Thursday, January 16, 2014

BISUL

bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan olehbakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otakbuah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.
Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan. Bagaimanapun, apabila pembedahan membabitkan kawasan berisiko tinggi (seperti otak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau digunakan sebagai pilihan terakhir. Penyingkiran nanah dari bisul paru-paru boleh dilakukan dengan meletakkan pesakit pada kedudukan yang membolehkan nanah dikeluarkan melalui saluran pernafasan respiratory tract. Selepas pembedahan untuk membuang nanah, antibiotik biasanya diberikan untuk mengawal jangkitan. Demah dan meninggikan anggota badan mungkin berguna untuk bisul kulit.
Nanah Perianal terdapat pada pesakit dengan Penyakit Buasir (inflammatory bowel disease)Penyakit Crohn, atau penyakit kencing manis. Sering bisul akan bermula sebagai luka dalaman disebabkan oleh ulser atau najis keras. Luka ini biasanya berjangkit akibat kehadiran najis dalam kawasan dubur (rectal), dan menjadi bisul. Ia sering hadir sebagai tisu bengkak pada dubur yang membesar dan menjadi semakin bertambah sakit.


Bagi mengatasi masalah bisul,, saya cadangkan supaya anda mengambil ALFALFA COMPLEX..ia berfungsi sebagai agen penuci darah.. bila darah sudah bersih,, tiada lagi bisul tumbuh..

hubungi saya sekarang 017-9506861 whatsapp @ sms

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...