Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Sunday, April 26, 2015

Nur Wardina Soffea









Tepat jam 1.50pagi sabtu (18/4/2015),Nur Wardina Soffea telah selamat dilahirkam ke muka bumi Allah.Dengan 2kali push,Puteri mama selamat keluar dengan berat 2.7Kilogram,alhamdulillah..bersalin kali ini amat mudah sekali.Tanpa meminum air selusuh,air sanggul fatimah atau air zam zam..,telur mentah...100% ina tawakal pada allah .Sampai ke hospital bukaan jalan sudah 5cm,tanpa sebarang kesakitan.Allahuakbar! Tanda bersalin pun tiada waktu tu (turun darah @ ketuban pecah).Bukaan 10cm baru la terasa sakit yang teramat.Masa berputar sangat laju waktu ina di dalam dewan bersalin.Urusan dipermudahkan oleh allah.

Amalan ina supaya mudah bersalin:: 

Antara yang ina amalkan sepanjang mengandung ialah membaca al - quran setiap kali solat dan lakukan solat sunat di tengah malam setiap hari.Berzikir tidak putus..

Nama Diberi semasa dalam kandungan lagi...

secara rasminya, Hari ke 7 berpantang barulah berkesempatan incik Suami mendaftarkan puteri ke 2 kami. Actually, nama sudah lama Ada..cuma,masa tidak mengizinkan.

Nama di beri oleh mak-mak saudaranya, Nur Wardina Soffea. Maksud nama tersebut ialah warak,amanah,ramah,ikhlas,alim dan menawan.Diharap anak mama menjadi anak solehah. Daripada awal Kehamilan lagi,Nur Wardina Soffea anak yang kuat.. Akhirnya lahir juga kamu ke muka bumi Allah.




No comments:

Post a Comment