Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Monday, January 18, 2016

Soffea dikejarkan Ke separa Kritikal

Salam hujung minggu..baru sempat nak update blog harini. Betapa penatnya, semalam .. kes boleh dikatakan kritikal..ehehe. Wardina soffea sampai dimasukkan ke Bilik separa kritikal.

Ya allah,betapa cuainya kami. Entah macam mana soffea dah termakan silica gel.. silica gel nie memang terdapat didalam supplement shaklee.

11.20malam

Sebelum  masuk tidur, ina macam biasa.. akan check segala inbox facebook,instagram,wechat dan membalas whatsapp customer.Dan update status terakhir (ucapkan selamat malam dan sebagainya ). Tiba-tiba soffea menangis.. keadaannya waktu tu,Soffea dah muntah-muntah .. dan ina mula keluarkan bendasing didalam mulut .Akhirnya,jumpa penutup silica gel bersama biji silica.Ya Allah...!

Terus kami bergegas Ke Putramedic kuantan,seterusnya doktor bagi Surat refer Ke hospital..

1.20pagi

 Kes  soffea diklasifikasikan separa kritikal  kerana soffea  kemungkinan tertelan bekas silica gel yang saiznya sebesar jari kelingking baby baru lahir.
 Dengan kadar segera Staff nurse terus Tolak kes ini Ke  bilik Xtray.



 X-Tray

 hasil keputusan  Xtray menunjukkan  soffea tiada tertelan  apa-apa..Alhamdulilah!
 Silica gel  tertelan disahkan  bebas racun  oleh doktor  anas ( hasil  laporan  Dari bahagikan racun )

Selepas sejam ditahan  ward sementara (separa kritikal ), soffea  selamat (tiada menunjukkan tanda tanda tertelan Botol silica gel

2.30 pagi


 Kami selamat pulang kerumah.Doktor Dan  staff di Hospital  Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memang cekap dalam menagani kes kes emergency





*Moga menjadi pengajaran kami Suami Isteri..dan mereka yang lain.
 Sebenarnya soffea anak istimewa di hati kami.. Telah banyak dugaan  Soffea telah lalui termasuklah ina.Soffea Dari awal kehamilan lagi.









Yang Botol kecik halus tu la silica gel shaklee..ada tulis do not eat











Kisah yang berkaitan dengan soffea :





Hebatnya dugaanMu















No comments:

Post a Comment