Friday, January 30, 2015

Al-kisahnya di Klinik



oh,, hari rabu yang lepas. Pergi ke klinik..


seorang budak tu umurnya 1 tahun lebih.. badannya kecik, kurus je..


Nurse tanya, minum susu ape? kata ibunya Fully breastfeed..


Kesian sangat... anak nya Bmi tak melepasi dari umur sepatutnya..yang paling sedih, nurse nak amik darah utk test.


selepas ibu dan anaknya keluar dari bilik appointment..


Nurse : Ibu tak cukup zat, kesian anak. Iron takde dalam susu ibu


( saya yang tengok ni pun sedih.. )


Nota : sedikit pesanan ibu2 yg breastfeed diluar sana, tolonglah makan makanan berkhasiat.Ikut piramid makanan.Kalau malas makan sayur sayuran ambil la supplemen tambahan.Nak fully breastfeed kena byk makan makanan berkhasiat.. silap2 ... ibu yg kulit kusam, badan sakit sana sini akibat xckup zat (makanan tambahan).efek anak : kurus kering, sakit sentiasa.. Lagi satu apa yang saya perhatikan, ibunya n anak baju anak mahal. Tapi nak melabur kewangan dari segi supplemen tambahan tak ambik pusing. Bila anak sakit..berat digarisan kuning, mulalah kerisauan.


ps :alhamdulillah, sara berat okay..siap nurse puji lagi badan padat.Demam dan selsema pun jarang. Last demam tahun lps, masa bulan 8.. kalau nak demam pun, esok dah xjadi demam. Apepun..kita sebagai ibu..mestilah bijak dalam penjagaan anak2 dalam pengurusan.

 

Bagaimana ingin dapatkan Set Penyusuan atau Set Kanak-kanak?

 sms / whatsapp ke no 017-9506861

cod shaklee sekitar kuantan pada setiap hari..

nak cod? cepat-cepat direct contact no diatas okay.

postage pun ada jugak.. postage ke seluruh malaysia.

KONTRAKSI KEHAMILAN A.k.a BRAXTON HICKS

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam jumaat..

Entri kali ini, masih dalam mood kehamilan.Pernah tak anda dengar Braxton Hicks? atau kontraksi sebelum kehamilan ( orang tua panggil, sakit olok-olok sebelum kelahiran..ala,sakit main-main je.Tapi bukan nak bersalin pun).Kontraksi ini adalah disebabkan otot uterus (rahim ) mengecut.Untuk rahim melatih supaya nanti mudah untuk hadapi kontraksi yang sebenar.

Kontraksi nie, sakitnya sekejap je datang.Jika nak dibandingkan sakit kontraksi yang sebenar.. 

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Tanda -tanda Kontraksi Braxton Hicks:

biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari

 

lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya

 

tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja

 

tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit

 

terus tidak boleh diduga dan tidak beritma

 

tidak bertambah intensiti.Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks

 

 kontraksi yang sebenar

 

tahan lama

 

lebih teratur

 

lebih kerap

 

lebih menyakitkan

 

lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit. 

 

notakaki :Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.


Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Ingin dapatkan set Kehamilan atau berpantang?

sms / whatsapp 0179506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari.

postage ke seluruh malaysia

Saturday, January 24, 2015

anakku katang??

Anak Oh anak. 

Sejak 2 menjak nie,kuat betul kamu makan .. Risau mama tengok.

Celik,mata makan jee. 
Mama potong sayur,kamu makan mentah semua,sayur mama. 

tiap kali sebelum tidur asyik mintak biskut dl.. 

Alhamdulillah,, gembira dgn perubahan positif..

Nota :: sampaikan anak jiran panggil sara "Katang" a.k.a Ketak 

Nak tau apa rahsia sara berselera makan? Sms / whatsapp  saya 017-9506861 ..

Cod shaklee sekitar kuantan pada setiap hari..

tangan kebas semasa mengandung

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.

Ramai di kalangan ibu hamil mengalami sindrom tangan kerap kebas secara tiba-tiba,ada segelintir yang nak genggam tangan pun tak boleh.Dan apa yang lebih membimbangkan kebas tangan sampaikan jari terkena pisau pun masih tidak sedar..iShh.. maacam serius je bunyi kan? Jom, kita baca entri ni sampai habis..



tangan terasa sakit dan kebas?

 

Sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari semasa hamil kemungkinan besar disebabkan oleh sindrom terowong karpus (carpal tunnel syndrome). Ia merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan kebengkakan dan peningkatan berat semasa hamil, di mana saraf utama di pergelangan tangan menjadi tertekan.


Syukurlah tidak semua wanita hamil mengalaminya; anggarannya berbeza di antara 20 hingga 60 peratus. Bagi kebanyakan wanita yang mengalaminya, rasa sakit dan kebas itu sedikit sahaja dan bersifat sementara. Ia hilang tidak lama selepas bayi mereka dilahirkan. Namun bagi sesetengah wanita, keadaan ini boleh jadi teruk dan berterusan selama beberapa bulan.

 

Tanda-tanda lain bagi sindrom terowong karpus

Simptom-simptom sindrom terowong karpus biasanya lebih teruk pada waktu malam tetapi ia juga boleh menjejaskan aktiviti pada siang hari. Simptom-simptom ini termasuk:

sakit, semut-semut, atau rasa mencucuk atau panas biasanya berpusat di ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan separuh jari manis yang terdekat dengan ibu jari;

sakit pada bahagian tangan, dan kadang-kala pada bahagian bawah lengan;

genggaman yang lemah, terutamanya pada bahagian ibu jari;


jari-jari yang terjejas atau tapak tangan menjadi kebas apabila keadaan ini menjadi lebih teruk.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kesakitan ini?Jika anda seperti ramai wanita hamil yang lain, anda mungkin mengalami simptom-simptom sindrom terowong karpus ini pada waktu malam. Setiap kali anda rasa sakit atau kebas, tukarlah posisi tidur anda kerana ini dapat melegakan ketidakselesaan yang anda rasa itu.

 

Tip-tip lain yang boleh anda amalkan termasuk:

elakkan tidur beralaskan tangan anda

jika anda rasa sakit ketika tidur, cuba kibas-kibaskan tangan anda sehingga kesakitan atau rasa kebas itu berkurangan

meregangkan pergelangan tangan dan jari dengan kerap sepanjang hari mungkin membantu, namun dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan masalah ini semakin teruk

jika boleh, elakkan tugas-tugas yang memerlukan pergerakan tangan berulang-ulang kerana ini boleh menyebabkan simptom-simptom anda semakin teruk

duduk dengan tangan ditinggikan mungkin membantu, contohnya dengan meletakkan tangan di tempat sandar apabila anda duduk menonton tv di sofa.

((Tidak banyak kajian dibuat mengenai kaedah rawatan sendiri bagi sindrom terowong karpus, oleh itu anda mungkin perlu mencuba beberapa kaedah bagi mengenal pasti apa yang berkesan bagi. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor atau ahli fisioterapi yang mungkin dapat memberi anda anduh pergelangan tangan - lihat di bawah.))

 

  Cadangan pengambilan vitamin B complex setiap hari dapat membantu, tetapi ini hanya benar bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan vitamin B complex. Jika anda mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, anda pasti mendapat kesemua vitamin yang anda perlukan, tidak kiralah samada anda merancang untuk mengambil vitamin ibu mengandung tambahan ataupun tidak.

Ingin dapatkan Set Kehamilan shaklee ??

Sms / whatsapp 0179506861
Cod pada setiap hari di sekitar kuantan

Seluruh malaysia ina pos menggunakan GDex @ poslaju 

Saturday, January 17, 2015

LINE NIGRA garisan mengandung

Assalamualaikum dan selamat petang.. 

Buat ape cuti sabtu nie? tak pergi ke mana-mana ke? petang-petang ni best kan kalau dapat makan cendol.Gulp! Ina sepanjang kehamilan nie, tekak terasa je nak makan makanan sejuk.Minuman berais..pendek kata semuanya minuman sejuk.Ermm,, nanti masa berpantang dah tak boleh lagi minum air sejuk-sejuk.Petua mak ina , kena berpantang ais selama setahun kalau nak bagi badan tahan lama.. Ehehehe. Kita ikut jerla. Janji cantik.Hehehe.. Perut pun tak buncit.Itu la best.. badan tak terasa berat.

 

Opss~~ topik dah kelaut nie..., Entri ni nak tulis pasal Line Nigra tu..(ala, garisan yang pada perut masa kita mengandung tu.. cer check perut masing-masing ada ke tak?) Kandungan kedua, baru line nie nampak jelas di perut. Malu rasa bila tengok perut..sepanjang line tu, kelihatan bulu menegak ke bawah..

Jom baca apa itu Line Nigra.

 

 

Linea nigra (garisan gelap sepanjang perut anda) Linea nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.


Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering. Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang.

notakaki : Sejak mengetahui kehamilan(dari trimester pertama) lagi ina dah start sapu minyak zaitun di perut.Risau perut pecah.Nanti memang tak cantik.Masa dekat hospital nanti, lagi malu nurse-nurse disana nak check perut kita. Alhamdulillah, perut ina tak pecah langsung,sampai nurse pun tegur,tengok macam ina tak pernah( beranak bila check perut)..kembang laa sekejap..hihihihi.Kandungan 6bulan pun, alhamdulillah, langsung takde gatal-gatal perut.

anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

Bagaimana ingin dapatkan  SET KEHAMILAN
SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

                          Instagram : Stor_vitaminsemulajadi


Friday, January 16, 2015

Ohh.. jerawat! Semasa mengandung

assalamualaikum..

hai,, hehe.Harini ina tak tau nak buat apa.So, update blog la..Semua kerja rumah sudah beres.Cuma tunggu solat asar je.Sambil-sambil tu, dapat la 2 entri sehari. Sambil tu juga, tangan sebelah lagi ambil order customer.Customer self pickup lepas ofis hour katanya..Seorang anak yang belikan supplemen untuk darah tinggi (ibu). Dan tadi baru sebentar jiran beli supplemen untuk mata (baiki masalah rabun dan untuk isteri tersayang bagi masalah tulang).Alhamdulillah.. rezeki jumaat.

Entri kali ini,berkisahkan masalah kulit
ketika mengandung.. 

 

Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal. Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk.


Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.


Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil. Beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.


notakaki : 

Kandungan kali ni, kulit ina memang sensitif sangat.Jerawat tumbuh sekitar dahi dan jerawat pasir.Tumbuh atas kepala pun ada..tapi sekarang ina dah selesai masalah ini.Kalau jerawat still keluar, cepat-cepat ina telan VITAMIN C SUSTAINED RELEASE.Telan je malam, esok hari jerawat dah kecut..Yang bestnyer...,vitamin C ni sangat jimat tau.sebotol ada 180 tablet,penggunaan sampai 6bulan iaitu sampai berpantang pun boleh makan.

Bagaimana ingin dapatkan VITAMIN C ATAU   SET KEHAMILAN
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

                          Instagram : Stor_vitaminsemulajadi


PERUBAHAN KULIT SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum.. 

selamat petang jumaat.Anda semua dah baca ke surah Al-Kahfi pada harini? Kalau belum masih sempat lagi nie..Surah Yassin? boleh je nak baca surah yassin hari jumaat,takde masalah pun. Dulu masa zaman ina bekerja dulu, setiap pagi jumaat kami semua dikehendaki berkumpul untuk membaca surah Yassin. Kalau dapat  baca setiap pagi pun lagi bagus,lagi lancar perjalanan seharian..Allah mudahkan jalan kita. 


Okay, entri kali ini.Ina nak sentuh pasal Seri Hamil. Apa yang korang fikir yea bila dengar topik ini?? Emm, dulu masa mengandungkan sara.Muka ina sangat berseri(orang la cakap...bukan ina yea.Hihihihi.Customer yang tegur.) Jom baca seri hamil disebabkan apa.

 

Kulit berseri semasa hamil "Seri" semasa hamil bukan sekadar kata-kata. Ketika hamil, kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda. Ini juga kadang-kala membuatkan anda rasa agak panas.


Malangnya, kesan sampingan daripada ini ialah anda mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan. Jika anda mempunyai tompok-tompok merah di bahagian muka, ia juga akan kelihatan lebih jelas.


Namun begitu, jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan anda memerlukan banyak air. Sebaliknya, berehatlah seberapa kerap yang boleh. Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin. Tetapi jika anda mahu menutupnya, anda boleh cuba gunakan bedak asas yang lembap.


Ingin mencuba SET KEHAMILAN shaklee??

ina akan cadangkan mana satu yang sesuai untuk anda bagi setiap masalah kehamilan yang anda hadapi.


sms / whatsapp 017-9506861


Penghantaran pada setiap hari ke tempat anda (sekitar kuantan)

Thursday, January 15, 2015

PAPRIK SOTONG


 Assalamualaikum.. selamat petang.

Ini menu tengahari tadi.Paprik sotong..

Paprik nie lain sikit bahan - bahannya daripada paprik ayam.. Kali ini, ina masukkan bawang dalam tumis


jom.. cuba






 PAPRIK SOTONG


3 Ekor sotong
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 Tangkai cili Kering
1 Labu bawang Holand
2 sudu Cili sos
2 sudu Sos Tiram
Kicap
Garam
1 batang Serai
 3 helai Daun Limau purut

CARA-CARA :

1. Bawang merah dikisar .
2. Bawang putih di mayang halus.
3. Tumis sekali no 1 dan 2 sehingga kekuningan.
4. Masukkan serai (diketuk) , daun limau purut
5.Tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan cili kering, tumis sehingga pecah minyak ( baru sedap )
7. Masukkan cili sos,sos tiram dan kicap..gaulkan
8.Masukkan sotong .Tambah sedikit garam untuk perasa.
9. Apabila kuah pekat, tutup api. Dan sedia dihidangkan.






Notakaki :Apa? Tidak boleh makan seafood? Kesian pula dengar.. tapi sampai bila nak berpantang kan? Orang lain duk melantak seafood (sotong,udang,kerang dan kupang) awak tak makan. Ish-ish.. Meh sini.Ina ada satu  penyelesaian bagi anda yang alahan seafood atau alahan resdung..Ina cadangkan makan SET RESDUNG (kami satu keluarga amalkan SET RESDUNG,alhamdulillah.Menjadi..tak perlu menggaru lagi lepas makan seafood).

Bagi mereka yang mempunyai masalah KOLESTEROL pula, boleh mencuba PHYTOCOL St. Sebelum makan makanan yang kolesterol, ina cadangkan telan siap-siap phytocol nie.Sebab apa, Phytocol nie dia bertindak serta merta menahan Kolesterol dari meresap masuk ke dalam darah kita.


Menu Lain : PAPRIK AYAM




BBagaimana ingin dapatkan produk shaklee

sms / whatsapp 017-9506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari

Wednesday, January 14, 2015

TESTIMONI HAMIL

nie ina nak bagi testimoni customer yang berjaya hamil.

alhamdulillah,, gembira tak terkira ina bila dapat respon positif dari customer.



Sesiapa yang ingin tambah zuriat atau sukar hamil..
boleh la ikhtiar pula dengan supplemen shaklee.

Usaha sudah.. apa kata ikhtiar pula.


PSSST!! ina sendiri pun berjaya hamil dengan mengambil set kesuburan shaklee juga...hihihihi.Sekarang dah preggy 6bulan.Tiada yang mustahil.. kalau sudah izinNya.


                             Bagaimana ingin Order Set Kesuburan


                              sms / whatsapp ke no 017-9506861


                            cod sekitar Kuantan pada setiap hari

CUCUK KANCING GIGI SEMASA HAMIL

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum

selamat petang, Harini  ina dah kena cucuk kancing gigi semasa kandungan mencecah 25minggu. Huuuuu...untuk pengetahuan korang, bila baby dalam perut je dah start menendang, si ibu dah boleh diberikan suntikan Kancing gigi atau orang panggil Anti Tetanus ATT.

Uii~~ masa nak kena cucuk tu, nurse keluarkan jarum pun ina dah menggigil.Takut pula tetiba.. rasa seram sejuk dibuatnya.Em..,masa jarum masuk ke lengan .. mak aiiii, rasa ngilu jeee.Bila dah siap cucuk, seolah olah jarum tu masih ada (lekat) di lengan..hihihihi. Bayang la macam mana yea? hihihi.  Selepas kena cucuk, rasa kebas je tangan.Bila ina buat kerja-kerja rumah seperti memasak okay.Nie bila duduk saja-saja sambil taip entri , kebas pula..Berat rasa lengan kiri ni.

kecil-kecil cili padi... penangan nya. fuuuhhh.

Pentingnya cucuk kancing gigi( copy paste jer) :-

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

 

 

Bagaimana ingin dapatkan   SET KEHAMILAN
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

                          Instagram : Stor_vitaminsemulajadi



Checkup 25 minggu kehamilan



assalamualaikum dan selamat petang..

harini checkup bulanan bagi ibu mengandung,kandungan ina dah memasuki 25weeks.Ini first time tunggu lama di poliklinik,dari jam 8.15pagi.Sampai je klinik, terus pergi bahagian makmal cek urin dan Hb tidak perlu cek minggu ini kerana baru lagi haritu.Pukul 9.30pagi baru la turn ina dipangggil untuk  masuk ke bilik 15 (bilik ni nurse akan timbang berat badan , cek jantung baby dan mengambil bacaan tekanan darah.Kali ini ina kena cucuk untuk kancing gigi.

Berita gembira...

Al-kisahnya~~

Alhamdulillah~~


Selamat tak kena minum air gula.


31Disember 2014 ..berat 50 Kg.( berat mendadak 4kilo dari berat sepatutnya )

6 Januari 2015 ..berat 51.74kg ( masa refer doc dietician )


14 januari (harini) .. Berat turun kepada 50Kg


Notakaki ::: efek Omega guard bsama vitalea + bcomplex + vitamin C + ostematrix niee..


Sebab ubat klinik mmg sy tak mkan.

 

ni la yang ina ambil tue..



 *Omega guard kandungan trimester kedua bole diambil ( start 4bulan )

 

Bagaimana ingin dapatkan   SET KEHAMILAN
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

SMS / WHATSAPP 017-9506861


cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Instagram : Stor_vitaminsemulajadi

Tuesday, January 13, 2015

PETUA ANAK CANTIK,PINTAR

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ini petua bagi mereka inginkan anak cantik,bijak dan pintar yea.. heee.

Dulu masa mengandungkan sara, selalu tengok cite hindustan.Kononnya nak anak cantik macam gitew la kisahnya. Bila tau je suami, kena marah.Katanya buat ape, baik mengaji al - quran( sentap kejap ).. tapi memang betul la kata suami. Kang muka pelakon tak kenan, tapi perangai si artis yang terkenan.Macam mana? tak ke haruuu.. perangai entah apa-apa kan...

 Nie pulak sekarang (trending baby Che Ta yang kiut miut ) ina tengok ramai ibu-ibu mengandung kononnya nak anak sekiut baby Che Ta dengan cara melihat gambar jee.. Ish ish ish, nak kenan le tew.. Emmm... Jom apa kata, kita amalkan surah-surah diatas semasa awal kandungan lagi..Dapat EXTRA pahala lagi tau..



TIPS :

Amalkan membaca surah Luqman, Surah Yusof, Surah Mariam. Selepas tamat solat fardhu selepas salam muka menoleh ke kiri, si ibu hendaklah membaca SubhanaAllah wal hamdulillah waala ilah haiillahlaaAllahu waallahuAkbar, SAMBIL TANGAN KANAN menyapu perut dengan berdoa dalam hati, usapan pertama, Ya Allah sempurnakanlah kandunganku, usapan kedua Ya Allah jika lelaki jadikanlah anak yang soleh, jika perempuan jadikanlah anak yang soleha, dan usapan ketiga Ya ALLAH PERMUDAHKANLAH AKU KETIKA MELAHIRKANNYA. 

 

Disamping itu, selain amalkan surah-surah diatas, boleh juga amalkan SET KEHAMILAN shaklee 

 

 

Bagaimana ingin dapatkan  SET kehamilan

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

 

Monday, January 12, 2015

4 MENU MAKANAN TRIMESTER KEDUA

assalamualaikum..

selamat pagi semua, harini hari pertama persekolahan bagi sesi 2005.Sangat sibuk keadaan didepan rumah, maklumlah jalan utama.Depan rumah pula ada tadika, ina pagi-pagi lagi bawa sara(duduk depan pagar rumah jela)tengok family yang hantar anak pergi sekolah. Anak sendiri lambat lagi sekolah, hihihihi.. sara baru je 2 tahun..

Okay, sekarang ni kandungan ina baru memasuki trimester kedua.So, pemakanan pun sudah kena pertingkatkan lagi bagi perkembangan otak janin dan ina sendiri.

Susu


Segelas susu rendah lemak penuh dengan kalsium dan magnesium. Jika anda tidak makan produk tenusu, pilih makanan soya yang ditambah kalsium, seperti dadih soya, taufu dan tempeh.


Mengekalkan bekalan kalsium dalam badan anda semasa kehamilan membantu perkembangan tulang dan gigi bayi anda.

Bagi mereka yang tidak gemarkan @ tidak mampu menelan susu ina cadangkan anda ambil OSTEMATRIX . Ostematrix ialah tablet pengganti susu. Ia gabungan kalsium magnesium.Ostematrix ni penting tau, untuk masalah sembelit kita kena rawat dari awal.Kalau tidak nanti, semasa berpantang akan jadi buasir kalau dibiarkan.


Disyorkan juga pengambilan OSTEMATRIX sejak Trimester Pertama..Dan pengambilan Ostematrix bantu mengelakkan masalah sembelit ketika mengandung dan berpantang.

Sardin bertin


Lecekkan sardin bertin, termasuk tulangnya yang lembut dan boleh dimakan, pada roti mil penuh yang dibakar. Atau campurkan pada spageti dengan sedikit keju Parmesan dan kacang pain untuk zat besi dan magnesium tambahan.
Pilih sardin dalam minyak atau sos tomato. 


Sardin bertin mengandungi kalsium dan juga minyak omega -3 dan magnesium. Minyak omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak bayi anda.

((Tapi harus diingatkan, sardin dalam tin tidak elok dimakan kerana kandungan gula dan pengawet yang digunakan ..silap-silap boleh naik gula dalam darah.))


Selain sardin, pengambilan minyak ikan (OMEGA GUARD) dari shaklee amat digalakkan bagi perkembangan otak baby dan juga mampu mengawal kolesterol dan masalah berat  ibu mengandung.



Kentang bakar dengan kacang panggang


Kentang bakar dengan kacang panggang merupakan hidangan yang kaya dengan magnesium, zat besi dan serat. 


Magnesium penting untuk perkembangan tulang dan membantu badan anda untuk menukarkan makanan kepada tenaga. 


Zat besi membantu anda untuk membuat sel-sel darah merah bayi anda yang sedang berkembang.


Jika anda perlukan multivitamin semulajadi, anda boleh gantikan dengan VITALEA.Ia lengkap dengan magnesium zat besi, iron.Juga  mampu Memperbaiki tekanan darah rendah.


Buah-buahan kering


Buah-buahan kering seperti aprikot, kurma dan ara mengandungi kalsium dan zat besi, dan merupakan makanan snek yang sesuai disimpan di dalam meja di pejabat. Atau tambahkan yang dicincang pada dadih rendah lemak.



Baca ini : Set Kehamilan Shaklee

Bagaimana ingin dapatkan  SET kehamilan

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Sunday, January 11, 2015

PETUA BETULKAN BAYI SONGSANG DALAM KANDUNGAN

Ada sesetengah bayi yang berada dalam kedudukan songsang di dalam rahim ibu. Keadaan ini tidak perlu dibimbangi jika masih berada pada peringkat awal kehamilan. Kedudukan bayi songsang itu lazimya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan iaitu antara minggu ke-28 hingga minggu ke-32. 


Ikuti 9 cara hindari kelahiran songsang di bawah. Untuk makluman anda, kelahiran songsang akan berlaku sekiranya bayi tidak berpusing ke kedudukan normal dan ia amat berisiko.


 Punca sebenar masalah ini masih belum diketahui tetapi ia sering kali dikaitkan dengan beberapa faktor. 

Antaranya ialah: 


Rahim sudah bersifat anjal akibat kekerapan kelahiran 


Saiz bayi terlalu besar berbanding tulang pinggul anda 


Pernah melahirkan bayi pra-matang di kelahiran terdahulu 


Kekurangan air ketuban Bentuk rahim yang tidak normal


 Mengalami plasenta previa sehingga menutupi laluan untuk bukaan pintu rahim


 Hamil kembar di mana berkemungkinan salah seorang bayi songsang dan mungkin juga kedua-duanya kerana mereka berebut untuk berada di kedudukan yang sepatutnya. 


Istilah songsang bermaksud punggung bayi berada di atas pelvis anda (bawah abdomen) manakala kepalanya pula berada di bahagian atas. 



ECV kaedah membetulkan kedudukan bayi songsang


Terdapat prosedur perubatan yang dilakukan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang ini yang di sebut External Cephalic Version (ECV).

 Prosedur ini biasanya dilakukan pada minggu ke-36 hingga ke-37 usia kandungan. 

Jika ia dilakukan terlalu awal dikhuatiri kedudukan bayi akan kembali songsang dan jika terlalu lambat akan berlaku kesukaran kerana air ketuban telah berkurangan. 

Peratusan kejayaan ECV adalah 50%. Walaupun begitu, tidak semua wanita hamil yang mengalami masalah bayi songsang boleh menjalani prosedur ini. 

Antaranya ialah air ketuban disahkan berkurangan dan pernah menjalani kelahiran secara caesarean sebelum ini. Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan bayi songsang ini selamat, tetapi masih ada risiko yang mungkin timbul.

 Antaranya ialah kelahiran pramatang, tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan atau kecedraan rahim. Disebabkan itulah ramai doktor kurang bersetuju untuk melakukan prosedur ECV ini. 

9 cara yang boleh dilakukan oleh ibu itu sendiri di rumah. Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda memperbetulkan kembali kedudukan bayi kepada kedudukan yang normal. Insha Allah. Selamat mencuba. 


1) Merangkak Luangkan lebih banyak masa berada dalam posisi seperti merangkak. Berada dalam posisi begini graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Cuba ambil sedikit masa untuk lakukannya setiap hari. 

2) Kaedah panas-sejuk Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah pula letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi akan lebih cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba. 

3) Pek ais Letakkan pek ais di atas perut. Lapik perut anda terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini adalah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dan diharapkan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

 4) Berendam di kolam renang Konsepnya sama seperti penggunaan pek ais. Tujuannya adalah untuk menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah. 

5) Menyanyi & bercakap Rakamkan suara ibu menyanyi atau bercakap kepada bayi. Pasangkan berulang kali rakaman tersebut menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

 6) Senaman tilt position Kaedah senaman ini sama seperti ketika anda sedang sujud di dalam solat. Oleh itu, ketika melakukan sujud anda sangat digalakkan melakukannya lebih lama daripada biasa. Disamping itu bolehlah berdoa pada Allah S.W.T agar bayi kembali berada pada kedudukan normal. Menurut pendapat pakar, lakukanlah lebih kurang 20 minit sehari kerana kaedah ini akan membantu kedudukan kepala bayi turun ke bahagian yang sepatutnya.

 7) Lampu suluh Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya adalah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

 8) Pujukan Berbual-buallah dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada pada kedudukan yang betul. 

9) Doa Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat supaya bayi berada di kedudukan normal dan anda boleh melahirkan tanpa komplikasi kelahiran yang lainnya. Suka saya ingatkan di sini semuanya adalah ketentuan dan izin dari-Nya. Sebagai hambanya kita haruslah berusaha dan yakinlah dengan ketetapan dari-Nya adalah yang terbaik untuk kita.


 Semoga ibu-ibu semua selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. 


Ada sesetengah bayi yang berada dalam kedudukan songsang di dalam rahim ibu. Keadaan ini tidak perlu dibimbangi jika masih berada pada peringkat awal kehamilan. Kedudukan bayi songsang itu lazimya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan iaitu antara minggu ke-28 hingga minggu ke-32. 


Ikuti 9 cara hindari kelahiran songsang di bawah. Untuk makluman anda, kelahiran songsang akan berlaku sekiranya bayi tidak berpusing ke kedudukan normal dan ia amat berisiko.


 Punca sebenar masalah ini masih belum diketahui tetapi ia sering kali dikaitkan dengan beberapa faktor. 

Antaranya ialah: 


Rahim sudah bersifat anjal akibat kekerapan kelahiran 


Saiz bayi terlalu besar berbanding tulang pinggul anda 


Pernah melahirkan bayi pra-matang di kelahiran terdahulu 


Kekurangan air ketuban Bentuk rahim yang tidak normal


 Mengalami plasenta previa sehingga menutupi laluan untuk bukaan pintu rahim


 Hamil kembar di mana berkemungkinan salah seorang bayi songsang dan mungkin juga kedua-duanya kerana mereka berebut untuk berada di kedudukan yang sepatutnya. 


Istilah songsang bermaksud punggung bayi berada di atas pelvis anda (bawah abdomen) manakala kepalanya pula berada di bahagian atas. 



ECV kaedah membetulkan kedudukan bayi songsang


Terdapat prosedur perubatan yang dilakukan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang ini yang di sebut External Cephalic Version (ECV).

 Prosedur ini biasanya dilakukan pada minggu ke-36 hingga ke-37 usia kandungan. 

Jika ia dilakukan terlalu awal dikhuatiri kedudukan bayi akan kembali songsang dan jika terlalu lambat akan berlaku kesukaran kerana air ketuban telah berkurangan. 

Peratusan kejayaan ECV adalah 50%. Walaupun begitu, tidak semua wanita hamil yang mengalami masalah bayi songsang boleh menjalani prosedur ini. 

Antaranya ialah air ketuban disahkan berkurangan dan pernah menjalani kelahiran secara caesarean sebelum ini. Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan bayi songsang ini selamat, tetapi masih ada risiko yang mungkin timbul.

 Antaranya ialah kelahiran pramatang, tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan atau kecedraan rahim. Disebabkan itulah ramai doktor kurang bersetuju untuk melakukan prosedur ECV ini. 

9 cara yang boleh dilakukan oleh ibu itu sendiri di rumah. Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda memperbetulkan kembali kedudukan bayi kepada kedudukan yang normal. Insha Allah. Selamat mencuba. 


1) Merangkak Luangkan lebih banyak masa berada dalam posisi seperti merangkak. Berada dalam posisi begini graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Cuba ambil sedikit masa untuk lakukannya setiap hari. 

2) Kaedah panas-sejuk Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah pula letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi akan lebih cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba. 

3) Pek ais Letakkan pek ais di atas perut. Lapik perut anda terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini adalah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dan diharapkan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

 4) Berendam di kolam renang Konsepnya sama seperti penggunaan pek ais. Tujuannya adalah untuk menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah. 

5) Menyanyi & bercakap Rakamkan suara ibu menyanyi atau bercakap kepada bayi. Pasangkan berulang kali rakaman tersebut menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

 6) Senaman tilt position Kaedah senaman ini sama seperti ketika anda sedang sujud di dalam solat. Oleh itu, ketika melakukan sujud anda sangat digalakkan melakukannya lebih lama daripada biasa. Disamping itu bolehlah berdoa pada Allah S.W.T agar bayi kembali berada pada kedudukan normal. Menurut pendapat pakar, lakukanlah lebih kurang 20 minit sehari kerana kaedah ini akan membantu kedudukan kepala bayi turun ke bahagian yang sepatutnya.

 7) Lampu suluh Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya adalah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

 8) Pujukan Berbual-buallah dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada pada kedudukan yang betul. 

9) Doa Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat supaya bayi berada di kedudukan normal dan anda boleh melahirkan tanpa komplikasi kelahiran yang lainnya. Suka saya ingatkan di sini semuanya adalah ketentuan dan izin dari-Nya. Sebagai hambanya kita haruslah berusaha dan yakinlah dengan ketetapan dari-Nya adalah yang terbaik untuk kita.


 Semoga ibu-ibu semua selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. 




Baca ini : Set Kehamilan Shaklee

Bagaimana ingin dapatkan  SET kehamilan

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Saturday, January 10, 2015

PETUA DAN DOA MENAIKKAN URI

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI



Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : 

Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. 

Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.


Teknik pernafasan :

 Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. 

Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.




DOA UNTUK MENAIKKAN URI 






semoga berjaya!

Friday, January 9, 2015

7 SEBAB TERJADI TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum dan selamat malam..

Ini topik panas bagi ibu hamil.Mana tidaknya, rata-rata ibu mengandung semuanya kerap sakit kepala.Betul tak? Ina sendiri pun kerap sakit kepala.Kalau silap makan sikit. Terlebih garam dan berminyak pun tak boleh.Alhamdulillah, sekarang ina dapat selesaikan masalah ini daripada berlanjutan..Ina kawal makan dan menngambil supplemen.

Okay..jom baca entri ini. 


Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamildikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension ketika hamil. Tekanan darah akan sedikit berubah ketika hamil, ini dIsebabkan oleh hormon kehamilan dan progesteron mengendurkan dinding salur darah anda.

 Tekanan darah tinggibagi orang normal ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu hamil tekanan normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Sekiranya tekanan darah melebihi 14o, itu sudah dikategorikan sebagai tinggi.


Tekanan darah tinggi ketika hamil


Bagi ibu – ibu yang mempunyai penyakittekanan darah tinggi ketika hamil, ia boleh menyebabkan berisiko kehilangan bayi, nyawa sendiri dan berat bayi kurang dari bayi yang normal. Terdapat beberapa cara untuk membantu anda mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil.


1) Mengurangkan Makanan Tinggi Sodium & Makanan Segera.
makanan segera



Tahukan anda penyebab utama tekanan darah tinggi ketika hamil adalah berpunca daripada makanan yang tinggi kandungan sodium natrium. Kebiasaannya makanan segera mengandungi sodium natrium yang tinggi. Maka, pastikan anda tidak mengambil makanan segara dengan lebih kerap.


2) Banyakkan Minum Jus Buah




Amalkan minuman berkhasiat ini pada setiap pagi dan malam. Pastikan buah tersebut segar dan kurangkan gula. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil, ianya juga kaya dengan vitamin. Bukan sahaja bagus untuk ibu yang hamil, malah jus buah juga bagus untuk bayi dalam kandungan.


3) Sayur dan Ulam




Ulam seperti tomato, daun sup dan batang sadari bagus diamalkan setiap hari ketika anda ingin menjamu selera. Ini kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi ketika hamil.


4) Air Asam Jawa




asam jawa
Ambil air asam jawa sehari sebanyak 2 kali seminggu. Iaitu siang dan malam. Cara untuk menyediakan air asam jawa ini ialah, ambil air masak 1/2 cawan dan masukkan sedikit pes asam jawa. Selain dapat menurukan tekanan darah tinggi ketika hamil, air asam jawa juga bagus untuk menyejukkan badan, menghilangkan sakit tekak dan batuk.


5) Bersenam



ibu hamil berseman
Membuat senaman ringan bagi mengurangakan tekanan semasa tempoh kehamilan atau tekanan semasa menunggu proses bersalin.


6) Membuat Kerja Dengan Teratur


Keadaan terdesak atau kelam – kabut boleh menyebabkan anda menjadi lebih tertekan. Pastikan tugas harian anda disiapkan dalam keadaan yang tenang. Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja tersebut seorang, maka mintalah bantuan orang yang terdekat. Jangan memaksa diri sehinggakan anda merasa tekanan. Perasaan tertekan atau tekanan kerja akan membuat tekanan darah tinggi ketika hamil menjadi lebih merbahaya.


7) Mengambil Suplemen



Kadang – kadang apa yang anda makan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan anda. Badan anda perlukan vitamin bagi menampung kekurangan vitamin dalam badan. Tapi bukan sebarang vitamin tau, pastikan ianya betul -betul semulajadi seperti dibawah.


Oleh itu saya mencadangkan anda mengambil 2 produk dari shaklee Omega Guard Shaklee
dan Ostematrix Shaklee


.
Adakah 2 produk Shaklee ini sesuai untuk kurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil? Apakah khasiat 2 produk shaklee ini?


i) Omega Guard Shaklee


omega guard
Omega adalah asid lemak, asid lemak tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian.

 Omega Guard Shaklee
terdiri daripada 7 asid lemak omega -3 semulajadi iaitu EPA(Eicosa pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid), ALA dan lain-lain. Satu hidangan Omega Guard Shaklee
(takes 3 capsules) menyediakan lebih kurang 1000mg asid lemak Omega-3.


Fungsi utama Omega Guard Shaklee
adalah :


* mencegah penyakit salur darah dan stroke
* DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
* menuruankan tekanan darah tinggi
* melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar
* membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
* mengelak ketegangan leher atau sakit kepala
* merendahkan kolesterol
* menghindar pembekuan darah di dalam badan
* mengawal masalah obesiti
* mengurangkan risiko penyakit jantung


ii) Ostematrix Shaklee
ostematrix


Ostematrix Shaklee
mengandungiKalsium, Magnesium, Vitamin D, Zinc, Cooper, Manganes dan Boron. Lengkap dengan kehendak keperluan badan anda. Kalsium, Magnesium dan Vitamin D saling memerlukan antara satu sama lain.


Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya. Fungsi dan proses mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular).


Fungsi utama Ostematrix Shaklee
adalah :


* membantu meringankan stress
* mengimbangi tekanan darah
* memelihara denyutan jantung
* impluls saraf, penenang saraf
* menggalakkan tidur yang lena
* memperbaiki jantung berdebar
* depresi
* mood swing
* sakit kepala


 B COMPLEX : 


Asid Folik di dalam vitamin B membantu peredaran darah dengan lebih sempurna dan menurunkan darah dengan semulajadi. Ianya juga dikenali sebagai vitamin anti-stress untuk memberikan mood happy pada ibu mengandung dan membantu menurunkan darah.


Vitamin B shaklee ada B complex, bermaksud iaitu semua jenis vitamin B seperti B1, B2, B3, BD, B12, Biotin dan asid pantotenik tersapat di dalamnya kerana jika anda menngambil vitamin B lain yang hanya mengandungi vitamin seperti B12 dan Biotin sahaja, anda akan kekurangan vitamin B yang lain.


Vitamin B ini juga penting kerana ia menghalang kecacatan tiub neural wanita yang penting semasa kehamilan.


Sustained Realease Vitamin C 


Membantu membuka jalan arteri yang tersekat dans seterusnya menurunkan darah tinggi. Kajian terhadap 200 pengguna yang mengambil vitamin C selama 2 bulan sebanyak 500mg mendapati bahawa darah ia membantu mengurangkan bacaan tekanan darah mereka.



Bagaimana ingin dapatkan  SET DARAH TINGGI (kehamilan)

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 


SAKIT GIGI SEMASA MENGANDUNG

Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?

Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.











Sebelum itu kita kena tahu kenapa ibu hamil mudah mendapat sakit gigi? 





Perubahan hormon 


Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah. 

Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. 

Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. 








Pakar pergigian Klinik Pergigian Dr Anitawati, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.


“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”


Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan bagi masalah ini.



Rawatan gigi




Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. 

Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. 

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga. 




Bagi melegakan kesakitan gigi, ina telah mengamalkan Ostematrix Shaklee.. semasa trimester pertama kehamilan, gigi sangat sakit.Sampaikan air liur asyik menitis saja.. sakit sangat,alhamdulillah.Sakit gigi semakin beransur pulih.Sangat cepat ostematrix ni bertindak!



Ostematrix menyediakan: 

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap 

400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka 

400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium




Bagaimana ingin dapatkan Ostematrix DAN SET KEHAMILAN

SMS / WHATSAPP 017-9506861


cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 


POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...