Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Wednesday, January 22, 2014

imanbeautystore : penyebab jerawat

Jerawat di wajah adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat gangguan pada kelenjar-kelenjar sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit anda.

Biasanya kelenjar ini akan menghasilkan jumlah minyak yang mencukupi untuk menjaga kulit anda supaya sihat,berkilat dan muda.

sebaceous glandRembesan minyak berlebihan yang dikeluarkan oleh kelenjar minyak menyebabkan kulit jerawat.

Hormon DHT penyebab munculnya jerawat


Kehadiran hormon DHT(dihydro testosterone) 
menyebabkan kelenjar ini menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan .Hasil akibat kenaikan hormon DHT menyebabkan rangsangan berlebihan kepada kelenjar minyak dan minyak ini berkumpul dalam liang dan akhirnya liang itu tersumbat, menyebabkan anda berjerawat.
DHT adalah punca Jerawat lelaki dan wanita pada sebarang usia.

Muka bersih dari jerawat

free acne
Jerawat di muka tidak mengenal kulit. Ia memberi kesan kepada semua peringkat umur,bangsa,status sosioekonomi dan jantina semasa hayat mereka.
Masalah jerawat muka tidak mengancam nyawa anda, tetapi anda akan bersetuju jika anda mengalami jerawat yang teruk ia akan mengubah penampilan dan harga diri. Ia akan meninggalkan kesan parut pada permukaan kulit dan iai menimbulkan kesan yang agak memalukan terutama wanita.
Malangnya, pengetahuan tentang jerawat adalah terhad. Memahami punca-punca merupakan satu komponen penting dalam kejayaan mencegah, merawat untuk jerawat.
Jerawat boleh dilihat di bahagian muka, leher, dada atau belakang anda. Pada asasnya ia membengkak dengan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun benjol merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.
Umumnya, masalah jerawat muka anda berlaku kerana proses radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jangkitan ini berlaku apabila liang tersumbat. Jika liang tersumbat itu tertutup, ia menjadi whiteheads, tetapi jika liang itu masih terbuka, ia menjadi satu blackheads- noda hitam jerawat. Anda mungkin mempunyai jerawat ringan dan tidak berlaku keradangan kulit dan sekali-sekala terjadi whiteheads dan bintik hitam(blackheads). Radang jerawat berlaku apabila whiteheads dijangkiti dengan bakteria dan membengkak, menghasilkan jerawat dan pustul. Malangnya, kadangkala anda berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk keradangannya mengakibatkan sista dan pustul. Keadaan ini mungkin memerlukan rawatan oleh seorang pakar kulit atau aestetik(antiaging) untuk menghalang parut yang mencacatkan.

Faktor faktor penyebab timbulnya jerawat

Faktor timbulnya jerawat anda sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria.
Kulit jerawat menimpa seawal usia remaja anda yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron (DHT) di dalam kulit. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris.
Ada kalanya anda akan mendengar masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.
Resdung adalah sejenis alahan. Simptom resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat. Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan
Apabila anda menggaru kulit muka dengan kuku, barulah ia menjadi punca akibat timbulnya jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka anda. oleh itu anda tidak boleh beranggapan dengan merawat resdung masalah jerawat anda akan terhapus.

Jenis-jenis jerawat-gambar

acne type

Macam macam jenis jerawat

  • Whiteheads-jenis jerawat yang kekal dibawah permukaan kulit
  • Blackheads-jerawat timbul ke permukaan kulit dan kehitaman
  • Papul-benjol kecil berwarna merah jambu,mungkin sakit jika disentuh
  • Pustul-berwarna kemerahan dipangkal dan bernanh di bahagian atas
  • Nodul-jerawat besar dan padu,menyakitkan,terdapat dibawah kulit
  • Sista(jerawat dalam )-jerawat bernanah yang dalam,menyakitkan dan meninggalkan parut.

BERIKUT merupakan set cadangan shaklee
Set Kecantikan:


1.  B complex(120tablet)-untuk mengatasi kulit kering, mengawal jerawat dan menaikkan seri muka, ala-ala "glowing" gitu.

2. Vitamin C (180tablet)- meningkatkan pembentukkan kolagen, mengahalang kedutan, mencerahkan kulit dan mencegah pigmen terbentuk.

3.Vitamin E (120tablet) - anti penuaan, mencerahkan kulit dan membantu menghilang kan parut.
Ketiga-tiga vitamin ni merupakan vitamin wajib yang perlu anda ambil untuk mencantikkan diri dari dalam.


Jika ada budget, boleh la add on,

a. Alfafa complex (330tablet) - masalah jerawat yang teruk(mencuci dalaman
 badan)
b.ESP-memudarkan parut, membantu menghasilkan sel-sel kulit baru dengan cepat

c.GLA COMPLEX (60SOFTGEL)-mengurangkan jeragat

bagi yang ade masalah seperti :

i.Jerawat yang teruk - anda di galakkan mengambil Alfafa + ESP
ii.Masalah jeragat - GLA+ ESP
iii.Kulit kusan dan tak sekata - ESP


hubungi saya sekarang 017-9506861 (whatsap @ sms sahaja)


No comments:

Post a Comment