Friday, November 14, 2014

penyakit Lelah / asma

ya allah, kesiannya..penghidap lelah / asma

ada warga emas,kanak-kanak dan dewasa semua duk beratur di hospital sedut nebulizer tuu.. ish ish.

al-maklumlah,sekarang musim hujan..

Jom, saya ada penyelesaiannya.. saya nak bantu anda sihat tanpa nebulizer @ inhaler..

pm @ whatsapp sy 017-9506861
cod sekitar kuantan

Thursday, November 13, 2014

hebatnya Basic H

Bismillahirahmanirrahim

assalamualaikum..
selamat malam semuanya. Harini dari petang hujan sampai la ke malam, masih hujan.Walaupun hujan renyai-renyai,kami di kuantan masih risau.. Macam tahun lepas sampai tenggelam bandar kuantan.Nauzubillah.. Diharap kali ini,tidak banjir.

Ok, Entri kali ini bukan nak bercerita pasal hujan dan banjir yea..( heeehe.. ).

Ina nak cerita tentang kehebatan Basic H.. ( pencuci  serbaguna )..

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini dinding rumah kena conteng dengan anak (iman). Hendak menangis ( eh..da nangis) bila tengok dinding rumah,sudahlah cat berwarna putih.. habis diconteng nya.Masa tu sampai nangis-nangis ina.. penat dengan alahan lagi. Sangat tertekan. Tiba-tiba teringatkan Basic H didalam tandas.. ( start beli dari tahun lepas..smpai sekarang masih ada separuh.Jarang guna katakan).

Cepat-cepat ina meluru ke dapur, ambil air dan span.. titiskan macam tu saja pada dinding.Gosok secara perlahan.Alhamdulillah..., berjaya! Suami pun tak jadi membebel bila tengok dinding bersih,tanpa contengan.Terkejut gamaknya.. hihihihi.

Antara kegunaan Basic H lain :

▪KEGUNAAN & CARA▪

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia

✔Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet

✔Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet

✔isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)

✔Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya

✔Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya

✔Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan

✔Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya

✔Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau

✔"Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya

✔Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas"

▪UNTUK KECEMASAN : KEGUNAAN & CARA

1. Menghapuskan kutu di atas kepala

✔Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

✔Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya

✔Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)

✔Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi

✔Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)

✔Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau

✔Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah

✔Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya

✔Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Dulu ina pernah basuh luka dengan cecair basic H ni tau, darah terus stop.. Anak demam dulu pun,ina tuamkan dengan basic H jugak.. kebah demam memang cepat.

Bagaimana ingin dapatkan Basic H?

sms / whatsapp ke no 017-9506861

Cod : sekitar kuantan pada setiap hari

pos ke seluruh malaysia

Jom tambah rakan : Nor Azlina Ina
jangan lupa Add tau

Wednesday, November 5, 2014

15 minggu kandungan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Selamat petang~ Uarghhh! penat sangat 2 hari kebelakangan nie.Harini pergi checkup dekat klinik gomen pula.
Al-maklumlah dah lama tidak mengandung ( ngehehehehehe ..,walhal baru je jarak 2 tahun tew ) Semua rasa janggal. Heee.. Lupa dah oiii macam mana checkup semasa mengandung. Emmm..dulu masa iman checkup klinik Desa Indera Mahkota.. Walaupun kecil tempatnya,servis laju la.Tapi tak tahan mulut laser maser nurse disitu... lahaii.
Mengandung kali ini, ina start checkup di Poliklinik beserah ( sebab berpindah disini). Poliklinik nie ramai sangat orangnya,sistem bernombor. Lama giler nak tunggu sampai giliran.. total bilik yang masuk jumpa nurse harini  4 bilik semuanya.

Step By step prosuder

Mula sampai daftar dulu dengan nurse yang bertugas ( booking katanya ), semasa daftar.. nurse tu tengok iman lahir 35week, terus ina tanya samada risiko atau tidak akan berlaku lagi kelahiran premature.. nurse kata besar kemungkinan akan berulang ( yang nie la paling risaunyer.. dulu iman lahir awal sebulan dari EDD ).Selepas selesai daftar buku merah terus pergi ke makmal untuk ambil darah. Banyak jugak laa darah diambil 5ml..[ heee, seram la.Lama dah tidak kena ambil darah nie ] Nurse tu cakap uratku lari sebab isi tidak banyak. [ Kurus hokey ]. Nasib baik tidak sesakit masuk wad tu yang masuk air garam. Darah diambil sebanyak 5ml untuk pemeriksaan HIV,malaria dan satu lagi lau tidak silap HcG kot.
Sesudah cek darah, step seterusnya kena pergi test Urin ( untuk mengetahui samada kandungan urin ibu hamil mengandugi protein @ gula dalam air kencing ). Setelah selesai, giliran seterusnya dipanggil oleh Sister dalam bilik tersebut ( tekanan darah , breast kena check [kot kot ada ketulan ke ape] dan berat semasa turut diambil kira.
Next checkup 2minggu pula dari tarikh harini... checkup bersama doktor. 

Sekian.. checkup ina di poliklinik.

( sambil-sambil pergi klinik,sempat lagi ku menyelit flyers shaklee di celahan wiper kereta disitu )

( gambar garam kat bawah tu, kliniki beri.. memang terkejut la masa mula tadi.Ingatkan nurse nak suruh minum air garam ke apa.. rupenyer garam tu bole dmakan seisi keluarga..letak dalam masakan.Untuk elak penyakit beguk katanya)

kisah ina semasa bleeding :jemput baca
miracle :allahuakbar! sujud syukur
 

Ingin dapatkan produk shaklee?
sms / whatsapp 017-9506861
kawasan COD : sekitar kuantan pada setiap hari.
Jom tambah rakan : Nor Azlina Ina
buku merah..
 garam berIODIN.. elak penyakit beguk kata nurse. Sesuai utk seisi keluarga.. hanya taburkan dalam makanan selepas makanan masak.

Saturday, November 1, 2014

Check up 3 bulan

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum.. selamat petang semua.

Harini Jadual tersangat padat..Penat~

Appointment 1/11/2014

Alhamdulillah, kandungan semakin membesar.Pagi-pagi lagi..(ehh, separuh pagi laa, tuptap tuptap bersiap smpai la jam 930pagi baru sampai ke klinik)
Check-up pertama utk kandungan 3bulan. Alhamdulillah skali lagi, segala puji bagi allah.. keadaan ina semakin sihat.Alahan hilang, cuma bukan setiap pagi & malam muntah2.Selera makan kini bertambah.. cuma berat 46kg je. ( normal kata doktor )

Sampai Giliran

Ketika nama dipanggil doktor, ina nervous gitew.. rasa macam nak kena bedah je.( hahaaha, sebab tengok pesakit tu kendong baby yang baru lahir .., sebenarnya rasa takut nak bersalin tu masih berbaki.Yealah, trauma kes doktor Htaa silap jahit )

Pengalaman 1st time checkup private

Ina sebenarnya bukan apa,ini kali pertama tau duk checkup dengan private ( bukan niat nak berlagak.. tapi ina ada special kes , itu yang refer sini ) Ina berurusan dengan klinik W.Y.ko.. layanannya mesra dan paling penting doktor nie bertaraf pakar ( bukan pakar-pakar biasa, nie special skit..) ina bagi 5 bintang untuk kepakarannya.Bukan tidak pernah pergi specialist lain,tapi yang nie memang bagus sangat-sangat.Doktor nie pandai handle kes ina. Doktor lain yang ina pergi KMC dan klinik biasa ( sarahana ).. hmmm. Faham-faham la..

Scan 3 bulan

Kali nie, nampak baby bergerak dalam perut ina. Seronok sangat~~ nampak tangan dia gerak-gerak.. baby dalam posisi duduk masa scan tadi.Nie Pertama kalinya,ina scan.. ( masa mengandungkan si iman, ina tak buat scan details sebab tiada masalah.Lagipun scan dekat klinik desa .. )
Uri semua okay, air ketuban pun tiada masalah ~ alhamdulillah.Next checkup 29/11/2014 pula. Kandungan 4bulan doktor kata sudah boleh tengok jantina (haisss~ berdebar - debar mama menanti)

Okay.. Next entri. Hiiihi

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...