Friday, January 30, 2015

KONTRAKSI KEHAMILAN A.k.a BRAXTON HICKS

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam jumaat..

Entri kali ini, masih dalam mood kehamilan.Pernah tak anda dengar Braxton Hicks? atau kontraksi sebelum kehamilan ( orang tua panggil, sakit olok-olok sebelum kelahiran..ala,sakit main-main je.Tapi bukan nak bersalin pun).Kontraksi ini adalah disebabkan otot uterus (rahim ) mengecut.Untuk rahim melatih supaya nanti mudah untuk hadapi kontraksi yang sebenar.

Kontraksi nie, sakitnya sekejap je datang.Jika nak dibandingkan sakit kontraksi yang sebenar.. 

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Tanda -tanda Kontraksi Braxton Hicks:

biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari

 

lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya

 

tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja

 

tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit

 

terus tidak boleh diduga dan tidak beritma

 

tidak bertambah intensiti.Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks

 

 kontraksi yang sebenar

 

tahan lama

 

lebih teratur

 

lebih kerap

 

lebih menyakitkan

 

lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit. 

 

notakaki :Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.


Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Ingin dapatkan set Kehamilan atau berpantang?

sms / whatsapp 0179506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari.

postage ke seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...