulan masa ni sebelum ramadhan..ina buka order untuk jualan biskut raya.Alhamdulillah.. order memang tak menang tangan.Kawan-kawan suami,kawan kat fesbuk banyak tempah.Ada satu hari tu,suami P cabar ina tau..katanya "ayang,kalo banyak tempahan..abang belikan Satu oven lain" Iyelah,ina asyik tidur lewat.. Sebelum ni pakai oven Free jee(hasil redeem kupon kedai emas wah chan..kecik je oven.Memang bercinta la nak tunggu tart nenas masak) .. Berbalik pada dicabar suami,ina amik cabaran suami.Marketing sendiri.. hasilnya dapatlah suami belikan oven 42L tuuu. Dari jam 3pagi sampai jam 8pagi barulahh siap order customer yang duk order tart nenas,almond london dan snow almond. 3ni memang killer produk ina..tehehehe. Masa ni,, perut rasa ringan..tak mengah punn.Mungkin hasil ina mengamalkan Set kehamilan shaklee.. (nak order..sila whatsap 017.9506861).. Ina sorang je buat biskut raya tauu.. hebat tak hebat.Hahahaha..Kuat jee masa mengandung..hihuhi




Ohhh.. lupa nak cakap.Masa niii, semua orang berteka teki.Cakap..ina mengandungkan baby perempuan..sebab suka masak kannn.. ade yang Happy bile ina mengandungkan baby perempuan( siap ayat sindir lagiii...)

Okayyy.. next entri ina sambung kisahh seterusnyaaa.

Sekian,assalamualaikum..
stay tuned tauu.Tunggu entri berikut.

Friday, November 18, 2016

Pengalaman : 16 tanda Mengandung Baby boy

Assalamualaikum..dan salam jumaat. Harini ina nak share pengalaman mengandung baby boy.Entri lama ina pernah tulis ciri ciri mengandung baby boy..tapi kali ini ina dah merasai macam mana dan simptom mengandungkan baby boy ni.. check it out ...(tehwhwhe..speaking)


Simptom atau tanda ina sedang mengandung baby boy: (lain orang,lain tanda)


  1. Alahan atau morning sickness langsung takde.Kecuali semasa memberus gigi je ade rasa loya.
  2. Muka ina masa ni jerawat pasir banyak tumbuh sekitar wajah.
  3. Penampilan: Ina suka melaram.Pakai shawl belit sana belit sini bila ootd.. mekap memang tak tinggal mengandung yg ke 3 nie berbanding no 2 comot je.
  4. Pemalas: Okay..yang ni memang ina mengaku.Semasa mengandungkan Furqan.. memang jadi pemalas nak melipat pakaian.Dalam bilik dah jadi macam tongkang pecah..baju bergunung..tehehe
  5. Rajin (tang lain) : haaa..,masa ni semua orang cakap ina mengandung baby perempuan lagi..sebab?? Ina kuat semangat.. ina rajin menjual cookies.Masa tu musim raya.. dalam bulan puasa tu,ina cergas sangat sangat.Ambil tempahan biskut raya..buat inti jem nenas sendiri.Hantar jualan ina ke kedai kedai.. dari trimester 1 sampai trimester 3..memang kuat ina..(macam tak mengandung langsung, perut tak sakit..emm.. sebab ina makan supplemen shaklee semasa awal kejadian ...ececeh sampai kehamilan berlaku..nak oder contact ina 017.9506861).. macam macam juga ina buat jual..roti,kek..sepanjang mengandung.Cuma ina malas nak masak untuk makan berat je..rasa nak nanges ajew bila suami paksa masak.
  6. Kanak kanak menyukai ina: kebetulan mak pindah masuk rumah ina.Mak memang ada mengasuh budak budak.. apa yang pelik,tatau la kalo korang pelik ke tak..sebab anak asuhan mak semuanya kanak kanak lelaki... dannn mereka semua tu mesra dengan ina.Kebiasaannya dorang taknak tau dengan ina..haaa. macam mana tuuu?? Kebetulan kahhh?
  7. Yang ni bole pulak nak dijadikan cerita.. pernah beli baju baby utk sofea..(mula tu ingatkan mengandung no 2 boy..ina beli la kan.Tup tup time sofea nak pakai,tak jumpa.. bila furqan keluar,boleh ade pulak baju tuu.. haihhh.)
  8. Suka makan masam masam (kalo duk masak kat dapur, kecur air liur tengok asam jawa...terus makan macam tu.. asam gelugor pon same duk ratah)
  9. Akhir kehamilan asyik nak makan manis jeee.. nak kek hantu jee.
  10. Emosi: kali ni normal.. takde dah sensitif.Suami cakap ape pon..,tak sentap.
  11. Suami mengidam: suami nak makan manggis.. ehh, ina ade jugak mengidam..nak makan kepala ikan merah.. gulp!! 
  12. Keadaan PERUT: mak cakap macam bola.Ipar ipar semua dapat teka yg ina pregnant baby boy.. scan tak tunjuk pon gender baby.Baby malu.. 
  13. Okay...yang ni part paling mencabar sepanjang kehamilan no 3.. dugaan besar2 je datang.( Rahsiaaa)
  14. Rezeki : kali ni rezeki melimpah ruah..Alhamdulillah.. rezeki mengandungkan Furqan.Betul la tiap anak ade rezeki.. syukurrr sangat! 
  15. Perut: keadaan perut ina berat sebelah kanan
  16. Posisi tidur: Suka aangat mengadap kanan ..tidur mengiring
Dahhh..tu je kot tanda mengandung baby boy ina.

(( masa bersalinkan furqan.. seronok tak terhingga,sampaikan ina takboleh tidur malam tuu kat hospital...kikikikiki..perasaan tu macam bersalin anak 1st pulak..iya la kan 6 tahun menanti baby boy.Akhirnya allah izinkan juga.. kami merasa punyai baby boy..syukurrrrr! )

sekian...cerita.
assalamualaikum
( masih berpantang 33hari)

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...