Tuesday, May 31, 2016

Tips : Berapa NAK JUAL?

BERAPA NAK JUAL ?

Ramai suri-rumah yang berniaga produk makanan tak tahu nak jual berapa produk yang dihasilkan.

Last-last kita jual pada harga yang tidak menguntungkan. Elok niat nak bantu keluarga tapi jadi sebaliknya. 

Siapa pernah ada masalah macam ni ?

Ok, boleh share ilmu ni untuk manfaat orang lain.

1) KENA TAHU KOS KASAR PRODUK

Nak buat produk masakan mesti ada resepi kan ? So, cuba buat kira-kira berdasarkan resepi yang kita ada.

Contoh :

Katakan resepi kita guna tepung gandum 500g, berapa harga kita beli sekilo ? Bahagikan dan kira berapa yang dibelanja untuk 500g.

Kalau tepung gandum sekilo RM 1.80, maka untuk 500g kita belanja RM 0.90 untuk satu adunan.

Kira jumlah kos untuk semua bahan.

2) KIRA KOS KASAR PER UNIT

Sebagai contoh, katakan satu adunan boleh buat 30 biji roti, kos untuk satu adunan roti tadi kita kira RM 6, bermakna sebiji roti kosnya dalam RM 0.20

3) BERAPA NAK JUAL ?

Yang ni paling banyak orang salah kira, kami nasihatkan harga kos kasar per unit gandakan dengan 3 ataupun 4.

1 bahagian - harga kos kasar
1 bahagian - harga kos upah
1 bahagian - kembangkan perniagaan
1 bahagian - simpanan perniagaan

Katakan kos kasar per unit RM 0.20, jual pada harga RM 0.80.

20 sen untuk kos kasar per unit
20 sen untuk kos upah anda buat produk
20 sen untuk anda nak kembangkan perniagaan
20 sen untuk simpanan perniagaan anda

4) KOS PER UNIT RM 0.20, UNTUNG RM 0.60 SEN ?

SALAH, boleh jadi anda tidak untung langsung untuk setiap jualan. Nak belajar kira berapa banyak untung ? nanti kami akan kongsikan.

LIKE  Kelas Masakan Ya Chef untuk ilmu yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...