Thursday, February 25, 2016

KISAH SERAM: GANGGUAN LAGI

assalamualaikum..dan salam sejahtera kepada semua pelawat blog ini.Cerita kali ini boleh dikategorikan agak seram la juga.Asal seram je, mesti aii yang kena.Ehem..

Okay,berbalik tajuk diatas.Kali ini aii di ganggu kali ke berapa entah.Asyik aii aje yang beruntung kena ganggu.Nak juga orang lain yang kena..Aii dah penat kena ganggu setakat nie.Cerita kat orang sekeliling, orang marah.Kata aii nie banyak tengok DVD.akhirnya...dekat sini la aii simpan cerita ya.

                                             BERMALAM DI RUMAH MERTUA 

Bermula kisah ( 2tahun lalu )..aii bermalam di rumah mertua (aii ada rumah,,hee, cuma weekend suami je nak saja saja tidur disini ). Jam menunjukkan 11 malam, mertua sudah masuk ke kamar masing- masing waktu ni.Aii masih mnonton TV.Dan beberapa minit kemudian..,aii bersama anak sulung ( umur 6bulan ) terus ke  bilik tidur.Cik hubby pulak time nie.. tengah melayan Game komputer ( di bilik lain , dengan sound game nye bunyi berdentam dentum).Malam tu, aii dah rasa seram seram di bilik tidur nie..Berapa kali entah, aii pujuk hubby suruh tidur.Suami buat taktau aje,dia teruskan aje bermain game.Aii macam nak menangis sebab ketakutan! Baby ? nasib baik lah tidur nyenyak.



BUNYI HARIMAU  MENGERAM .. 
Agak lama aii di buai mimpi,tiba-tiba. "Tap".. ada sesuatu berbunyi di bawah rumah..(Okay, untuk pengetahuan korang, rumah mertua suasana kampung.Lantai kayu chengal...,memang tiada bawah rumah).
Selepas bunyi TAPP, seperti ada sesuatu di bawah lantai . Ia mengeluarkan bunyi lain lagi seperti mengerangg... "arghhhhhh.. arrrrrrr....arrrrrrr... eeee, semacam bunyinya..macam sesuatu mengeram.. nak jadi harimau ke ape..Aii bingkas bangun dan capai handphone ..jam menunjukkan 2 pagi waktu ini.Masla ni dalam hati.. "Ya allah, selamatkanlah hambamu ini dari gangguan mahkluk halus"..dan sambil tu aii baca ayat qursi.. tapiiiii.Lintang pukang..bacaan tersekat secara tiba tiba di tekak..terus aii sambung dengan zikir zikir.


Keadaan reda seketika, dan tiba tiba badan terasa ditindih. Sebelum aii di tindih sesuatu.Ada bunyi berdesing dan bingit di telinga. Memang sakit sangat! Sempat dalam hati bermonolog "Eh, telinga aii nak pekak dah ke ni? "
Sambil aii pejamkan mata.. ada dengusan yang kuat depan aii.Keadaan masa ini.. (aii baca surah al fatihah jee,,dengan harapan benda tu hilang.Alhamdulillah! tak sampai 5 minit.Ghaib benda tu..dah tak meremang lagi bulu tengkuk nie).


Keesokan harinya, aii bertanyakan suami hal semalam.

aii : "Abang ada dengar tak bunyi benda semalam?? Menyeramkan lahh".

suami : "ala, bunyi game je tuuu,kan abang main game semalam.Kuat bunyi sound effect".. (walhal suami main game soldier).

aii : "Betul ke nie abang tak dengar bunyi pelik di luar? Bunyi sesuatu mengeram..

Suami : "ishh awak ni..Tu kan bunyi kambing tersangkut tanduk". ( ayat nak sedapkan hati seorang isteri)

SUASANA PANAS DI TANDAS

setiap kali aii masuk ke tandas, suasana tandas agak panas suhunya. Tandas kampung, mana la nak ada pemanas air. Hem... aii masuk kejap kejap je, sambil masuk tandas tu nak mandikan baby. Baby menangis tiba-tiba..Dan dalam hati aii berkata.. "Heii setan! jangan la kacau kami.Pergi jauh jauh. Terus aii berlari ke ruang tamu.hihihihih.. konon berani la kan cakap macam tu



Untuk pengetahuan pembaca, kejadian ini berlaku beberapa bulan selepas ayah mertua meninggal.Bilik yang aii tidur tu? Tempat mengkafankan jenazah. Dan tandas di bilik itu juga..Tempat memandikan jenazah.Korang bayangkan.. Seram ke tak seram??



eeeee... seram la pulak, bila ingat.
Dan aii memang dah serik nak tidur disana.Buat ke sekian kalinya..

Bye.. sekian kisah seram malam ini.
assalamualaikum



artikel SERAM : RUMAH SEWA MURAH

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...