Tuesday, January 7, 2014

FUNGSI VITAMIN C SELAIN KECANTIKAN


 BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..
Assalamualaikum..

Hotnyer jualan vitamin C pada kali ini,, mana taknya. Sorang beli 2botol, ada yang angkut 4botol... Hmm,macam pelik kan ?? Jom kita lihat,fungsi VITAMIN C selain dari untuk kecantikan..

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari* jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. *Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam *merawat luka dan badan* kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk*bina kolagen,* struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

*2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai *anti-histamin yang berkesan* dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga*mengawal alergi yang menyebabkan demam.* Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida (contoh : buah epal..,kalo kita kupas kulit perasan tak, buahnya menjadi lebam?? haaa,,itu lah yang dinamakan antioksida..)
Vitamin C adalah *anti-oksida* yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi *kesan tekanan oksidatif*atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti*"atherosclerosis"* yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

*4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh *merendahkan tekanan darah tinggi* dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan *saluran darah mengembang dengan baik.*Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
 
*6. Keracunan plumbum. 
Vitamin C membantu mengurangkan*kadar plumbum dalam darah secara mendadak *Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan *masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak.* Orang dewasa pula akan mengalami *kegagalan buah pinggang* dan *tekanan darah tinggi*jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk *kurus* dan*mengekalkan berat yg ideal.* Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh*mengurangkan berat badan. *Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh*merendahkan paras insulin,*disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai *bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi*tekanan* dengan *mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol* yang tinggi.

*9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan *Vitamin C* untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan *katarak*, di mana kanta mata menjadi* lebih legap,*menyebabkan penglihatan *kabur* dan boleh jadi *buta* dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh *menghalang katarak *dan *meningkatkan aliran darah ke mata. *1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

*10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh *melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi*seterusnya *mengelak dari barah*untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan *fungsi imunisasi badan* dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan* risiko terkena semua jenis barah* termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi *meningkatkan fungsi imun badan *supaya boleh melawan sel barah.

*11. Tenaga.
Vitamin C *mengimbangkan sistem dalam badan* dalam apa jua keadaan. Ia membantu *penghasilan dopamine dalam sistem saraf *serta membantu fungsi *adrenal *dalam *meningkatkan tenaga* dalam badan

*12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan *menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri *yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan *kolestrol teroksida,*kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok

*13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana*Vitamin C mengawal paras gula* dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan*mengawal komplikasi diabetes.

*14. Asma Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai *risiko terkena asma*. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh *mengurangkan penghasilan histamin* dalam badan yang menyebabkan keradangan.

*15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C *melindungi kulit dari radikal bebas* yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari *radiasi ultraungu* dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan *kesan "sun burn"* disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan *barah kulit* untuk jangka masa panjang

*16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen"hydroxyproline" dan "hydroxylysine," 2 elemen untuk mengikat *molekul yang menghasilkan kolagen. *Ia menyebabkan kulit jadi *gebu* dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen *melembapkan kulit dari dalam* dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

*17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk*menggantikan tisu yang rosak*sekaligus *menyembuhkan luka*dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan*keanjalan kulit* dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

*18. Melindungi dari perubahan warna kulit*
Vitamin C *melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia* yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama *penghasilan melanoma*(masalah kulit).
Vitamin C juga *mencerahkan kulit*dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
*19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C*membantu sistem aliran darah.*Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C *memperbaiki rupa dan tekstur kulit.*
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel *mengekalkan kelembapan*, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

*20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut*
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut*mengurangkan pembentukan radikal *bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai*rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C *membantu melawan bakteria atas kulit kepala.* Ia*membuang kelemumur* dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk*mengurangkan rambut gugur* dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

*23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu *meningkatkan aliran darah* dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan*rambut yang kuat dan lebat.

*24. Melawan Masalah Rambut*
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan "*alopecia*" dan*masalah botak bagi lelaki.

*25. Mengelak dari Uban*
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur

Bagaimana Untuk dapatkan vitamin C shaklee??
sms / whatsapp 017-9506861
Add facebook : Nor Azlina Ina
Instagram : Storvitaminsid
Pengeposan keseluruh malaysia.

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...