Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Monday, January 5, 2015

Punca dan sebab Pendarahan Ketika Hamil


assalamualaikum..

selamat petang ~ Hai, dah solat zohor ke? kalau belum tu, pergi la solat dulu,kerjakan kewajipan terlebih dahulu,segala kerja-kerja dunia tinggalkan sekejap jeee..lepas tu sambung la.He..


Okay, ina harini nak kupas isu pendarahan (bleeding) semasa kehamilan. Pernah tak anda alami sepanjang kehamilan berlaku?? Em,memang risau kalau bleeding ni kan? Ina pernah berlaku, kandungan pertama okay.Tapi kandungan kali kedua yang sedang ina mengandung ini bleeding.Dari awal kehamilan lagi, semasa kandungan 5minggu. Bleeding Non stop,kejap darah fresh diselangi darah coklat,semacam uzur gitu.Alhamdulillah, selepas 3minggu bleeding dah berhenti.

kisah lanjut boleh dibaca di SINI , SINI , dan SINI

Punca Berlaku Spotting Pendarahan Ringan di awal Kehamilan



Anda menjalani IVF atau rawatan lain yang membantu anda untuk hamil

Hormon badan yang mengawal kitar haid telah menyebabkan pendarahan pada tarikh atau masa yang biasa anda datang period/haid sewaktu anda sebelum mengandung. Ia boleh jadi sekali atau dua kali sehingga hormon ini dapat dikawalatur dengan baik.

Perlekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda juga menyebabkan pendarahan. Ia berlaku selama sehari atau dua hari.

Hormon kehamilan juga dapat mengubah permukaan serviks anda untuk senang berdarah. Oleh itu, pintu serviks mungkin terengsa. Contoh situasi : hubungan seks di awal kehamilan menyumbang kepada masalah ini.

Anda mungkin mempunyai fibroid. (Ketumbuhan pada rahim). Plasenta kadangkala akan melekat pada fibroid ini, jadi janganlah bimbang ya ibu ibu, dapatkan nasihat doktor jika anda ada fibroid semasa hamil.

Polis serviks, iaitu ketumbuhan kecil pada serviks juga menyebabkan pendarahan, tetapi ia juga tidak membahayakan, yang penting dapatkan konsultasi doktor.

Berlaku jangkitan serviks atau jangkitan faraj

Anda menghidap penyakit keturunan seperti Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.




Pendarahan Bleeding di awal Kehamilan



Namun begitu, berlaku pendarahan yang diikuti dengan sakit perut dan kekejangan, mahupun demam, ia mungkin penyebab keguguran mahupun kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik).


Keguguran pada awal kehamilan berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. 

Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan tu, melekat pada bahagian luar uterus. 

Darah berwarna gelap dan cair seperti jus prun akan mengalir tanpa henti.

Kehamilan molar pula disebabkan oleh embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal.




Bagaimana untuk kenalpasti bahawa saya period atau mengalami keguguran?



Kadangkala, ada situasi di mana kita tidak datang period selama sebulan dan setelah itu mengalami pendarahan yang luarbiasa. Kita akan keliru samada ia adalah period ataupun keguguran.

Perkara yang pertama sekali adalah berjumpa dengan Doktor untuk menjalani scan atau imbasan ultrabunyi.

Kemudian, ujian air kencing dan ujian darah akan dilakukan untuk menguji tahap hormon kehamilan ini.

Menurut bacaan ina dari blog Dr Zubaidi dari link ini, ujian darah dilakukan untuk mengetahui kepekatan hCG dan beberapa perkara boleh dikenalpasti untuk mengetahui punca atau kebarangkalian keguguran pada kehamilan ini.


Namun begitu, berita gembira buat yang menjalani scan dan telah dapat mengesan bunyi denyutan jantung bayi, kerana potensi untuk gugur itu adalah nipis.


Masalah rahim tidak kuat? Ubat Kuatkan rahim


Kadangkala jika kita bertemu dengan doktor, doktor akan memberitahu anda, saya akan bagi puan ubat kuat rahim. Rahim saya tak kuat kah doktor? Apa yang menyebabkan rahim tak kuat?


Masalah rahim tak kuat ini berpunca dari ibu yang hamil mempunyai kurang hormon progesteroneyang mana rahim tidak dapat menyediakan tempat yang optima untuk pembesaran janin.


Sebenarnya, masa anak kedua, ina juga pernah mengalami spotting ini. Hasilnya, doktor memberikan ubat bernama duphaston, iaitu hormon sintetik yang mempunyai progesterone. 


Kiranya, setelah ovum disenyawakan, akan berlaku perlekatan fetus pada lapisan endometrium, iaitu lapisan rahim ini. Jadi, semasa mengandung, progesterone akan semakin meningkat dengan banyak untuk membantu lapisan rahim ini menebal untuk perlekatan janin/fetus yang kita kandungkan ini.


Jika progesterone kurang, janin tidak dapat melekat dengan sempurna dan akan gugur bersama-sama dinding endometrium ini tadi.


Supplement yang membantu menguatkan rahim


Semasa mengalami spotting di awal kehamilan Amni, saya telah cuba mengkaji supplement yang sesuai untuk membantu menguatkan rahim saya ini. 


Saya telah mencuba ESP (Energising Soy Protein Shaklee) kerana ia mengandungi sumber protein yang tinggi, yang memberi nutrisi penuh kepada sel (kerana sel asalnya dari protein) supaya sel-sel badan saya sihat dan kuat.

Jadi, sel-sel rahim yang terbina ini akan sihat dan kuat untuk menampung proses penempelan janin pada dinding rahim saya.


Supplement Penting Semasa Kehamilan


Tahukah anda bahawa, jika anda stress, hormon progesterone untuk menebalkan dan menguatkan dinding rahim berkurang?


1) Jadi, untuk menstabilkan emosi, saya juga mengambil b kompleks, iaitu supplement penenangyang paling selamat agar saya tidak stress. Selain itu, b kompleks Shaklee yang semulajadi ini didatangkan khas bersama asid folik yang membantu fetus untuk berkembang dengan sempurna.


Sudah menjadi satu keinginan kita untuk mendapatkan anak yang sihat dan sempurna bukan? 


Oleh itu, ambillah b kompleks bersama-sama dengan asid folik ini supaya saraf-saraf bayi kita danpertumbuhannya mendapat cukup nutrisi yang diperlukan.


B kompleks juga membantu memberikan tenaga tambahan kepada kita, terutamanya ibu mengandung yang sentiasa lemah dan tidak bermaya. Jadi, untuk kuat dan bertenaga, saya ambil b kompleks ini dan juga ESP supaya saya sentiasa cergas sepanjang kehamilan.



2) Ostematrix juga penting untuk menyumbangkan kalsium kepada pembinaan tulang bayi dan juga kepada sistem saraf yang sempurna. 



Tahukah anda bahawa progesterone yang tinggi diperlukan untuk sel-sel tulang (osteoblast) membina tulang? 


Jadi, jika kita kekurangan progesterone, kuranglah kalsium untuk membina tulang dan proses pembentukan tulang baru untuk fetus terjejas. Oleh itu, kita bantu anak yang dikandung ini untuk membentuk tulang-tulang yang sempurna supaya proses pembesarannya juga tidak terganggu.


Fetus akan menyerap kalsium daripada ibu, jadi, jika kita juga kekurangan kalsium, masalah rambut gugur, gigi longgar dan mungkin tercabut, sakit kaki, sakit pinggang akan terjadi kepada ibu mengandung ataupun selepas berpantang kemudian hari.



3) Vitamin C Sustained Release juga ina ambil untuk imuniti badan  sendiri. disebabkan kita keletihan, kurang bermaya, jadi ini juga menjadi faktor kepada kurangnya imuniti badan.


Tambahan pula cuaca dan jangkitan memudahkan lagi ibu mengandung mendapat jangkitan yang sama, jadi ambil langkah untuk menguatkan ketahanan badan saya dengan vitamin C ini.



4) Vitalea sangat penting untuk pembekalan sumber mineral dan vitamin-vitamin lain untuk keperluan badan saya, ibu mengandung dan juga bayi yang kita kandungkan.


Masalah hemoglobin rendah (hb) dapat diatasi dengan mengambil 2 biji Vitalea yang mengandungi iron ini. Iron penting untuk pengikatan oksigen di dalam darah. Tidak semua multivitamin di pasaran mengandungi iron, jadi, memang menjadi kelebihan Vitalea yang mengandungi iron membantu meningkatkan semula bilangan hemoglobin di dalam darah kita.



5) Bermula dari trimester kedua, ina ambil omega guard untuk pembekalan DHA untuk anak yang saya kandungkan ini. 


Berat badan ibu mengandung juga tidak naik dengan sangat ketara dengan pengambilan omega yang membantu menstabilkan hormon leptin (iaitu nafsu makan) di dalam badan.

- sejak makan omega, selera ina terkawal.Kalau tidak asyik nak mengunyah 24jam. heee..


Selain itu, bagi ibu-ibu yang bermasalah mendapat kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, bagus mengambil omega ini untuk menyeimbangkan hormon di dalam badan kita.

tapi apa  yang ina perasan..., makan omega guard nie sakit kepala hilang.Dulu sebelum makan omega, kerap la sakit kepala.Sampai 3 hari berturut-turut sakitnya.Silap makan.. pening, minum silap sikit jee pun pening.


Semoga dengan perkongsian ina hari ini, dapat memberi idea dan membantu ibu-ibu di luar sana bertindak dengan cepat hasil dari pembacaan ini. Jika anda mengalami masalah pendarahan semasa mengandung, segeralah berjumpa dengan doktor dan banyakkan berehat.


notakaki : Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan kurniaan allah. Sejak ina mengamalkan supplemen semasa mengandung, rasa macam bukan mengandung.Sebabnya,ina aktif.Siap main-main berlari dengan sara lagi nie(terlupa tengah mengandung) sekarang.Bila terlampau lasak sangat, baru la baby dalam perut nie mengeras.. ( dah kena warning dengan baby,,ehehehe.Nak bagitau yang dia ada kat dalam tuuu.)



Bagaimana Ingin dapatkan Produk-produk shaklee


SMS / WHATSAPP 017-9506861


cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 



No comments:

Post a Comment