Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Monday, February 29, 2016

CPUV nuffnang (feb) : HUAWEI MATE S

Assalamualaikum.. alhamdulillah.Rezeki bulan Februari mencurah! Rasanya macam nak menangis pun ada. Nuffnang baik hati, bagi aii 4 kempen sekaligus di mnggu akhir februari. Salah satunya,CPUV kempen HUAWEI MATE S. Wow!!




 Mungkin salah satunya, aii baru tukar background simple. Dulu background blog aii nampak sedikit serabut..(nie pun masih serabut juga sebenarnya)  Heeeee.. semua benda nak sumbat. Dan mungkin Nak dijadikan Rezeki jugak.. ( aii kerap hantar ticket kat nuffnang ..banyak tanya Itu ini) .Paling kelakar aii merayu nak CPUV..kikikikiki.Sekali masuk 24 februari 2kempen,pastu 25februari Dan last Sharp Purifier.
Okay... berbalik pada entri .. Nie ada sedikit review mengenai Handphone HUAWEI MATE S

REVIEW HUAWEI MATE S

Huawei hari ini (oktober 2015)secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship paling mahal daripada mereka setakat ini, iaitu Huawei Mate S. Telefon yang hadir dengan rekaan premium ini hadir pada harga RM2698.
Huawei Mate S hadir dengan rekaan berasaskan logam, dan menawarkan ciri-ciri premium, termasuk integrasi pengimbas cap jari pada bahagian belakang, serta menggunakan lampu LED Flash untuk kamera hadapan.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate S hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 935, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.
Huawei Mate S
Huawei Mate S
Menjana peranti ini adalah sistem operasi berasaskan Android, dipanggil sebagai EMUI. Melaluinya, beberapa perkara khusus turut disertakan, termasuk tambahan mod rakaman gambar dan video, funGsi memantau aplikasi yang menggunakan data, selain beberapa fungsi lain – seperti kebolehan merakam skrin.


Huawei Mate S telah diperkenalkan sebelum ini dengan sokongan Force Touch untuk pasaran global. Namun, untuk pasaran tempatan, tiada perancangan untuk membawa masuknya ke pasaran tempata – salah satu sebabnya adalah disebabkan faktor harga yang tinggi untuk peranti berkenaan.


Untuk pasaran tempatan, Huawei akan menawarkan jaminan selama 2 tahun, dimana untuk tahun pertama, mereka menawarkan pertukaran peranti satu-ke-satu. Pengguna Mate S juga akan menerima keutamaan apabila ke kedai Huawei berdekatan untuk tujuan khidmat pelanggan atau bantuan berkaitan.
Huawei turut mengatakan 3000 pelanggan pertama akan menerima Mate S Bespoke Royal Selangor VIP Pewter Card, yang mana hanya eksklusif untu

Huawei Mate S akan dijual dipasaran tempatan pada harga RM2698. Tiada sebarang kerjasama dengan pihak syarikat telekomunikasi diumumkan buat masa ini.

Sumber dari : AMANZ










No comments:

Post a Comment