Friday, March 18, 2016

Jurulatih Baru TOK GAJAH

KUANTAN : Bekas pengendali skuad Harimau Muda, Mohamed Razip Ismail dilantik menjadi ketua jurulatih Pahang bagi menggantikan Ahmad Shaharuddin Rosdi yang meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan itu dalam Liga Malaysia setakat ini.

 


Jurulatih berusia 54 tahun yang juga bekas pemain kebangsaan dan Kuala Lumpur itu, secara rasmi memikul tanggungjawab berkenaan selepas menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) di sini, semalam.

Mohamed Razip yang turut turun padang untuk sesi pengenalan bersama pemain skuad Tok Gajah, berazam memperbaiki prestasi pasukan itu yang sebelum ini menjadi antara gergasi bola sepak tanah air.

"Saya akan cuba sebaik mungkin mengubah nasib Pahang yang pada masa ini berada di tangga bawah. Bagaimanapun, saya tetap bangga kerana dapat melatih Pahang," kata Mohamed Razip ketika ditemui selepas sesi suai kenal dengan barisan pemain Pahang.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, atas kepercayaan melantiknya mengendalikan skuad itu.

Mohamed Razip yang pernah menjadi pemain pasukan kebangsaan pada 1984-1989 mempunyai pengalaman menjadi jurulatih Harimau Muda dan Harimau Muda B.

Mengulas mengenai prestasi skuad Tok Gajah ketika ini, beliau berkata kira-kira 90 peratus barisan pasukan itu adalah pemain muda yang memerlukan bimbingan dan masa untuk membuktikan sesuatu.

"Sehubungan itu saya amat berharap PBNP dapat memberi peluang kepada saya melatih pemain ini sehingga ke akhir musim dan sasaran utama saya adalah untuk mengubah kedudukan skuad ini seterusnya melayakkan diri ke Piala Malaysia.

Slumber: bharian

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...