Tuesday, September 30, 2014

Doa ketika Hamil

Doa semasa hamil

– Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Friday, September 26, 2014

Allahuakbar! Indahnya kurniaanMu

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum
Sudah lama ina dah Tak update blog nie, hmm.. Bergema agaknyer kalau menjerit.Hihihi..
Hari ini (jumaat..26.9.2014) baru terasa nak update blog.. Alhamdulillah..,Ina rasa sihat sikit dari sebelum sebelumnya..emosi okay.Stabil.. Dan ina masih lagi dalam keadaan terkejut.Terkejut???? Jeng jeng jeng..
Al-kisahnya... Sinopsis dari entri berikutnya.Sabtu lepas,Bleeding stop terus ina bergegas ke WyKo..iaitu klinik perbidanan ala-ala hospital bersalin la.Ina sudah bersedia masa tu,ina serahkan kepada Qada' dan Qadar yang tiada rezeki nak hamil kandungan kedua.

SAMPAI  GILIRAN

Lebih kurang setengah jam menunggu,nama dipanggil dan terus masuk ke bilik doktor..doktor WY.Ko berumur lebih kurang 40++ an terus dia tanya sudah berapa minggu kandungan ( masa tu, kami suami isteri menjawab dengan nada sedih.. 7minggu kandungan) ,selepas itu doktor tanya bila last miss period dan doktor terus scan perut.

Allah Maha Besar!! Allahurabbi

Dengan kepakarannya, sekejap aje doktor dapat detect kandungan ku.. Katanya, baby okay. Jantung normal. Kami suami isteri.. Hampir menjerit kegembiraan,Lebih-lebih lagi suami.. Ina hampir nak sujud tanda syukur ( masa ni,hanya allah saja yang tau perasaan kami suami isteri.. Sebab HTAA dan KMC sendiri sahkan kandungan ina sudah mengecut sebab heartbeat tiada ) Doktor KMC sendiri pun,Pakar O & G iaitu Dr Suriati Bt sulong menyarankan ina buat D n C terus pada hari yang sama.Tapi kami suami isteri tidak benarkan,seandainya baby lambat ada heartbeat.. ( firasat kami sebagai ibu bapa memang kuat mengatakan baby masih boleh survive) . 

  KECUAIAN @ KELALAIAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG DOKTOR

Apabila kami cerita kisah doktor HTAA dan KMC suruh D n C (cuci kandungan), Alangkah terkejutnya Doktor WYko.. Katanya mereka sangat cuai dalam melakukan tugas.Doktor WYko berkata,kemungkinan peralatan yang digunakan tidak canggih.Selepas ini,next appointment 5hb Oktober 2014..iaitu sehari sebelum hari raya haji.Diharap tiada lagi masalah.
*Sampai ke saat sekarang,ina sangat fobia dengan kedua hospital..serik untuk buat sebarang appointment disitu
Assalamualaikum.. Sekian coretan ina setakat ini.

Sunday, September 14, 2014

Jom Rebut Set Tambah Berat..

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum dan selamat petang kepada viewers blog ina.. Ina baru je selesai minum petang,minum kopi cicah biskut kering ( menu orang berpantang )

Untuk pengetahuan anda semua, Sempena Bulan September ini, ina sedang mencari 20 Orang yang berhasrat ingin Menambah Berat Badan atau Mereka yang mempunyai masalah Kurang Berat Badan...20 orang je tau. Taknak lebih- lebih,ina nak bantu mereka untuk memiliki Set Tambah Berat badan..

Baca Link ini : Khasiat Set Tambah Berat Badan

Dah baca..Okay. Berminat tak? Cepat- cepat hubungi ina sekarang..

Sms / whatsapp / telegram 017-9506861

Bole add Ina di Facebook : Nor Azlina Ina

Seluruh Malaysia ina akan pos menggunakan GDex @ Poslaju

Cod sekitar Kuantan
* penghantaran pada setiap hari.

Monday, September 8, 2014

5 CARA MUDAH HAMIL MENGIKUT ISLAM


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum.. harini  terpanggil untuk berkongsi tips mudah hamil secara islam.. pasangan yang lama berumah tangga sudah tentu sekali berkeinginan memiliki zuriat. Apatah lagi anak sendiri. Betul?? ok.. jom baca..



AMALAN YANG BOLEH DIAMALKAN

1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.


2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.


3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.


4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.


5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan..Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.


Amalan pertama.


Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Allahuakbar!!! bertubi-tubi whatsapp dan Pm customer masuk bertanyakan set kesuburan .. 

Sambil sambil kita mengamalkan cara mengikut Islam..
ina syorkan kepada anda juga dengan mengambil vitamin tambahan untuk kesuburan.
Ina juga mengamalkan SET KESUBURAN ini juga.. dan alhamdulillah, ina disahkan hamil 6 minggu. Ini adalah ikhtiar ina dengan set kesuburan shaklee. . juga dengan IzinNya juga.


Bagaimana ingin mendapatkan SET KESUBURAN ?

hubungi ina 0179506861 @ sms / whatsapp 


add ina di facebook : Nor Azlina Ina

cod sekitar Kuantan ( setiap hari penghantaran produk shaklee )

Yang diluar kuantan,jangan gusar... ina boleh poskan aje . Melalui GDex @ Poslaju



Wednesday, September 3, 2014

Kejang dan kehamilan

Xnak ulangi lagi...

Dulu semasa mengandungkan iman.. kena simpul biawak.

Kalo X tengah malam, subuh kena.

Dulu menjerit tengah2 malam.. Sampaikan suami yg tengah nyenyak tidur kat sebelah pun panik.Iyela.. kot kena sampuk tengah2 malam ke kan.

Bila kandungan semakin membesar,makin lah kerap kena serangan simpul biawak.memang sakit wooo~ mereka2 yg telah rasa. Pasti tau mcm mn azabnya.

So,xnak kena simpul biawak ke setok karong .. boleh telan 4tablet OstematriX. Esok pagi.. badan terasa fresh.. tidur pun lena.

Notakaki :: simpul biawak @ setok karong ialah kejang kaki..

Bagaimana nak dapatkan produk shaklee??

Sms @ whatsapp ina segera di.talian 0179506861

Tuesday, September 2, 2014

Boleh tak ibu mengandung nak makan durian??

Ya, dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.

nasib tak jadi pape masa mengandungkan iman.. ina curi-curi makan dekat rumah mak.. cik suami n mil memang tak bagi kalau ikutkan. Tapi tekak terasa sangat nak makan.Waktu tu nak nangis bila suami tak bagi makan. Bila makan, hujung ulas durian aje makan.

Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini. 

Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai samada durian selamat dimakan semasa hamil. Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat. Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat tradisional.

bagaimana nak dapatkan set kehamilan  shaklee?

terus hubungi ina ditalian 017-9506861 @ sms / whatsapp utk fast respon..

cod sekitar kuantan.. *penghantaran secara cod pada setiap hari*

seluruh malaysia saya pos menggunakan khidmat poslaju / GDex

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...