Sunday, March 6, 2016

KURUS PUNCA SUKAR HAMIL

DOKTOR ; Saya rasa Puan sukar Hamil.Disebabkan Puan terlampau Kurus..
Ina ; Haaa? yeke? Peneyelesaiannya macam mana doktor? Adakah saya tak boleh mengandung sampai Bila bila??
DOKTOR ; Puan kena naikkan sedikit berat badan.Kemudian barulah .. teruskan misi TTC (trying To coneceive)


baca artikel ini KENAPA ORANG KURUS SUKAR HAMIL

Jumlah lemak dalam badan anda memberi kesan terhadap kesuburan. Anda lebih berkemungkinan mengalami kitaran haid yang tidak tetap jika berat badan anda terlalu rendah. Jika anda sering tidak datang haid, anda tidak akan membebaskarn telur (mengovulasi) ketika setiap kitaran.

Anda perlu mempunyai kandungan lemak badan minimum 22 peratus untuk mendapat haid yang normal dan untuk mengovulasi. Memanglah sukar untuk mengetahui dengan tepat berapa banyak lemak yang ada dalam badan anda. Cara yang paling mudah untuk tahu samada berat badan anda sihat bagi ketinggian anda ialah dengan mengukur indeks jisim badan (BMI) anda.

Satu kajian menunjukkan bahawa wanita dengan BMI di antara 20 dan 25 mempunyai peluang lebih baik untuk mengandung berbanding wanita dengan BMI di bawah atau di atas julat ini.

Walaupun sekiranya haid anda tetap, anda masih perlukan lemak badan pada jumlah tertentu untuk membolehkan anda mengovulasi.

Jika lemak badan anda terlalu sedikit, ia mengganggu aliran hormon-hormon dari otak anda ke kelenjar pituitari. Ini bermakna bahawa isyarat dari kelenjar pituitari yang memberitahu ovari supaya membebaskan telur tidak sampai. Jadi walaupun anda mempunyai banyak telur yang sihat, ia akan duduk sahaja dalam ovari anda.

Jika anda terlampau bersenam, anda mungkin tidak mengovulasi setiap bulan, atau haid anda tidak tetap. Ini berlaku kepada sesetengah atlit professional dan penari balet.

Ramai wanita rasa tertekan untuk kekal kurus dengan berdiet secara terus-menerus, dan mengekalkan berat mereka di bawah tahap sihat. Jika BMI anda kurang daripada 18.5, anda dianggap terlalu kurus.

Jika anda terlalu kurus dan haid anda tidak tetap, atau tidak datang haid langsung, jumpalah doktor. Doktor akan cuba mengenal pasti mengapa ini berlaku. Doktor mungkin merujuk anda kepada seorang pakar pemakanan untuk membantu anda merancang diet dan mengambil lebih kalori berbanding yang dibakar. Atau doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kesuburan yang akan cuba mengenal pasti kalau-kalau anda mengalami masalah tertentu seperti masalah tiroid yang menjejaskan kitaran haid anda.

Jika anda sekadar perlu menambah berat badan, lakukanlah dengan mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil snek sihat. Simpan diari pemakanan untuk membantu anda mengenal pasti di mana anda boleh menambah kalori.

Ada sebab-sebab lain mengapa penting bagi anda meningkatkan berat badan ke tahap yang sihat sebelum anda cuba untuk hamil. Jika anda memulakan kehamilan pada berat yang rendah, anda mempunyai risiko lebih tinggi melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yang rendah atau yang kecil berbanding usianya. Terdapat bukti bahawa bayi dengan berat semasa lahir yang rendah mempunyai risiko lebih tinggi menjadi obes dan menghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes apabila dewasa.

Tidak kira berapa berat anda, jika anda sedang mencuba untuk hamil, sasarkan untuk makan diet yang sihat dan pelbagai yang mengandungi:


buah-buahan dan sayur-sayuran;
protein (daging, ikan, telur dan kekacang);
produk tenusu;
makanan yang kaya dengan zat besi (daging lembu/kambing, kekacang, sayur-sayuran hijau dan bijirin sarapan diperkaya);
bijian penuh berkanji (bijirin sarapan, mi and roti).
Ambil juga asid folik tambahan setiap hari.

Jika anda bimbang tentang peningkatan berat badan, atau perlukan sokongan untuk menangani masalah kecelaruan makan, bincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan bantuan.

(masa ina berjumpa doktor, berat badan ina 45kg je...cekeding.Tapi alhamdulillah, dengan izin allah juga.Allah izinkan juga kehamilan berlaku (ina berhabis duit sikit nak beli shaklee...yelah kan? nak pnyambung zuriat mestilah sanggup..) pada ina walaupun doktor sahkan ina SUKAR HAMIL sebab terlalu kurus)

testimoni ; set subur..
bagi  mereka yang ingin selesaikan masalah kurang berat badan  dan masalh kesuburan dapatkan SET KESUBURAN shaklee..
hubungi 0179506861

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...