Saturday, January 25, 2014

K E J A N G WAKTU H A M I L

*Mengapa kaki saya kejang semasa mengandung?*

Sebab utama kaki kejang ketika mengandung tidak dapat dipastikan, mungkin sebab otot kaki si ibu mengalami *keletihan*, tambahan pula perlu membawa beban berlebihan.

Ada kemungkinan juga kaki kejang berlaku kerana *rahim yang membesar menyempitkan pembuluh darah *yang membawa darah dari jantung ke kaki, serta menyekat saraf ke kaki. Kekejangan kaki biasa terjadi pada *trimester kedua kehamilan* dan ke atas biasanya apabila perut semakin besar. Ia juga biasa terjadi waktu siang, namun* lebih kerap terjadi waktu malam* dan sering ganggu tidur kita.

*Bagaimana saya boleh mengelakkan kejang kaki ?*

Ibu-ibu hamil boleh mencuba tips ini untuk mengelakkan kejang kaki.

[✔]  Elakkan berdiri atau duduk dengan *kaki bersilang* untuk jangka masa yang lama .
[✔]  *Regangkan otot* betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .
[✔]  *Memusing buku lali *dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV.
[✔]  *Berjalan-jalan* setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
[✔]  *Elakkan terlalu letih* . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.
[✔]  *Minum air dengan kerap* untuk sentiasa terhidrat.
[✔]  Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.

*Apa yang perlu saya lakukan ketika kaki kejang?*

Apabila kaki kejang, anda perlu *cepat-cepat lurus kan kaki* dan betis,*goyangkan jari-jari kaki* ke depan dan kebelakang beberapa kali. Ia memang menyakitkan pada mulanya, tetapi kesakitan akan beransur hilang.

Anda juga boleh melegakan kejang kaki dengan mengurut kaki serta meletakkan botol yang mengandungi air suam/ panas bagi melegakan otot yang kejang

*Adakah vitamin yang boleh mengatasi kejang kaki?*

Ada pendapat yang menyatakan bahawa kejang kaki adalah disebabkan kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan, namun kesahihannya masih belum dapat dibuktikan.

Ostematrix dari Shaklee mampu membantu *mengelakkan kejang kaki kepada wanita hamil *dan mengandung. Ia memberi bekalan kalsium dan magnesium untuk badan terutama kepada wanita hamil. Kandungan Vitamin D yang terdapat dalam Ostematrix membantu*penyerapan kalsium *kepada tulang.

Hubungi 017-9506861 sms / whatsapp

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...