Sunday, April 26, 2015

Nur Wardina Soffea









Tepat jam 1.50pagi sabtu (18/4/2015),Nur Wardina Soffea telah selamat dilahirkam ke muka bumi Allah.Dengan 2kali push,Puteri mama selamat keluar dengan berat 2.7Kilogram,alhamdulillah..bersalin kali ini amat mudah sekali.Tanpa meminum air selusuh,air sanggul fatimah atau air zam zam..,telur mentah...100% ina tawakal pada allah .Sampai ke hospital bukaan jalan sudah 5cm,tanpa sebarang kesakitan.Allahuakbar! Tanda bersalin pun tiada waktu tu (turun darah @ ketuban pecah).Bukaan 10cm baru la terasa sakit yang teramat.Masa berputar sangat laju waktu ina di dalam dewan bersalin.Urusan dipermudahkan oleh allah.

Amalan ina supaya mudah bersalin:: 

Antara yang ina amalkan sepanjang mengandung ialah membaca al - quran setiap kali solat dan lakukan solat sunat di tengah malam setiap hari.Berzikir tidak putus..

Nama Diberi semasa dalam kandungan lagi...

secara rasminya, Hari ke 7 berpantang barulah berkesempatan incik Suami mendaftarkan puteri ke 2 kami. Actually, nama sudah lama Ada..cuma,masa tidak mengizinkan.

Nama di beri oleh mak-mak saudaranya, Nur Wardina Soffea. Maksud nama tersebut ialah warak,amanah,ramah,ikhlas,alim dan menawan.Diharap anak mama menjadi anak solehah. Daripada awal Kehamilan lagi,Nur Wardina Soffea anak yang kuat.. Akhirnya lahir juga kamu ke muka bumi Allah.




Petua : Tali pusat baby mudah Tanggal


Sebenarnya, semalam dah nak tulis entri nie.Al maklumlah, sedikit sibuk menguruskan hal hal berkaitan berpantang. Mana nak uruskan baby..sangat sibuk.. (Lama dah tidak merasa berjaga malam..hihihi).

Harini hari ke 8 berpantang... Excited betul, hihihi.Semalam (hari ke 7 )pusat Nur Wardina Soffea sudah tercabut.Alhamdulillah! Awal Kali nie anak mama pusat tercabut. Emm..kalau dulu,Sara dekat 3minggu jugak la nak tunggu tercabut. Sampaikan ina nie naik risau.Iyela,mulut- mulut orang sibuk duk bertanya..pusat dah cabut belum? Kalau lebih dari seminggu, anak degil laaa,nakal.Hmmm..menyampah! 

Okay-okay Meh sini,ina nak bagitau..Petua dia,mudah saja... Pakai jee ubat hospital yang bekalkan tu..

Caranya: 

✔basahkan kapas (dengan ubat kaler pink) Dan titikkan di sekitar pusat.
✔cuci dengan kerap(pakai ubat hospital)pusat baby setiap Kali selepas mandi, Dan setiap Kali tukar pampers (ingat!! Jangan bagi pusat baby terkena air.Jika terkena ,lapkan sehingga kering kerana dikhuatiri pusat dijangkiti kuman)..

✔Jika tali pusat sudah tertanggal,cuci sebersihnya pusat baby.( pusat yang tercabut,sila simpan ditempat yg kering)
✔pastikan pusat dibersihkan,jangan biar darah beku di pusat .


Okay,sekian.Terima kasih sebab anda Sudi baca petua saya.😊😊😍


Tuesday, April 21, 2015

Detik cemasku: 38minggu janinku kurang bergerak - part 1

Assalamualaikum Dan selamat malam..
Semasa entri ini ditaip,ina dalam berpantang 3hari.Alhamdulillah😊..

Tapi entri Kali ini ina nak menceritakan detik-detik cemas sebelum ina bersalin.

Al-kisahnya~~~~

Pada tengahari jumaat,perut terasa memulas, seakan ingin datang period.Ina buat tak tau ajelah,sebab kemungkinan perut lapar masa tuu.Walhal,pagi Ada makan nasi dagang,kuih seri ayu Dan donat.

Tengahari

Tengah memasak makan tengahari,rasa memang tak larat sangat.Harini Suami yang tolong masakkan...

Selesai makan tengahari, ina bersihkan diri untuk solat zohor.Ya Allah,alangkah terkejutnya..simptom membuang(berak) secara tiba2.. Terbuang dalam panties,memang tak perasan langsung.Masa nie,ina da syak..dalam hati berkata (eh,takkan nak bersalin dah kot)..

Petang (Asar)





Carta gerakan baby..sampai ke petang baru cukup 5 tendangan sahaja.Sepatutnya,kalau memasuki asar gerakan dah hampir lengkap 10.Tapi Kali ini,gerakan yang pelik semasa asar..iaitu baby mengeras dengan kerap.Masa nie ina dah resah..

Malam ( selepas isyak )

Asyik kentut (non stop)..nak solat memang payah.5kali ambil wuduk,5kali solat..
Selepas selesai isyak,terasa macam lain.Rasa leman betul badan.

9.30malam

Suami bawa terus ina ke hospital,hati pun tidak sedap..Sebelum ke hospital,ina sempatla makan murtabak 2keping (perasaan masa ni ,ina dah rasa macam nak bersalin malam nie jugak) sempat minum segelas ESP. (Air selusuh,air zam zam @ air akar fatimah pun tidak sempat minum..macam tidak jangka yang akan bersalin).

Sampai ke hospital jam 10malam..Semasa sampai disana (bahagian bersalin Htaa).Masa tiba disana,ina orang pertama. Tapi disebabkan kes ina tak berapa serius,ina antara orang terakhir..disoal siasat oleh doktor.Al-maklumlah,ina tiada turun tanda (yang menandakan ingin bersalin contoh : ketuban pecah atau turun darah).

Apabila puas disoal siasat lebih kurang 20minit,barulah doktor buat ujian CTG (denyut jantung baby)..ctg cantik, tiada kontraksi. Em,setelah selesai,doktor cek VE (iaitu cek bukaan Rahim).Tersangatlah terkejut,apabila doktor bagitau

Antara dialog ina dengan doktor

Doktor:: 'puan,jalan dah buka 5cm..'

Ina : haa? Kena masuk wad ke?

Doktor : Bukan.Terus ke dewan bersalin.Malam nie juga puan akan bersalin

Ina: haa..betul ke?

Doktor: Bagitau Suami yea.

11.30malam

(Rezeki dapat masuk dewan bersalin tingkat bawah) jika diikutkan,memang doktor nak tempatkan ke dewan berisiko tinggi tapi..alhamdulillah. Kebetulan penuh wad Sana,dewan pun penuh)

Ina dah masuk ke dewan bersalin... Masa ni ina dah menggeletar ketakutan,Suami masuk sekejap je.. Sebab Sara ,tiada orang jagakan..(masa ni Ina dah down perasaan.. (Sedih,kecewa iyela..Suami tidak dapat teman)sebab sudah berjanji nak temankan semasa bersalin.

Bersambung....

Sunday, April 12, 2015

Meneran dengan betul semasa bersalin


Err..meneran? Seram je dengar kan. Yang tengah menunggu hari.. Mestilah berdebar.Tapi jangan sampai demam pula yea.Entri Kali ini,ina berikan sedikit tips atau petua mudah meneran.. Jom baca kemudian,buat latihan sikit...





Waktu Mula Meneran

✔ Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

 Posisi Meneran Yang Tepat

✔ Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
✔Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. ✔Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

 Cara Meneran

✔ Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil).
✔Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda. Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.

Ibu-ibu semua, set bersalin sudah beli?

Jika belum, boleh lah order set bersalin dengan ina..

Direct SMS / WhatsApp / telegram ke no 017-9506861

Cod pada setiap hari..

Cod sekitar kuantan ((Batu hitam,sg karang,balok,beserah,kubang buaya,alor akar,permatang badak,sg isap,tg Lumpur,kipsas,bukit setongkol, bukit sekilau,semambu Dan seluruh kuantan)

Friday, April 10, 2015

37 minggu kehamilan

Assalamualaikum...

Petang baru sempat update entri blog.Asyik tertangguh je Dari rabu...harini dah jumaat..



Tengok tajuk pun,mesti tertanya tanya Ada apa dengan 37minggu kehamilan nie...um.

Alkisahnya begini,kalau nak tau...INI merupakan pertama Kali dalam hidup ina.Kandungan kedua nie betul-betul kuat. Mana taknya,Dari awal mengandung macam-macam dugaan ina hadapi.. (Bleeding hampir sebulan,doktor sahkan keguguran laa..) Tapi akhirnya, kandungan Kali ini ina berjaya melepasi bayi pramatang.Anak pertama, semasa 35minggu sudah selamat bersalin.Kali ni kandungan ina dah masuk 37 minggu (bermakna sekarang 9bulan...baby betul-betul matang Kali ini)

Apa yang buat ina terlebih excited dengan kandungan kedua ini... Ina tidak perlu kena cucuk dexa iaitu suntikan matangkan paru-paru baby lagi.. (Dulu 4kali cucuk dexa sebab contruction semasa 7bulan dan 8bulan) Baby pun dah matang,doktor cakap anytime boleh bersalin.

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah...

Kandungan kedua, memang ina titik beratkan pengambilan supplemen.Ina makan set mengandung shaklee.Sepanjang mengandung memang tiada masalah. Membuang pun lawas, bertenaga,berat badan terkawal..

Okay.. Sampai disini sahaja cerita Ina...

Sesiapa nak order set mengandung shaklee...

Direct sms / WhatsApp / telegram ke no 017-9506861

Kawasan cod : beserah, sg karang, Batu hitam, balok, permatang badak, sg isap, bukit rangin, bukit setongkol,bukit sekilau, alor akar, Dan seluruh bandar kuantan ina hantar.

Penghantaran produk shaklee pads setiap hari..

Sunday, April 5, 2015

rezeki hujung minggu

Assalamualaikum... Nie nak habaq mai.

Postage ina pun Ada sediakan jugak tau.Boleh pos ke seluruh Malaysia...

Direct je hubungi : 017-9506861
πŸ“±Sms / WhatsApp / telegram

Cod sekitar kuantan..pada setiap hari..πŸš—πŸš—πŸš—

Wednesday, April 1, 2015

HP tablet percuma

Assalamualaikum...dan selamat petang.
Harini Ina da memasuki hampir 9bulan kandungan.. Heee,saja je update blog.Mmmm,,bajet retis la kunon kaaaan? Erkk..Entries Kali ni takde kena mengena dengan kandungan okay...? Entri santai aje


,alhamdulillah.... rezeki harini.Tablet yang Ku nanti-nantikan selama nie.Akhirnya dapat juga.. Hiiii...terimakasih Streamyx.Sebulan tunggu,akhirnya dapat juga. Lepasni mudah la nak upload gambar Kat Instagram, blog pun mudah nak taip.. (Korang jangan plak pening kalo lepasni asyik entries Ina je kuar yeeee)..☺

Tablet nie hasil langganan streamyx.. WiFi.Pakej nie dapat sekali dengan telefon rumah (brand Motorola)..telefon rumah Ina langsung tak pakai,langgan streamyx ni pun sebab untuk berbisnes Dan suami yang kuat surfing internet.Hikhik... Oh,lupa nak inform..tablet nie keluaran HP punya.Setakat nie sang at berpuas hati laaa... Line WiFi pun dah okay. Laju juga..
Okay...sampai sini saja review Ina pasal pakej streamyx.

Sampul pun  masih belum buang... Hiiii... Weekend baru nak Cari tinted

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...