Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Friday, July 4, 2014

vision boardku.. impianku bersama shaklee

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum ..salam sahur. Makan apa ea sahur? Ina makan roti + Esp + performance drink aje.. mesti korang tertanya - tanya, kenyang ke makan tu? Ehh, sape cakap tak kenyang? Lagi lagi Esp, kan protein.Mengenyangkan perut lagi tau,tambah pulak ESP.. hmm memang tak dahaga langsung siang hari. Lebih-lebih lagi ina breastfeed,lagi laaaa perlukan leebih tenaga. Teringat tahun lepas.Berpuasa siang hari, rasa nak pitam.. nasib la dah petang waktu tu..(Kusss, semangat.. kalo tak dah rugi.terpaksa berbuka)Sebab tau je lah, anak BF..  dugaan memang mencabar. 

Okay, berbalik pada tajuk entri ina. Ni nak cerita pasal VB (vision Board).. iaitu Papan Impian(ehhh, pelik?) Iyalah.. Setiap orang mesti ada Impian aka Papan Impian kita sendiri untuk mencapai kejayaan.Bila keinginan seseorang yang berkehendakkan sesuatu dia pasti berusaha ke arah itu. Jom baca kisah ina disebalik kejayaan.

   
   Saya Nor Azlina Bt Mohd Ali , saya bukan siapa-siapa , jauh sekali anak orang kaya atau anak Dato. Saya hanyalah seorang surirumah sepenuh masa..yang memiliki segulung sijil Spm sahaja. Selepas habis SPM, ina sambung belajar di Institut Latihan Perindustrian dalam bidang Elektronik.Ternyata tidak membuahkan hasil,kerana tidak meminati bidang tersebut.

  Kini baru ku sedar, bidang eletronik bukanlah minatku.Tapi ada satu kekuatan dalam diri ini, Satu perasaan yang luarbiasa tentang perniagaan.Bila sebut je bisnes,rasa seronok je ( terutamanya dapat bantu orang untuk lebih sihat dan menambah kenalan : pelanggan, saya anggap macam kawan ) . 


Dan paling penting saya ada impian,impian saya sangat besar.Saya harus balas jasa kedua ibu bapa dngan membawa mereka pergi umrah pada tahun 2015 iaitu pada bulan december.Juga ingin gembantu mereka dari segi kewangan dengan menghantar wang dikampung sebanyak RM 1000 sebulan.Saya tau duit tidak boleh dibeli dengan kebahagiaan.Tetapi itulah yang saya inginkan selama ini.Selama mereka ada didunia, harus saya balas segalanya,


Seterusnya  ingin meringankan beban suami dari segi kewangan.Dalam zaman kini,semuanya memerlukan duit (Pendek kata, nak Berak pun kena bayar...erk). Saya nak bantu suami dengan membayar sewa rumah sebanyak RM 550 sebulan.Dengan keadaan rumah sewa yang uzur,Impian juga ingin membeli sebuah rumah teres berkembar dari hasil bonus shaklee pada tahun 2017 (januari. )


  Selain dari itu juga,impian ina ialah memiliki sebuah kereta idaman (Toyota Vios ..latest. colour hitam,sport rim 18 ..tayar Yokohama..,body kemas je.. menggoda mataku.Meleleh ayak liuq ).Nak pandu sendiri hantar barang customer.Yang ada sekarang,hanyalah pak kancil.(Alhamdulillah).

Oh,yaa.. Ini pun salah satu impian ina jugak.. sedekah dan infaq. Nak sangat-sangat infaq kan harta pada anak yatim.sebab.. rezeki yang kita miliki  juga adalah sebahagian dari mereka.


Alhamdulillah..selesai sudah Vision Board ina..



No comments:

Post a Comment