Wednesday, February 10, 2016

BAHAYA: Pendarahan Selepas HAID

Semenjak nie, banyak menerima whatsapp dari customer, hampir kebanyakan mengalami masalah yang sama iaitu masalah kitaran haid.

Suatu perkara yang agak merungsingkan bagi wanita apabila tempuh haid telah berakhir namun masih lagi terdapat cecair yang keluar dari faraj untuk beberapa hari. Adakalanya berwarna merah kecoklatan dan keluar bersamacecair seperti air kencing, kadang kala pula ianya keluar bersama-sama dengan lendir serta beberapa titis darah dan selalunya dalam kuantiti yang sedikit namun sudah cukup merisaukan.Biasanya perkara ini hanya akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka.


Proses Kitaran haid

Kedua-dua ovari yang berkedudukan di kiri dan kanan rahim secara alami berfungsi untuk mengeluarkan dua jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.Hormon-hormon ini pula apabila digandingkan berfungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk menghadapi kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Lazimnya,ovulasi akan berlaku antara 12 sehingga 14 hari sebelum datang kitaran haid yang berikutnya.


Hasil dari benih yang telah berjaya dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau gagal) berlaku bersama sperma. Sekiranya persenyawaan gagal berlaku, paras hormon akan jatuh dan ini akan memberikan isyarat kepada dinding dalaman rahim supaya digugurkan sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran haid berlangsung selama 28 sehingga 35 hari adalah dikira normal.
  Sebab-sebab pendarahan selepas haid

Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan yang keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita itu berakhir. Pendarahan haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir untuk memulakan proses reproduktif yang baru.Walau bagaimanapun pendarahan selepas haid membuatkan wanita merasa bimbang, dan selalunya berfikir kemungkinan terdapat sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh badan mereka.


Dalam banyak kes,pendarahan berlaku selepas tempuh haid adalah disebabkan oleh lebihan tisu atau darah haid yang tidak dikeluarkan secara sempurna, maka saki bakinya akandikeluarkan dalam masa tempuh seminggu atau dua minggu selepas haid berakhir.Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahimyang secara normal akan keluar sebagai darah haid apabila sampai waktu haid.


Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas faktor-faktor lain, seperti perubahan hormon secara tiba-tiba,pertambahan berat badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau telah mula mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar ovari.


Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan tiroid juga boleh menjadi punca untuk perkara ini berlaku.Pengambilan ubat atau suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat tersebut secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan perkara yang sama.Bagi remaja pula,situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil akibat dari kelenjar ovari yang masih belum matang.


Antara lain, pendarahan selepas haid ini juga berkemungkinan disebabkan oleh kehadiran ketumbuhan fibroid didalam rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak terlalu merbahaya, ianya patut dibuang segera sebelum membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.


Akhir sekali,nasihat saya kepada wanita,jika situasi ini tidak berlaku pada setiap bulan dan darah yang keluar hanya dalam kuantiti yang sedikit,maka tiada apa yang perlu dirisaukan namun tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan dan siasatan yang lebih teliti harus dijalankan oleh pakar.
Okay.. bagi penyelesaian diatas berkenaan Kitaran haid yang tak normal anda dinasihatkan dengan  mengambil  GLA COMPLEX ..

GLA COMPLEX dapat menyelesaikan masalah kitaran haid ,hormon yang tak menentu,masalah keputihan , senggugut,Mengecutkan cyst / fibroid, pra menopos.
untuk tempahan whatsapp / telegram ke no 0179506861


No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...