Saturday, January 30, 2016

SEGMEN : BLOGLISTED BY MISYA 2016




Nak join nak join nak join..  

p/s: sape-sape nak buat segmen ke giveaway ka.. meh jemput aii. Insyallah. aii join

Friday, January 29, 2016

SAHAM AKHIRAT : Antara Sedekah dan Infaq

Salam jumaat.. sedikit perkongsian mengenai Zakat, Infaq dan sedekah..

Dalam penjelasan tentang makna istilah dari zakat, kita telah mengetahui bahawa zakat adalah kewajipan harta yang spesifik,memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan waktu tertentu. Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat.



Infaq ada yang wajib ada yang sunat. Infaq wajib, di antaranya infaq kepada fakir miskin sesama Muslim, infaq bencana alam dan sebagainya.



Sedangkan sedekah maknanya lebih luas dari zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan bukan material. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, beliau bersabda :

”Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma’ruf sedekah, nahi mungkar sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada isteri juga sedekah."


Sedekah adalah ungkapan kejujuran (shidq) iman seseorang. Oleh kerana itu Allah s.w.t. menggabungkan antara orang yang memberi harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. Disebutkan dalam surah al-Lail ayat 5-10 yang bermaksud :

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar." 
 
 
kesimpulannya disini, korang bolehlah memilih samada ingin bersedekah mahupun berinfaq. Tiada paksaan bagi korang untuk menambah saham akhirat. 
 
kesannya hanya yang mengamalkan aje yang dapat merasai nikmat.. alhamdulillah!
 
nak sihat? Sedekah
nak bahagia? sedekah
yang sering sakit-sakit dinasihatkan keluarkan sedikit harta benda (infaq) mahupun memberi makan kepada anak yatim atau warga emas/orang susah(miskin).
 
mudah je kan? ehehee..
serba sedikit tips dari aii
 
assalamualaikum.. bye.
 
 
 

Wednesday, January 27, 2016

ASUS banyak berjasa..

6 tahun yang lalu.., ini lah laptop yang aii duk online isi kerja kosong 'SPA8',Jobmalaysia ..Opps, lupa nak cite.. 

aii ni sebenarnya buta IT,memang buta IT laa..sungguh buta IT.Email pun cik hubby yang create akaun.. Facebook pun sama. Dulu zaman aii , internet tak meluas langsung.Takde whatsapp, wechat ke twitter.Yang popular dulu ialah MYSPACE,Pastu maxis ( ade satu sosial kat situ sejenis facebook la). Setiap kali ada interview ke atau nak hantar Resume ke..cik hubby la yang peneman kita. P sorong laptop ASUS nie ke hulu hilir, paling top tempat lepak aii kat kedai mamak laa. Natam restoran la..Masa tu hubby student lagi.. tu yang selalu lepak kedai mamak la.. cik hubby nak siapkan assignment. Aii ? aii kerja waktu tu kerani di kedai motor. Hemm, itu yang busy jee. heeehehe.Asyik kira stok, amik order sparepart dan claim sparepart. Adeiii..tensen la juga kerja camtu.Tu yang takdak masa nak main-main laptop.







Sampailah sekarang, 2016 aii dah boleh buat blog sendiri.Sendiri-sendiri godek.Kan sekarang dah jadi housewife. Memang banyak la jasa ASUS dan suami aii sebenarnya. Masa dan minyak petrol dia ( si purple peneman setia kami waktu tu)


Bila terpandangkan si ASUS nie, cite lama mula berlegar dalam kepala otak aii.hihihihi...
sweet gitew!! itu saje kisah pendek aii bersama ASUS dan internet.

Bye..assalamualaikum. 

ehhh...korang ada juga citer  tentang laptop? SHARE la cite korang kat sini...

Saturday, January 23, 2016

OOTD : Outing Of The Day kami

Selamat petang sabtuday..yaa.Sabtu..hari sabtu bersamaan 23 JANUARI 2016.
Harini sangat  la penat.Pening..masuk harini sudah 3 hari On Off pening.Err..pregnant?? tak kot. 

OOTD jee harini dengan my adik bongsu(Acu lalala...hahaha,kelakar kan bunyinya.Itu sempena sara yang bagi nama panggilan acu lala)
psst: OOTD maksudnya Outing Of The Day. Kami pergi ke TC ( Mcdonald ) emm..,tak makan aihhh (boikot boikott). P sana temankan adik buat kerja kursus bagi Course Teknologi Pembinaan (Diploma).Buat ape? kebetulan adik dapat assignment berkenaan 'Insuran'. Jumpa la kawan anis = adik no 4( kebetulan juga yang bekerja dalam bidang insurans ) lagi mudah untuk sesi interview tersebut.Setelah sejam kami disana,sesi interview telah selesai akhirnya..Jenuh jugaklah menunggu dengan anak 2 orang.Part paling suspen, bila beruk (yang buntut merah tu pun ada sana..dia ponn gheti makan McDonalds haaa. kahkahkah). Nasibla ada sekor jee, kalau sekumpulan,nak je larii.

Setelah selesai, uruskan pula pendaftaran online di Maybank dan CIMB ( WAJIB Bagi setiap seller ada akaun bank nie..mudah nak check status pembayaran customer) Untuk acu..katanya nak tambah pendapatan dengan menjadi agen dropship pusat pakaian pula..Zaman sekarang nie, memang memerlukan wang. Nak masuk ke toilet pun kena bayorr.. itu nak membuang tu. Ina? pun lakukan 2 job jugak sekarang nie tapi tak jual la baju.Hanya jana pendapatan dengan berblogging.Nanti ada masa sesuai ina share  pada korang semua..ehehehehe. 

Byee~~ assalamu'alaikum.





Friday, January 22, 2016

KUANTAN: BANJIR Nak maiii da ka?

Selamat Hari jumaat..

Hari (waktu) Yang paling pantas bergerak ialah hari jumaat.Tadi baru jee jam 9.00pagi.. kononnya Nak update entri pagi la.Cehh.. Sekali tengok jam...Eeeeh,jam dah menunjukkan 11.49pagi dahhh.

Masak?? ina kan supermom! ececececeh..lagi lagi cik hubby tak balik makan tengahari,lagi laaa malasss masak. Oppps! masak,tapi lambat la. Sebab kami daah sarapan roti pagi tadi haaa.

Errrrkkk...terpanjang lebar pulak dahh mukadimah. Sebenarnya Nak bagitau, harini hujan. Start Dari malam tadi lagi haa. Orang tua-tua cakap kan,kalau hujan di malam jumaat menandakan hujan taknak berhenti.,silap silap boleh banjir.Dah la tahun lepas tak banjir.Bukan apa, risau kan ,hampir Tahun Baru Cina banjir pula. Rasanya lama sangat dah tak Hujan lebat macam semalam disertai ribut petir .. Kalau hujan semasa tahun baru Cina kalau tak silap la kan,zaman ina sekolah dulu.. lama nau tahun 2004 la ..errrrkk.Yeke??






Thursday, January 21, 2016

JADUAL BAYARAN BRIM 2016


Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 (BRIM), akan mula dibayar pada 28januari 2016 secara berperingkat.Berikut ialah tarikh serta amaun BRIM yang diba






 Pembayaran akan diagihkan secara berperingkat iaitu empat Kali setahun pada Bulan JANUARI, APRIL,JUN,dan SEPTEMBER 2016.

 Manakala,INDIVIDU BUJANG akan menerima sekaligus bayaran BRIM 2016  Sebanyak RM 400 pada 28 JANUARI


 CARA PEMBAYARAN BRIM : melalui bank masing-masing..Dan bagi mereka yang tiada akaun bank akan menerima baucar BRIM yang boleh menebus dibank bank (maybank,CIMB,BSN Dan public bank)

  Bagi menyemak status anda..boleh klik SEMAK STATUS PERMOHONAN BRIM 2016



SEMAK STATUS PERMOHONAN BRIM

TAK BOLEHhh Nak UPLOAD daaaaa

RghhhSampai berpinar pinar mata weiiii...

 Bukan sebab bonus shaklee...tehehehe.


Pinar sebab,puas digodek blog nie.. pasaipa takboleh upload a gambar.Bengkak smpai urat urat atas mata nie.Puas sudah duk  Google kenapa jadi camni. Adudududu..Eh,bukan setakat blog aje yang gagal ntuk  mengupload..Facebook pun gagal.




 Adakah LENOVO mintak ganti yang baru???em..ina hanya selesa sang at update menggunakan via henfon. Blog, fesbuk,instagram,duk mengedit semua laa.


Adehhhh...Nak suruh pakar IT,kang jadi CCTV pulak dahh henfon nie. ekekekeke


 PS: Cik hubby laa aka pakar CCTV..


Oh...ya,orang sekitar kuantan yang Nak pasang CCTV ke,alarm rumah atau

Premis kedai boleh hubungi 013-9331855

Wednesday, January 20, 2016

BAHAGIAnya .. DIA,Dulu PCOS kini dia ke PLAN seterusnya

Assalamu'alaikum..selamat  pagi semuanya.Hihihi...speak indon ya.(akibat  terlalu banyak nonton sinetron)..Sudah sarapankah? Yang Nak kurus,jangan skip sarapan tu ya..nanti tengahari mesti 3,4pinggan korang belasah



Pagi-pagi lagi dah dapat whatsapp Dari seorang customer.Customer ni dulunya period takde selama setahun. Bayangkan... stres tak stress?? Masa tu dia bujang lagi.. beberapa bulan Nak jadi isteri orang. Of course la kan,kawin mesti Nak zuriat ..penyambung warisan kita. Jadinya, customer ni godek la instagram.Terjumpa instagram ina..


 Alhamduliah,setelah consume set period..period dia normal.Start consume awal oktober sampai ke sekarang, lancar periodnya. Mudah mudahan berjaya pula hamil.

Sekarang, customer nie Nak teruskan dengan set Subur pula seterusnya Nak sign up membership.Katanya lagi, ada kawan yang Jual shaklee tapi tak selengkap follow up yang ina lakukan keatas customer.

Wahh! Kembang setalam ina.Alhamdulillah segala puji bagi allah..terharu dibuatnya.

Bagi Yang inginkan supplement shaklee 


Nak  ina  bimbing Cara makan supplement denganbetul??

(Customer ina sahaja)


 Hubungi ina 017-9506861

Whatsapp / telegram
 






















Tuesday, January 19, 2016

KESAN jangka panjang pesakit PCOS

Ihsan customer: laporan ujian kesuburan. Beliau disahkan  mempunyai polycystic ovary (pcos)
Assalamu'alaikum Dan selamat  menjamu selera.Tengahari  dah nie,sambil sambil  menunggu nasi masak.Tulis entri terbaru la... Hihihi. Jadi supermom ni kena  bijak bagikan masa...mana  nak masak,ambil order customer, follow up customer Dan update  fesbuk,Instagram (@pakar.kesuburan ) Dan Googles plus  .

 Okay, berbalik kepada tajuk .. Baru baru  ni  ina  ada terima WhatsApp Dari seorang customer yang  mengatakan  period seringkali  lambat, kadang tu  ambil masa yang  agak lama Untuk Haid seterusnya. Pernah  sehingga  6bulan haid tiada juga.Berat badan pula naik secara mendadak..




  kesan masa panjang pesakit PCOS?

• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

• Masalah kolesterol tinggi

• Masalah darah tinggi

• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi

• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

• Masalah tidur

• Penyakit murung



Erm.  korang nak biarkan saja penyakit Pcos??RISIKO sangatlah lah tinggi..







Bagi pesakit pcos yang Ingin baiki masalah tersebut

 WhatsApp @   telegram 017-9506861































Cara BERKESAN JEMPUT rezeki


Jom jemput rezeki

 assalamu'alaikum ...selamat  pagi.Walaupun  laptop tiada,komputer pun tiada..Ku  gagahi  juga update  entri.Menggunakan handphone  Dan tab  yang  sedia  ada.uhuk uhuks.



 Tajuk entri  kalini,ialah  cara  Dan  bagaimana nak jemput  rezeki.Siapa  nak rezeki? Ke  ada  yang  TAKNAK? Ehehehe..

 CARA - CARA  :


1. Beristighfar :  amalkan  setiap pagi  sebelum  memulakan tugasan
(Sebagai permulaan,,eloklah  100kali. Dan  bila korang  dah biasa  boleh naikkan  jadi  1000x istigfar.. :cara? Setiap Kali  solat,200x selepas solat 5waktu.)


 2. Selawat : berselawat keatas nabi
 ( Cara  lain:  berzikir Ya Wahab (maha pemberi) 1000x , YaGhani (Maha  Kaya) 1000x, Ya Latiff  (maha  melembutkan),1000x


 3.Solat Sunat Taubat : Sebelum  korang nak  lakukan  solat sunat,pastikan korang  cukup 5waktu.. Tiada lompang. Pastu, baru  la boleh lakukan  solat sunat taubat. (Cara lakukan: di tengahari  malam ataupun  sebelum tidur)

4.Solat  Dhuha : paling  minimum 2rakaat.  Dan  bila korang dah terbiasa bolehlah lakukan solat Dhuha  12rakaat.. Insyallah,nanti rezeki masuk  non  stop (pastikan korang usaha juga)

5. Hormat kedua orang tua. ( duit belanja mak pak jangan  lupa berikan )



6. Sedekah : Ringankan tangan bersedekah...tiap Kali Ke masjid . Masuk kan duit Ke dalam tabung masjid. Ataupun jika ternampak post di Facebook golongan yang memerlukan Dana bantuan seperti perbelanjaan operate ka




7. Infaq :  Cari pusat pusat kebajikan (anak yatim atau rumah rumah orang tua),sumbangkan barang keperluan seperti: Beras,tepung,gula Dan tilam (lain- lain keperluan)..Insyallah, rezeki korang
memang laju lepasni.. Jangan  nak  tunggu kaya baru buat.


 8. Solat TAHAJUD : Doa paling yang mudah Allah  makbulkan iaitu 1/3 malam semasa  semua orang tidur. Yang  lakukan  saja,tau lah keajaiban nya.

 9. Membaca Alquran : 5x sehari (1 muka Surat tiap Kali solat pun jadilahh)


Okay..dah baca? Jom sama-sama amalkan tips mudah rezeki.





















































































































































Monday, January 18, 2016

Soffea dikejarkan Ke separa Kritikal

Salam hujung minggu..baru sempat nak update blog harini. Betapa penatnya, semalam .. kes boleh dikatakan kritikal..ehehe. Wardina soffea sampai dimasukkan ke Bilik separa kritikal.

Ya allah,betapa cuainya kami. Entah macam mana soffea dah termakan silica gel.. silica gel nie memang terdapat didalam supplement shaklee.

11.20malam

Sebelum  masuk tidur, ina macam biasa.. akan check segala inbox facebook,instagram,wechat dan membalas whatsapp customer.Dan update status terakhir (ucapkan selamat malam dan sebagainya ). Tiba-tiba soffea menangis.. keadaannya waktu tu,Soffea dah muntah-muntah .. dan ina mula keluarkan bendasing didalam mulut .Akhirnya,jumpa penutup silica gel bersama biji silica.Ya Allah...!

Terus kami bergegas Ke Putramedic kuantan,seterusnya doktor bagi Surat refer Ke hospital..

1.20pagi

 Kes  soffea diklasifikasikan separa kritikal  kerana soffea  kemungkinan tertelan bekas silica gel yang saiznya sebesar jari kelingking baby baru lahir.
 Dengan kadar segera Staff nurse terus Tolak kes ini Ke  bilik Xtray.



 X-Tray

 hasil keputusan  Xtray menunjukkan  soffea tiada tertelan  apa-apa..Alhamdulilah!
 Silica gel  tertelan disahkan  bebas racun  oleh doktor  anas ( hasil  laporan  Dari bahagikan racun )

Selepas sejam ditahan  ward sementara (separa kritikal ), soffea  selamat (tiada menunjukkan tanda tanda tertelan Botol silica gel

2.30 pagi


 Kami selamat pulang kerumah.Doktor Dan  staff di Hospital  Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memang cekap dalam menagani kes kes emergency





*Moga menjadi pengajaran kami Suami Isteri..dan mereka yang lain.
 Sebenarnya soffea anak istimewa di hati kami.. Telah banyak dugaan  Soffea telah lalui termasuklah ina.Soffea Dari awal kehamilan lagi.









Yang Botol kecik halus tu la silica gel shaklee..ada tulis do not eat











Kisah yang berkaitan dengan soffea :





Hebatnya dugaanMu















Saturday, January 16, 2016

Mimpi bersalin Anak kembar

selamat petang...sabtuday.Eh..sabtu.
korang buat ape tu? ina dari malam tadi plan nak keluar beli barang dapur sebenarnya..Asyik sangat duk melayan blog, blog walking, setting sana sini.Sudahnya dah jam 430petang. Adeiii..um, sambil-sambil tu dalam otak berlegar ligat fikitkan maksud malam tadi.


Opsss! malam tadi mimpi bersalin.Bersalin anak kembar.. yang pertama selamat keluar dan yang kedua entah berapa kali push , tak keluar keluar.Lastnya terjaga jam 3.20pagi masa tu. Adoiiii,seram pulak dah kita nihh. Harap mimpi yang baik belaka hdaknya..aamiin


*walaupun takde fikir nak menambah lagi..tetap bermimpi.tapi jika allah bagi,alhamdulillah..kembar pulak tu. dah jadi 4 orang anak..ehehehee.kann? berangan..
sebelah suami ada baka kembar..tapi jauh la kan.Kuasa allah...siapa tau.Kun Fa ya kun ..

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...