Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Tuesday, October 14, 2014

Hari Gaji a.k.a BONUS

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum WBT~~


Hari BONUS shaklee

Salam tengahari semuanyer.Alhamdulillah~  Sukanyer, harini 14 Oktober 2014, bermakna bonus shaklee sudah masuk..( Shaklee akan bayar ontime tau.. kalo 14hb hari sabtu, makanya 13hb shaklee dah bank in pada kita ) Bonus nie hasil kita berpenat lelah dengan menjual produk shaklee. Untung masuk shaklee nie, mudah sangat nak dapatkan Income dari 2 angka sehingga laa 4angka..  yang dapat 5 angka sebulan pun ada.






Bukan MLM tindas menindas


Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 


Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal). 


2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 


Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah. 


3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 


Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja. 


4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 


Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter. 


5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. 


Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna. 


6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. 


Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?. 


7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat. 


8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan. 


9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. 


Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga. 


Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu? 


Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. 


Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.

CREDIT :wafiqulya.blogspot.com


Ini baru lah dikatakan MLM menepati selera ina ( sebelum nie ina perrnah buat MLM, jual macam nak mati.. banyak sangat jual, tapi bulan ke tiga ina merajuk dah, iyalah.. orang atas cakap payment BONUS ina dapat next month.Dahlah ina seorang surirumah..,,bergantung harap hanya pada jualan bulan lepas je.. tuptup bonus tak dapat. Nasib la Allah tunjukkan jalan, ina tak jadi berdaftar bawah si Polan.. ( masa tu, hanya ahli biasa .., kalo jaadi stokis RM 3000 melayang, itu sekali stok lah.. em, sebenarnya sudah 2 orang yang offer ina duduk bawah dorang ). Jualan susah sikit nak jalan kalau produk tuu, sekarang ni produk tu slow sangat.. Dengar cite, si polan yang ajak ina bisnes tu pun, sudah bertukar bisnes. Tak larat laaa, asyik topup stok Rm 3000 Setiap bulan..



Pendaftaran Ahli SHAKLEE


Yang nie ina suka, dulu hajat ina nak jadi pengguna biasa jelakan.Sebab ina ada masalah penyusuan.Anak baru 7bulan, susu badan kering. Dari sini la ina bermula, sebab pendaftaran keahlian murah sangat RMM 75.00 je.. seumur hidup pulak tu,lagi tak payah renew pun.Apalah la sangat, nak bayar RM 75 tu.. ( akan dapat starter kit bag yang  dalamnya mengandungi buku manual bisnes,pricelist,Pnr dalam bisnes dan buku resit ) Tiada paksaan untuk berbisnes,jika anda rasa nak income lebih.. cuba-cuba lah berniaga. Ina start online dulu, dekat facebook dan instagram. Alhamdulillah,, ramai rupenyer pengguna setia shaklee dan pasaran shaklee amat luas sebenarnya. 





ni pulak untuk order online.. 





jOM DAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE sekarang!!! bukan setakat dapat harga ahli je tau.. Bonus pun masuk.

hubungi ina di talian 017-9506861 @ sms / whatsapp 


No comments:

Post a Comment