Monday, December 30, 2013

KURANG BERAT BADAN .. TERLALU KURUS

iklan sebentar :


BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum wbt~~ selamat pagi..selamat datang tahun 2014 . Pastinya tahun baru ini,,setiap orang ingin lakukan transformasi keatas diri sendiri.Saya percaya.. Mungkin Tahun ini,,berat badan melebihi Berat Ideal.& Yg kurus..terlalu kurus. Nak berhadapan dengan orang ramai pun naik segan.Betul Tak??  Entri kali ini yang ingin dikupas ialah  Kekurangan Berat Badan.. cth : Bawah 45Kg..itu dalam kategori kurus.Terlalu kurus,,amat berbahaya kepada kesihatan.

Jika wanita mengimpikan bentuk tubuh yang langsing,kaum lelaki pula mengidamkan tubuh yang sasa,Tegap sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung Kaum Hawa.Namun tak semua memperoleh bentuk tubuh ini.
Ada yang bertubuh gempal dan ada juga yang kurus melidi hingga termasuk dalam kategori kurang berat badan Tubuh yang kurus ditambah pula dengan tinggi lampai membuat anda tidak seimbang dan tidak gagah perkasa.Sebenarnya keadaan tubuh sebegini,jangan dipandang ringan kerana masalah kurang masalah berat badan membawa kepada komplikasi beberapa penyakit.

JOM~~ LIHAT KENAPA PUNCA - PUNCA KURANG BERAT

1. METABOLISME YG TINGGI (METABOLIC DISORDER)
Seseorang yg mempumyai kadar metabolisme yg tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan.Ini disebabkan oleh kesan Hyperthyroidism.Komplikasi ini mungkin terjadi secara semulajadi  @ dsebabkan komplikasi drp penyakit2 lain.

2. Ubat ubatan
Pengambilan ubat ubatan juga menjadi punca berlakunya kurang berat badan.Ubat ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yg dicipta utk menjadi kurus.Elakkn pengambilan ubat yg mengandungi stimulan. Ambil jika hanya jika perlu sahaja.

3. Penyakit kronik (sama ada didiagnosis @ belum)
Bagi sesiapa yg mempunyai penyakit penyakit kronik,anda berpeluang utk mempunyai berat badan yang kurang.Antara penyakit kronik yg boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis,sakit jantung,keradangan (pada sistem pencernaan),penyakit pada organ pencernaan,mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan ,HIV @ AIDs

4. Masalah Psikologi

Dari segi psikologi,mereka yg mungkin menghidapi Bulimia iaitu mengeluarkan semula makanan yang telah diambil dengan apa cara jua sekalipun.
Manakala,kurangnya berat badan boleh terjadi disebabkan anda mengalami Anoreksia iaitu gejala kurang nafsu @ kurang berselera pada makanan kerana masalah psikologi.Tekanan perasaan @ Stress juga boleh menyebabkan penyusutan berat badan sehingga berat badan menjadi susut secara mendadak.


5. Gaya Hidup

Gaya pemakanan yg X sihat dan seimbang turut membawa kepada kurangnya berat badan ,antaranya makan tidak mengikut waktu dan kuramg mengambil makanan berkalori.
Selain itu tabiat merokok di kalangan lelaki juga myebabkan masalah ini berlaku.Kandungan nikotin dalam rokok menjadikan tahap kelaparan berkurangan dan menyebabkan anda menjadi ketagih utk merokok seterusnya tidak berselera utk makan.


6. Faktor Genetik
Kekurangan berat badan juga boleh diwarisi.Ada sesetengah individu mewarisi saiz daripada keturunan mereka.Berdasarkan faktor genetik,usaha utk menambah berat badan harus dilipat gandakan..Bagi anda yg kurang berat badan tetapi mewarisi masalah perut buncit daripada keturunan.Anda perlulah berhati hati dengan risiko terhadap penyakit penyakit lain.

GEJALA GEJALA KURANG BERAT BADAN.

» KELETIHAN : Sentiasa mengalami keletihan berpanjangan walaupun mendapat tidur yg secukupnya.


» KURANG STAMINA BERAT BADAN

: Anda akan kelihatan tidak bermaya serta cepat penat walaupun melakukan kerja ringan.


» KURANG IMUNISASI BADAN : Mudah dijangkiti penyakit spt mudah demam ,selsema,sering sakit kepala & juga lemah badan.

» KURANG BERAT BADAN : Penurunan berat badan secara mendadak walaupun berselera utk makan.


No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...