Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Saturday, December 20, 2014

SELULIT! musuh kecantikan wanita




Apa itu Selulit ??



Dalam istilah perubatan, SELULIT dikenali sebagai adiposis edematosa, dermopanniculosis deformans, status protrusus cutis, atau gynoid lipodystrophy. Selulit adalah tekstur kulit yang menyerupai kulit limau.

Selulit juga boleh dihadapi oleh kaum lelaki,bukan kaum wanita sahaja.Selulit biasanya berlaku di bahagian paha, punggung, ketiak dan perut. Pada umumnya berlakunya selulit di bahagian-bahagian ini kerana timbunan lebihan lemak yang terkumpul antara otot dan kulit.

Selulit di bahagian paha

Selulit di bahagian ketiak

Bagaimana selulit berlaku??


Pembentukan selulit adalah kesan daripada perubahan fisiologi yang berlaku pada lapisan lemak subkutaneus.
Pembentukan selulit dalam badan melalui 3 peringkat atau tahap.

Tahap 1:

Pada tahap ini selulit tidak dapat dikesan kecuali jika anda mencubit bahaian tubuh yang anda rasa terdapat selulit. Selulit yang terbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun jika anda ingin mengetahui sama ada di bahagian tubuh anda mempunyai selulit atau tidak, cubalah cara ini.


Cubit pada bahagian yang disyaki terdapat selulit dengan mengguna ibu jari dan jari telunjuk. Jika kulit anda normal, maka permukaan kulit anda akan kelihatan halus tanpa benjolan. Namun, jika permukaan kulit yang anda cubit tadi terdapat benjolan yang menyerupai kulit limau, maka anda mempunyai selulit.



Tahap 2:

Pada tahap ini, selulit dapat dilihat dalam posisi berdiri. Berlaku perubahan warna pada kulit yang mempunyai selulit. Kulit juga menjadi lebih tebal. Ini kerana pembuluh darah menjadi lemah dan menyebabkan tekanan dan peredaran darah pada bahagian ini tersekat.




Tahap 3:

Pada tahap ini, selulit kelihatan lebih jelas dan boleh dilihat oleh mata kasar. Lapisan lemak yang membengkak menyebabkan lapisan kulit paling luar terbenjol dan mungkin terasa sejuk apabila disentuh. Dalam kes yang lebih teruk, permukaan ini akan terasa sakit apabila disentuh..




Apakah punca selulit??


Antara punca-punca berlakunya selulit:


1. Hormon

Hormon mungkin memainkan peranan penting dalam pembentukan selulit. Perubahan hormon seperti hormon estrogen, insulin , noradrenalin, hormon thyroid dan prolaktin dipercayai sebagai punca pembentukan selulit. Selulit selalunya berlaku di kalnagn wanita yang berumur kerana apabila hormon etsrogen berkurang reseptor pada salur darah semakin kurang berfungsi seterusnya melambatkan pengaliran darah dan menyebabkan kolagen pada kulit tidak menerima oksigen dari aliran darah dan penghasilan kolagen berkurang.

2. Genetik

Gen boleh mempengaruhi pembentukan selulit atau erti kata lain disebabkan keturunan.

3. Diet

Orang yang selalu makan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak, karbohidrat atau garam dan terlalu sedikit serat mungkin mempunyai risiko yang lebih besar untuk pembentukan selulit.

4. Gaya hidup

Pembentukan selulit lazimnya berlaku di kalangan perokok, mereka yang kurang bersenam dan mereka yang duduk atai berdiri dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang lama.

5. Pakaian


Pemakaian pakaian yang ketat boleh mngehadkan pengaliran darah dan menghalang kolagen daripada menerima oksigen dan boleh menyumbang kepada pembentukkan selulit.



Cara-cara dan Tips Atasi Selulit


1. Kurangkan memakan 'junk food'. Ini kerana 'junk food' mengandungi kandungan lemak jahat yang banyak.


2. Banyakkan minum air kosong. Air kosong dapat membantu untuk mengeluarkan toksin dan racun yang terkumpul antara lemak yang termendap.


3. Kurangkan pengambilan gula dan garam yang berlebihan. Kandungan yang terdapat dalam garam boleh menyumbatkan salur pembuluh darah dalam badan. Kandungan gula pulak boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak dalam tubuh dan sukar dibakar.


4. Amalkan vitamin atau supliment. Dengan mengamalkan vitamin atau supliment, secara tidak langsung anda membantu tubuh anda untuk mencegah pembentukan selulit. Vitamin yang sangat baik untuk mencegah selulit ialah vitamin B-Complex, C, E, A dan kalsium.


5. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan rajin melakukan sesuatu yang mengeluarkan peluh seperti bersenam. Ini untuk membantu proses pembakaran lemak-lemak dalam badan dan pembuangan toksin dari dalam badan.


Selain itu anda juga boleh mencuba tips-tips ini...

a. Urutan badan menggunakan minyak zaitun.

b. Menggunakan scrub kopi.

c. Gunakan tumbuhan lidah buaya untuk disapu pada kulit badan.


Cadangan supliment Shaklee...


1. Energising Soy Protein (ESP)

Pengambilan sumber protein membantu untuk meningkatkan kekenyangan dan menyebabkan anda untuk mengambil kurang kalori dan seterusnya mengurangkan pembinaan sel-sel lemak dan mengurangkan masalah selulit. Pengambilan protein yang tinggi juga membantu membina otot.

2. Vitamin E Complex

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang membantu untuk mencegah selulit kerana sifat antioksidannya. Vitamin E juga membantu tubuh untuk menyalurkan oksigen ke lapisan kulit. Lazimnya, vitamin E boleh dijadikan bahan utama dalam krim untuk kulit.

3. Vitamin C Sustained Release 500mg

Vitamin C dapat membantu mencegah selulit kerana perananannya dalam penghasilan kolagen dan berupaya untuk membaiki sel-sel darah merah. Vitamin C juga merupakan antioksidan yangmenjagakulit dari kerosakan dengan menghalang serangan dari radikal bebas. Vitamin C juga dapat mebantu mencegah kedutan.

4. Omega Guard

Omega Guard ialah sumber minyak ikan yang kaya dengan asid-lemak perlu Omega-3. Omega-3 membantu melancarkan peredaran darah dapat membantu mengurangkan pembentukkan selulit. Omega-3 juga membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Dalam erti kata yang lebih mudah Omega-3 ialah pembakar lemak yang baik.


5. Lecithin

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi lemak atau pemecah lemak. Pengambilan Lecithin dapat membantu mencairkan lemak-lemak yang termendap antara kulit dan otot yang menyumbang kepada pembentukkan selulit.


6. Carotomax

Carotomax mengandungi vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin larut lemak dan dapat mencegah selulit kerana ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan protein yang menguatkan struktur kulit. Ia juga membantu untuk menggalakan penghasilan sel-sel dalam badan.

7. Vitamin B Complex

Vitamin B Complex terdiri daripada 10 vitamin bekerja bersama-sama untuk menggalakkan penghasilan sel-sel darah dan tisu yang sihat. Vitamin B2 dan B6 membantu dalam penggunaan protein dan lemak.

Wah...banyaknya cadangan supliment yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mencegah pembentukkan kolagen...
persoalannya perlukah ambik semua ni??
tidak bergantung kepada keadaan anda...

Jika anda sedang mengalami masalah selulit, anda dicadangkan untuk mengurangkan atau dalam erti kata lain ialah membakar lemak-lemak dalam badan anda..


jadi supliment yang sesuai ialah:
- Omega Guard
- Lecithin
- Energising Soy Protein (ESP)

Jika anda sedang berusaha untuk mencegah selulit dari terbentuk supliment yang sesuai ialah:

- Energising Soy Protein
- Vitamin C
- Vitamin E
- Carotomax
- Vitamin B Complex




ps : ermm.. kalau sudah kurus pun, selulit tetap ada tau.. jangan tak tau pulak ye. tak percaya, cuba anda picit kulit sekitar peha,pinggul dan lengan. Amacam?? 


lagi satu individu yang pernah beratnya mencecah 60Kg keatas (overweight)suatu ketika dahulu mesti ada.. kesan selulit tuuu. tak guna jugak kan.. walaupun dah kurus selim melim. Tapi selulit tetap ada.. hanya cantik luaran sahaja.. eerr. ? 



Bagaiamana nak dapatkan Set Selulit @ Atasi selulit ?

sms / whatsapp ke no 017-9506861

kawasan cod : SEKITAR KUANTAN saya hantarkan.. psst! penghantaran pada setiap hari tau. 

postage pula ke seluruh malaysia.




Jom tambah rakan di facebook : Nor Azlina Ina

1 comment: