Wednesday, December 31, 2014

Trimester Kedua Yang menakjubkan

assalamualaikum..

selamat petang kepada pengunjung blog ina.Hee,, alhamdulillah ..segala puji  bagi allah  yang memberi kesihatan berpanjangan kandungan kali ke - dua ini.Alhamdulillah juga, kali ini masalah keputihan tiada lagi macam kandungan pertama ( kalau ikutkan sekarang, masa trimester kedua keputihan sudah bertukar warna dan kerap terkena simpul biawak aka cramp ).

Menjengah masuk ke trimester ke dua juga, memang terasa seolah olah bukan mengandung.Sebab fasa alahan (loya dan muntah) sudah habis,mengidam pun sudah berlalu (sampaikan ina makan pisang goreng tak ingat dunia,, belasah sampai RM 10 ringgit untuk ina seorang,lastnya mengidap sakit kepala selama tiga hari berturut..hukhukhuk.




Ibu Mengandung di trimester kedua akan mengalami:

[Perut yang semakin membesar] 

 Perkembangan janin yang membesar telah membuat saiz perut ibu hamil kian membesar bagi mengimbangi pertambahan ukuran dan berat rahim. Setiap bulan berat ibu hamil akan bertambah sekitar 2kg

[Badan sering lelah dan pening]

 Pembuluh darah akan melebar kerana perubahan hormon dan menyebabkan jantung bekerja keras menyalurkan darah lebih banyak untuk mengisinya. Apabila tubuh kurang cergas dan letih, jantung menjadi tidak stabil dan darah tidak dapat disalurkan secukupnya yang akan mengakibatkan pening kepala. Ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak berdiri atau duduk statik terlalu lama. Cuba lakukan sedikit pergerakan bagi mengelakkan darah tidak sampai ke otak.

[Buah dada yang membesar].

 Kelenjar susu yang semakin membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progesteron membuat payudara ibu hamil tampak membesar, berat payudara yang bertambah ini menyumbangkan lebih kurang 1/2 kg untuk berat badan, yang akan menambah 2 kali ukuran cup bra yang sedang ibu hamil pakai sekarang

[Pergerakan pada bahagian bawah perut].

 Pergerakan ini diperlukan untuk memperkuat rahim ibu mengandung semasa tempoh mengandungkan si comel. Tidak ada waktu yang tepat bila pergerakan ini terjadi. Ia tidak menyebabkan rasa sakit. Kalau ada rasa pelik dan pergerakan yang luar biasa sila hubungi doktor dengan segera.

[Perubahan warna kulit]

 Dengan meningkatnya peredaran darah dalam tubuh, ibu mengandung akan berasa lebih sihat. Perubahan warna kulit akan berlaku terutama pada sekitar puting susu (areola). Warnanya menjadi lebih gelap daripada sebelumnya. Kulit wajah ibu mengandung akan menjadi lebih cantik dan berseri-seri.

[Kejang pada kaki]

Tekanan dari rahim kepada pembuluh darah utama menuju kaki membuat darah mengalir kembali ke arah kaki. Ini akan menyebabkan kejang.
Perut kembung dan sakit. Pada trimester kedua kehamilan proses pencernaan menjadi agak lambat dari kebiasaannya. Apa yang bagusnya ia dapat membuatkan segala nutrisi diserap secara lebih maksimum. Yang tak bestnya ibu hamil akan rasa tidak selesa pada perut dan menyebabkan kembung. Untuk atasi masalah ini disarankan ibu mengandung lebih kerap makan. Jangan makan terlalu banyak. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Makanlah makanan yang mengandungi banyak serat dan jangan lupa untuk minum banyak air.

[Nafas menjadi lebih pendek]

 Paru-paru pada ibu hamil bertindak dengan lebih cepat selari dengan pergerakan otot jantung untuk membekalkan oksigen yang lebih banyak. Ini akan menyebabkan tugasan paru-paru meningkat dan nafas menjadi lebih pendek.

[Masalah membuang air kecil]

 Perubahan hormon akan membuat pembuangan air kecil kadang kala tidak lancar. Sementara rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan kepada pundi kencing. Ibu hamil dinasihatkan supaya tidak menahan kencing dan menjaga kebersihan vagina untuk mengelakkan bakteria masuk ke liang vagina.


Dan yang paling syok trimester kedua, ina sudah dapat merasai pergerakan baby..Ohhh~~ indahnya.Start dari kandungan 19minggu tapi masa tu seolah olah ada rama-rama kecil dalam perut tau(memang tidak perasan sangat).Sekarang kandungan 23minggu, setiap malam kandungan aktif menendang.Sangat aktif.. sampaikan sara (anak pertama) tidur berpeluk dengan ina pun kena tendang.



                                       Jom dapatkan Set Kehamilan 

Bagaimana ingin dapatkan Set Kehamilan?

sms / whatsapp 0179506861

cod sekitar Kuantan pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina
Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy

merawat GHOUT













FAKTA: Golongan berisiko

Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

Wanita putus haid

Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. 

Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.



4 PERINGKAT GOUT



Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat;

 -asimptomatik (tiada simptom), 

-akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.


interkritikal
kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.


Tofus
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.




BAGAIMANA GOUT BOLEH BERLAKU?


~Tekanan/Stress: 

 terbukti memberi kesan negatif pada badan dengan pengurangan mineral dan nutrisi serta peningkatan pengeluaran adrenalin dan hormon tekanan/stress (steroid). Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam darah dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi.

~Tabiat Makan: 

 makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makanan yang diproses akan melemahkan sistem penghadaman, yang dengan itu melemahkan sistem imun dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Makanan yang menyebabkan gout ialah makanan yang berasid. Contohnya seperti kopi segera, sos, kicap, buah masam dan berwarna kuning, jeruk, minuman bergas, makanan ringan, mee segera dan sebagainya.

~Berat badan:

 Berat badan yang melebihi. Umum mengetahui berat badan boleh menjadi faktor utama punca pelbagai penyakit. Kalori yang masuk, jika tidak digunakan dalam bentuk tenaga yang sama dengan jumlah kalori yang keluar, boleh menyebabkan kegemukan.

~Gula: 

Gula terutamanya gula yang diproses menjadi produk hiliran lain. Contohnya, gula kapas, gula putih, halwa dll. Terlalu banyak gula akan menyebabkan keradangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui termasuk gout.

~Antibiotik: 

 Antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh sistem kesihatan. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan mikroorganisma sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Ramai juga yang mengambil antibiotik akhirnya menderita dengan sistem imun yang lemah akibat pergantungan kepada antibiotik tersebut.

~Merokok: 

Akan menyebabkan kadar urik asid bertambah di dalam darah serta mengurangkan pengaliran gas oksigen yang mencukupi untuk meneutralkan darah.

~Glucagon: 

 Peranan ini dimainkan oleh pankreas melalui rembesan glucagon. Glucagon berfungsi untuk menukarkan karbohidrat dan lemak menjadi tenaga. Bahan yang tinggi urik asid semuanya akan ditukarkan menjadi lemak dan kandungannya yang banyak didalam darah menjadikan glucagon tidak dapat dirembeskan secara mencukupi. Akibatnya glucagon tidak dapat dirembeskan sepenuhnya. Percubaan pankreas untuk merembeskan glucagon secara berterusan akan melemahkan pankreas. Baki urik asid yang berlebihan akan terkumpul yang menimbulkan masalah kesihatan termasuk potensi gout.



~Pemikiran/Perasaan: 

 Pemikiran yang negatif terutama berkaitan dengan "keperihatinan" seperti ambil berat, cemburu, ,dengki, khianat, hasad dan sebagainya. Sifat negatif akan mengganggu proses rembesan semulajadi jus-jus pankreas termasuk glucagon.


Antara makanan yang harus dielakkan:



Makanan laut;

 ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

Daging merah

Cendawan

Yis (roti putih, roti manis)

Vitamin Shaklee mampu menyelesaikan masalah ghout anda...

Performance Drink (PD) 

– untuk atasi dehidrasi badan supaya asid urik boleh sentiasa diproses keluar.

Alfalfa

 – alfalfa untuk detox dgn pengambilan air yang banyak atau dgn bantuan PD (bagi yang kurang minum air). Ia juga menghasilkan reaksi alkali dalam darah serta merupakan sumber potasium yang baik seperti kentang.

Omegaguard

 – mengelakkan radang sendi.


Joint Health Tablet 

- memberi keselesaan kepada sendi

TESTIMONI GHOUT




Bagaimana ingin Order set GHOUT shaklee


sms : 013-9331855
whatsapp :  017-9506861
cod : sekitar Kuantan pada setiap hari..

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina
Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy

5 kesan Stress kepada kehamilan



Seperti yang anda semua tahu, stress adalah kebiasaan didalam kehidupan. Tetapi ia perlu dikawal terutamanya semasa ibu sedang hamil. Ini kerana ia akan memberikan kesan kesihatan terhadap anak didalam kandungan. 

Tahukah anda apakah kesannya??


Kebiasaannya, anak yang dilahirkan dalam keadaan stress akan mengalami masalah lemah sistem pertahanan badan. Penyakit akan menjadi bahaya walaupun penyakit itu sebenarnya jika dihadapi oleh kanak-kanak normal adalah tidak terlalu bahaya.


Selain daripada itu, ibu yang stress ketika hamil juga akan memberi kesan terhadap IQ anak mereka. Pemikiran anak yang bakal dilahirkan mungkin akan menjadi lemah dan mungkin juga akan mengalami masalah mental. Kesan emosi ibu yang terganggu juga sebenarnya turut memberi kesan kepada anak. Ada juga sesetengah pakar turut berpendapat bahawa masalah anak yang dilahirkan menjadi terlalu aktif disebabkan ibu mereka stress ketika hamil.


Dan akhir sekali, kesan yang mungkin dihadapi terhadap anak mereka adalah penyakit asma. Mengikut kajian, punca utama asma bukan lagi disebabkan oleh faktor keturunan, tetapi disebabkan faktor ibu mereka mengalami stress semasa hamil.


Jadi, nasihat top5 untuk pasangan yang akan menimang cahaya mata tu, suami jagala isteri anda elok-elok ok. Jangan bagi isteri stress. Kalau boleh semua kerja suami yang buat. Kalau suami tak mampu buat, minta persetujuan isteri untuk cari pembantu. Bagitaula isteri niat sebenar tak nak bagi mereka stress.


okay.. sekian sahaja Entri kali ini..

Jom baca artikel ini : Pentingnya supplemen untuk ibu hamil


Bagaimana ingin Order set kehamilan shaklee


sms : 013-9331855
whatsapp : 016-9232988 / 017-9506861


cod : sekitar Kuantan pada setiap hari..



Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy

Tuesday, December 30, 2014

Kepentingan supplemen bagi ibu Hamil

ASSALAMUALAIKUM..
selamat malam semuaa,mata tak boleh tidur pula.Walhal,esok ada appointment dengan Klinik kesihatan untuk check up kandungan,sekarang dah 23minggu. Nie ina excited nak bercerita pasal keperluan supplemen tambahan bagi ibu hamil.. jom tengok..




Vita-lea Iron formula :

 Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


B complex :

 lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


Vitamin C :

 membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh


Ostematrix : 

kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.


Energizing Soy Protein : 

rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3


OMEGA GUARD


Minyak ikan penting untuk penglihatan awal bayi di samping perkembangan otak bayi. 


Minyak ikan seperti Omega Guard diformulasikan lebih baik daripada jenama lain di pasaran.


Bagaimana ingin dapatkan set ( kehamilan )

sms : 013-9331855
             whatsapp : 016-9232988 


                                  cod sekitar kuantan pada setiap hari..

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina



Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Cara Tangani Diabetes ketika Hamil

Risiko Ibu hamil yang mengalami kencing manis perlu mengawal paras gula dalam darah dan perlu sentiasa berada dalam pemantauan doktor pakar. Rawatan susulan mesti dibuat dengan doktor pakar. Kencing manis semasa hamil boleh menyebabkan kesan-kesan negatif kepada kandungan seperti kematian fetus (intra uterine death), bayi besar (macrsomia), air ketuban yang banyak (polyhydramnion), kelahiran preterm dan respiratory distress syndrome. 






PUNCA 

Punca Diabetes Antara punca diabetes ketika hamil ialah faktor usia. Semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi risiko untuknya mendapat penyakit kencing manis. Penyakit ini semakin menular disebabkan oleh faktor obesiti yang disebabkan pengambilan makanan yang tidak terkawal.

Dari segi pemakanan, pesakit diabetes atau mereka yang berisiko mendapat penyakit ini perlu menghadkan pengambilan karbohidrat dan makanan yang diproses. Namun ini tidak bermakna mereka berhenti mengambilnya secara terus, sebaliknya lakukan secara berperingkat. Pengambilan makanan jenis-jenis lain seperti protein dan lemak dibolehkan seperti biasa tetapi dengan syarat hadkan unsur-unsur makanan yang berkarbohidrat. 

Bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, usah bimbang untuk menghadkan pengambilan karbohidrat kerana ia tidak menjejaskan penghasilan susu ibu. Apa yang penting anda perlu faham yang anda perlu hadkan pengambilan bukan berhenti terus. Pastikan anda bersenam dengan kerap iaitu tiga hingga 5 kali seminggu dan sekurang-kurangnya senaman yang mengeluarkan peluh selama setengah jam sekali.


Panduan Menu untuk Diabetes 

Sarapan Pagi:

 Sebiji Telur Satu atau dua keping roti serat toast bersama 2% susu rendah lemak Snek .

sebelum lunch 

2% susu dengan dua hidangan biskut kering bersama air Makan Tengah Hari Sandwich ayam, ikan tuna dengan tomato lettuce, epal saiz serdehana dengan 2% susu dan air 

Makan Malam 

Ayam (bahagian dada), salad, roti serat bersama 2% susu, epal saiz sedehana Snek Satu keping roti serat dengan ayam atau keju, 2% susu



Bagaimana ingin dapatkan set Diabetes ( kehamilan )

sms : 013-9331855 

                                                   whatsapp : 016-9232988 

                                          cod sekitar kuantan pada setiap hari..



Petanda Buasir dan cara merawat

assalamualaikum dan selamat petang.. dari semalam duk fikir kesian bagi mereka yang mempunyai masalah buasir nie. (sebab teringat kawan yang ada masalah buasir ni lah, mana tidak kesiannya.. masa zaman sekolah dulu.. dia siap terpaksa bercuti panjang sebab masalah buasir.. Pergi hospital check. Doktor masukkan sesuatu alat melalui dubur untuk pantau dalaman.. ya allah,bayangkn betapa sakit)..



okay-okay..jom kita tengok apa itu buasir dan cara tangani macamana yea..



apa itu buasir?

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak. Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.


Jenis-jenis Buasir


Buasir dalaman


1. buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.


2. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. 


3. titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


Buasir Luaran


1. Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. 


2.Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.






{ 4 Peringkat Tahap keseriusan Buasir }






TAHAP 1:
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.


TAHAP 2 :
Disebabkan pergerakan usus,bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam saluran dubur.


TAHAP 3 :
Keadaan yg sama seperti Tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah ditolak masuk dalam secara fizikal.


TAHAP 4 :
Darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah utk meneran .Buasir akan berada diluar kawasan dubur.



[ FAKTOR dan PENYEBAB BUASIR ]


Regangan yg melampau ketika pergerakan usus @ ketika sembelit.
cirit Birit yang kronik.


kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.


Mengandung atau Bersalin.


awas! Ibu hamil.. 



Buasir sering juga terjadi kepada ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar didalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga mnyebabkan buasir



[ TANDA TANDA BUASIR ]


rasa sakit yang berdenyut denyut.

pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.

Darah menitis dan tersembur keluar dari dubur.

Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengakibatkan kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.Bengkak Ini terjadi selepas membuang air besar.Kadangkala dalam tempoh sementara,kurang sakit tetapi ada rasa gatal.


Pencegahan

Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 



Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 



SET CADANGAN BUASIR SHAKLEE



OMEGA GUARD

Baik untuk sendi dan otot
Mengecutkan otot yang bengkak

OSTEMATRIX

Mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar .
 memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka  bahagian dubur.

ZINC COMPLEX 

disarankan kepada pesakit buasir
membantu menyembuhkan luka di  bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.



Apa kata Testimoni ::











Bagaimana ingin dapatkan set Buasir?

sms : 013-9331855

whatsapp : 016-9232988 / 017-9506861


cod sekitar Kuantan pada setiap hari
*Sekitar Pelindung boleh self pick up di rumah saya..heeehe.

Pengeposan ke seluruh malaysia 


Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Monday, December 22, 2014

Faktor Haid Tidak Tetap

Punca Haid Tidak Teratur


KEGEMUKAN

- berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.


KEHAMILAN 

- haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/


BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN
- hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.


TERLALU KURUS
- tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.


 MASALAH KESIHATAN
- sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.


MENOPAUS
- ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.


 PENCEGAH HAMIL
- pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.


TEKANAN/STRESS
- stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.


 PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!


TERSILAP PENGIRAAN
- 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.


 MASALAH TYROID
- hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.


UBAT-UBATAN 
- jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


Cadangan ina bagi mereka yang mempunyai masalah haid tidak teratur dengan mengambil GLA COMPLEX..

TESTIMONI haid tidak teratur





Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :


· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.


Bagaimana Ingin dapatkan Gla complex?

sms / whatsapp 017-9506861

cod sekitar Kuantan pada setiap hari.

postage ke seluruh malaysia

Set Family Wellness

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Harini ina nak kenalkan pada anda diluar sana kelebihan SET FAMILY WELLNESS ini.
SET ini juga sangat sesuai diamalkan seisi keluarga..terutamanya kepada mereka yang kerap demam, yang antibodi selalu lemah.. kerap dijangkiti selesema/batuk.Mudah Penat dan aktif .

Jom kenali FUNGSI setiap vitamin-vitamin yang ada dalam FAMILY WELLNESS SET ini:






1. Energizing Soy Protein - ESP


* Awet muda - asid amino membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit
* Baik untuk hormon, merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko oesteoporosis dan sakit jantung
* Baik untuk prostat
* Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
* Mengurangkan kedutan
* Agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
* Percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
* Membekalkan tenaga dengan segera
* Membaiki pigmentasi
* Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

2. Vita-Lea Iron Formula


* Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
* Pelengkap nutrisi
* Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
* Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
* Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
* Membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
* Menjaga kesihatan tiroid
* Melindungi fungsi buah pinggang




3. B-Complex


* Menukarkan makanan kepada tenaga
* Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
* Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
* Membantu tumbesaran
* Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
* Baik untuk mata
* Mencegah anemia
* Merawat sakit kepala, migrain, pening, lemah semangat, keletihan, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
* Meredakan senggugut
* Mencegah kerekahan mulut

* Detoksifikasi - meredakan alahan


4. VITAMIN C 


* Meningkatkan sistem imun
* Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
* Mencantikkan kulit
* Memperbaiki insomnia
* Mengekalkan kolesterols sihat


Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?

Jika anda IBU MENYUSU : Add-on Alfalfa dan Ostematrix
Jika anda IBU HAMIL : Add-on Ostematrix
Jika anda ada PERMASALAHAN KULIT : Add-on Vitamin E atau GLA
Jika anda IBU BERPANTANG : Add-on Zink



Bagaimana Ingin dapatkan SET FAMILY WELLNESS?

Sms / Whatsapp 017-9506861

cod sekitar Kuantan
*penghantaran pada setiap hari


Postage ke seluruh malaysia.


jom tambah rakan di facebook : Nor Azlina

Saturday, December 20, 2014

SELULIT! musuh kecantikan wanita




Apa itu Selulit ??



Dalam istilah perubatan, SELULIT dikenali sebagai adiposis edematosa, dermopanniculosis deformans, status protrusus cutis, atau gynoid lipodystrophy. Selulit adalah tekstur kulit yang menyerupai kulit limau.

Selulit juga boleh dihadapi oleh kaum lelaki,bukan kaum wanita sahaja.Selulit biasanya berlaku di bahagian paha, punggung, ketiak dan perut. Pada umumnya berlakunya selulit di bahagian-bahagian ini kerana timbunan lebihan lemak yang terkumpul antara otot dan kulit.

Selulit di bahagian paha

Selulit di bahagian ketiak

Bagaimana selulit berlaku??


Pembentukan selulit adalah kesan daripada perubahan fisiologi yang berlaku pada lapisan lemak subkutaneus.
Pembentukan selulit dalam badan melalui 3 peringkat atau tahap.

Tahap 1:

Pada tahap ini selulit tidak dapat dikesan kecuali jika anda mencubit bahaian tubuh yang anda rasa terdapat selulit. Selulit yang terbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun jika anda ingin mengetahui sama ada di bahagian tubuh anda mempunyai selulit atau tidak, cubalah cara ini.


Cubit pada bahagian yang disyaki terdapat selulit dengan mengguna ibu jari dan jari telunjuk. Jika kulit anda normal, maka permukaan kulit anda akan kelihatan halus tanpa benjolan. Namun, jika permukaan kulit yang anda cubit tadi terdapat benjolan yang menyerupai kulit limau, maka anda mempunyai selulit.



Tahap 2:

Pada tahap ini, selulit dapat dilihat dalam posisi berdiri. Berlaku perubahan warna pada kulit yang mempunyai selulit. Kulit juga menjadi lebih tebal. Ini kerana pembuluh darah menjadi lemah dan menyebabkan tekanan dan peredaran darah pada bahagian ini tersekat.




Tahap 3:

Pada tahap ini, selulit kelihatan lebih jelas dan boleh dilihat oleh mata kasar. Lapisan lemak yang membengkak menyebabkan lapisan kulit paling luar terbenjol dan mungkin terasa sejuk apabila disentuh. Dalam kes yang lebih teruk, permukaan ini akan terasa sakit apabila disentuh..




Apakah punca selulit??


Antara punca-punca berlakunya selulit:


1. Hormon

Hormon mungkin memainkan peranan penting dalam pembentukan selulit. Perubahan hormon seperti hormon estrogen, insulin , noradrenalin, hormon thyroid dan prolaktin dipercayai sebagai punca pembentukan selulit. Selulit selalunya berlaku di kalnagn wanita yang berumur kerana apabila hormon etsrogen berkurang reseptor pada salur darah semakin kurang berfungsi seterusnya melambatkan pengaliran darah dan menyebabkan kolagen pada kulit tidak menerima oksigen dari aliran darah dan penghasilan kolagen berkurang.

2. Genetik

Gen boleh mempengaruhi pembentukan selulit atau erti kata lain disebabkan keturunan.

3. Diet

Orang yang selalu makan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak, karbohidrat atau garam dan terlalu sedikit serat mungkin mempunyai risiko yang lebih besar untuk pembentukan selulit.

4. Gaya hidup

Pembentukan selulit lazimnya berlaku di kalangan perokok, mereka yang kurang bersenam dan mereka yang duduk atai berdiri dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang lama.

5. Pakaian


Pemakaian pakaian yang ketat boleh mngehadkan pengaliran darah dan menghalang kolagen daripada menerima oksigen dan boleh menyumbang kepada pembentukkan selulit.



Cara-cara dan Tips Atasi Selulit


1. Kurangkan memakan 'junk food'. Ini kerana 'junk food' mengandungi kandungan lemak jahat yang banyak.


2. Banyakkan minum air kosong. Air kosong dapat membantu untuk mengeluarkan toksin dan racun yang terkumpul antara lemak yang termendap.


3. Kurangkan pengambilan gula dan garam yang berlebihan. Kandungan yang terdapat dalam garam boleh menyumbatkan salur pembuluh darah dalam badan. Kandungan gula pulak boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak dalam tubuh dan sukar dibakar.


4. Amalkan vitamin atau supliment. Dengan mengamalkan vitamin atau supliment, secara tidak langsung anda membantu tubuh anda untuk mencegah pembentukan selulit. Vitamin yang sangat baik untuk mencegah selulit ialah vitamin B-Complex, C, E, A dan kalsium.


5. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan rajin melakukan sesuatu yang mengeluarkan peluh seperti bersenam. Ini untuk membantu proses pembakaran lemak-lemak dalam badan dan pembuangan toksin dari dalam badan.


Selain itu anda juga boleh mencuba tips-tips ini...

a. Urutan badan menggunakan minyak zaitun.

b. Menggunakan scrub kopi.

c. Gunakan tumbuhan lidah buaya untuk disapu pada kulit badan.


Cadangan supliment Shaklee...


1. Energising Soy Protein (ESP)

Pengambilan sumber protein membantu untuk meningkatkan kekenyangan dan menyebabkan anda untuk mengambil kurang kalori dan seterusnya mengurangkan pembinaan sel-sel lemak dan mengurangkan masalah selulit. Pengambilan protein yang tinggi juga membantu membina otot.

2. Vitamin E Complex

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang membantu untuk mencegah selulit kerana sifat antioksidannya. Vitamin E juga membantu tubuh untuk menyalurkan oksigen ke lapisan kulit. Lazimnya, vitamin E boleh dijadikan bahan utama dalam krim untuk kulit.

3. Vitamin C Sustained Release 500mg

Vitamin C dapat membantu mencegah selulit kerana perananannya dalam penghasilan kolagen dan berupaya untuk membaiki sel-sel darah merah. Vitamin C juga merupakan antioksidan yangmenjagakulit dari kerosakan dengan menghalang serangan dari radikal bebas. Vitamin C juga dapat mebantu mencegah kedutan.

4. Omega Guard

Omega Guard ialah sumber minyak ikan yang kaya dengan asid-lemak perlu Omega-3. Omega-3 membantu melancarkan peredaran darah dapat membantu mengurangkan pembentukkan selulit. Omega-3 juga membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Dalam erti kata yang lebih mudah Omega-3 ialah pembakar lemak yang baik.


5. Lecithin

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi lemak atau pemecah lemak. Pengambilan Lecithin dapat membantu mencairkan lemak-lemak yang termendap antara kulit dan otot yang menyumbang kepada pembentukkan selulit.


6. Carotomax

Carotomax mengandungi vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin larut lemak dan dapat mencegah selulit kerana ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan protein yang menguatkan struktur kulit. Ia juga membantu untuk menggalakan penghasilan sel-sel dalam badan.

7. Vitamin B Complex

Vitamin B Complex terdiri daripada 10 vitamin bekerja bersama-sama untuk menggalakkan penghasilan sel-sel darah dan tisu yang sihat. Vitamin B2 dan B6 membantu dalam penggunaan protein dan lemak.

Wah...banyaknya cadangan supliment yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mencegah pembentukkan kolagen...
persoalannya perlukah ambik semua ni??
tidak bergantung kepada keadaan anda...

Jika anda sedang mengalami masalah selulit, anda dicadangkan untuk mengurangkan atau dalam erti kata lain ialah membakar lemak-lemak dalam badan anda..


jadi supliment yang sesuai ialah:
- Omega Guard
- Lecithin
- Energising Soy Protein (ESP)

Jika anda sedang berusaha untuk mencegah selulit dari terbentuk supliment yang sesuai ialah:

- Energising Soy Protein
- Vitamin C
- Vitamin E
- Carotomax
- Vitamin B Complex




ps : ermm.. kalau sudah kurus pun, selulit tetap ada tau.. jangan tak tau pulak ye. tak percaya, cuba anda picit kulit sekitar peha,pinggul dan lengan. Amacam?? 


lagi satu individu yang pernah beratnya mencecah 60Kg keatas (overweight)suatu ketika dahulu mesti ada.. kesan selulit tuuu. tak guna jugak kan.. walaupun dah kurus selim melim. Tapi selulit tetap ada.. hanya cantik luaran sahaja.. eerr. ? 



Bagaiamana nak dapatkan Set Selulit @ Atasi selulit ?

sms / whatsapp ke no 017-9506861

kawasan cod : SEKITAR KUANTAN saya hantarkan.. psst! penghantaran pada setiap hari tau. 

postage pula ke seluruh malaysia.




Jom tambah rakan di facebook : Nor Azlina Ina

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...