Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Sunday, April 12, 2015

Meneran dengan betul semasa bersalin


Err..meneran? Seram je dengar kan. Yang tengah menunggu hari.. Mestilah berdebar.Tapi jangan sampai demam pula yea.Entri Kali ini,ina berikan sedikit tips atau petua mudah meneran.. Jom baca kemudian,buat latihan sikit...





Waktu Mula Meneran

✔ Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

 Posisi Meneran Yang Tepat

✔ Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
✔Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. ✔Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

 Cara Meneran

✔ Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil).
✔Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda. Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.

Ibu-ibu semua, set bersalin sudah beli?

Jika belum, boleh lah order set bersalin dengan ina..

Direct SMS / WhatsApp / telegram ke no 017-9506861

Cod pada setiap hari..

Cod sekitar kuantan ((Batu hitam,sg karang,balok,beserah,kubang buaya,alor akar,permatang badak,sg isap,tg Lumpur,kipsas,bukit setongkol, bukit sekilau,semambu Dan seluruh kuantan)

No comments:

Post a Comment