Tuesday, September 26, 2017

PANDANGAN IKHLAS : mengenai Blogger Pantai Timur

blogger pantai timur
Alhamdulillah.. sejak ina di masukkan ke group whatsapp Blogger Pantai Timur ni kan. Banyak perubahan berlaku pada hidup ina.Semuanya yang positif .Alhamdulillah.Waktu waktu  terluang ina dengan banyak manfaat disini.

Group ditubuhkan

Ditubuhkan oleh seorang blogger yang berasal dari Kedah dan kini menetap di kelantan.Juga seorang ibu dan isteri dan seorang blogger  dan designer secara sepenuh masa di sishawa.com .
Turut berkobalarasi dengan  blogger  pokucu    


Tujuan Utama

Menyatu padukan antara blogger blogger pantai timur termasuklah dari kuantan ( ina sendiri dan sis Lea azleya )  .    Dan lain lain (Terengganu dan kelantan) :  shalimar, sis gee, zukidin,Ciknor,Cik Ash,abejaq,nashram,kakyong, pokucudotcom,cikayuni,Rabia dan ramai lagi.Kebanyakan dari mereka ini blogger dari kelantan yang kini berhijrah ke bandar bandar metropolitan mengikut suami dan kerjaya masing masing. Ada juga yang masih bujang ..blogger aira.. hihihi.Sorry..terpromote.


Tidak KEDEKUT ILMU

Alhamdulillah, didalam group ini.Ahlinya cukup ramah tamah.Masing masing berkongsi ilmu dan tips sepanjang menjadi blogger.Ina yang mendengar pelbagai tips blogging, jana pendapatan melalui blogger.Semuanya tiptop.Arghh...


MESRA


 Terasa amat selesa dan lega pabila dikurniakan kumpulan sebegini.Kami sebagai ahli di dalam kumpulan whatsapp harmoni dan ber aura positif. Masing masing memberi dan saling bertukar buah fikiran..pelbagai topik yang dibualkan.Ibarat kami di dalam kumpulan seperti sudah mengenali antara satu sama lain. Kami juga sering memberi kata kata semangat antara satu sama lain..ehehe. 

PELBAGAI LATAR BELAKANG

Dalam kumpulan whatsapp ni,kami berlainan latar belakang.Ada yang bekerjaya (guru,kerja bank dan lain lain..eheheh,bab ni ina segan nak bertanya lebih.Mungkin ada yang sensitif dalam hal ini). Ada juga student dan suri rumah tangga seperti ina,sis awa dan sis gee.. heee.


Kesimpulannya.. banyak input yang bermanfaat ada disini. Dari ina kosong mengenai dunia blogging, tips adsense dan mengenai dunia blogger.

Korang ada ke dari pantai timur yang nak join jugak? meh meh..

Monday, September 25, 2017

DONAT Lembut (TANPA TELUR)

Donat tanpa telur..sesuai bagi mereka yang alergik telur


Bahan - Bahan:

2 cawan tepung high protin
1 1/2sudu Besar Marjerin
11gm Yis (ina guna jenama SAF..brand mauripan sedikit berbau)
1/2 sudu Besar Water Roux
Air sejuk (ina tuang air tu ikut lembut doh sampai boleh uli dan tak melekat di tangan)

Cara cara Buat Donat:

1.satukan yis + gula bersama air suam biarkan (untuk hidupkan yis.. tunggu yis berbuih).
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung , marjerin , water roux , yis
3. Gaulkan bahan diatas sampai rata..
4.Bila bahan sudah sebati...masukkan air sejuk ikut doh.Jangan tuang semua air tu..
5.Uli gunakan tangan..kuasa kuda...(tips: sila hempuk hempuk doh tu..pastikan letak dalam plastik bersih..baru hempuk.Libas macam mak mak kita basuh baju tuu..insyallah,lama uli..lebih lembut dan gebus donatnyaa...)
6.Bulat bulatkan @ gunakan acuan donat.. siap bentuk,pastikan donat korang direhatkan sebentar.Paling cepat 15minit boleeee.
6. Panaskan kuali.Pastikan minyak betul panas dan goreng..

Tips:
**balikkan hanya sekali donat (untuk elak donat serap minyak)

Tips buat WATER ROUX:
✔✔50gm tepung gandum
✔✔250ml air masak
(Satukan bahan diatas dan pukul sehingga bahan bersatu

**masakkan atas api..sehinga berkilat..

***3hari sahaja penyimpanan water roux.. selebihnya expired.


Cara buat Gula Donat:
✔✔kisar gula kasar sehingga hancur
atau boleh beli gula macam ina tu. Cari di bakery.. dusting sugar. Mahal la sikit..


donat macam macam

Tuesday, August 15, 2017

7 TIPS PUPUK MINAT MEMBACA BUKU




terlebih dahulu nak bagi kredit To : ALYA LYNA

Ina nak kongsi beberapa tips untuk membaca buku dari Austin Kleon bagi sesiapa yang ingin membaca lebih banyak buku pada setiap tahun.

1. Jauhkan telefon pintar (atau gajet lain) dari anda ketika mahu mula membaca.

2. Sediakan bajet khusus untuk membeli buku yang anda mahu baca dan letakkan buku tersebut di tempat yang anda lalu lalang setiap hari di rumah supaya tidak lupa.

3. Bawa sebuah buku bersama-sama anda walau ke mana jua anda pergi setiap hari.

4. Jika tidak berasa seronok ketika membaca atau mempelajari sesuatu dari sesebuah buku, usah paksa diri anda. Cari buku lain untuk dibaca.

5. Tetapkan satu jam dalam sehari untuk membaca bacaan bukan fiksyen terutama ketika dalam perjalanan atau waktu rehat tengah hari.

6. Masuk ke dalam bilik tidur satu jam lebih awal dari kebiasaan untuk membaca buku fiksyen (supaya anda lebih senang tidur).

7. Tulis tentang buku yang anda baca dan kongsikannya dengan orang lain. Ini akan menggalakkan orang lain (seperti penerbit) menghantar lebih banyak buku kepada anda untuk dibaca.

Ina sebenarnya suka sangat membaca ni haa.. jadi lapang je dada.. tapi disebabkan Gadjet seperti Smartphone ..ini telah membataskan minat membaca. Kikikikikiki...




Okay,, ina nak bagitau ni.. Sekarang Dekat KINOKUNIYA ada buat SALE ..Banyak novel novel menarik untuk di beli.Novel berbahasa Melayu,english,Chineese dan Jepun ada tau..

novel PERNIAGAAN 
novel Genre SERAM & MISTIK  : SEMUSIM DI MASYHAR 
DARK TOWER 
Novel MASAKAN 

selamat membaca semua..  
 






Monday, August 14, 2017

Specialist Tayar kenderaan





Kini, ada telah tahu senari harga jenana dan juga model tayar baru untuk kereta anda.
Untuk Perodua Alza, kos tayar termurah adalah RM148.40 sebiji daripada jenama Corsa.
Tayar termahal adalah RM250.70 sebiji untuk jenama Pirelli.

Model kereta

Bagaimana untuk mencari kos tayar baru dengan menggunakan jenama dan model kereta?
Prosesnya agak mudah.
Pertama sekali, pergi ke laman mytayar.com.
Di menu Product Category, pilih Install and Balancing.
Untuk menu “Within the Distance Radius of”, pilih Up to 50 KM.
Menu “Click a Suggested Place”, masukkan bandar kediaman anda.
Untuk Car Brand, pilih jenama kereta anda.
Di mytayar.com, jenana kereta di dalam menu adalah:
  • Proton
  • Perodua
  • Chevrolet
  • Ford
  • Honda
  • Hyundai
  • Isuzu
  • Kia
  • Mazda
  • Mitsubishi
  • Naza
  • Nissan
  • Peugeot
  • Ssangyong
  • Subaru
  • Suzuki
  • Toyota
  • Volkswagen
  • Volvo
Untuk Car Model, pilih model kereta anda.
Untuk Car Variant, pilih variasi model kereta anda.
Car Year, pilih tahun keluaran kereta anda.
Akhir sekali, klik “Get Your Search Result”.
Pencarian mytayar.com akan menunjukkan pelbagai harga tayar baru untuk kereta anda.

info lanjut boleh terus ke MYtayar.com

Sedang Mencari BROADBAND.. tapi tatau mana bagus? Meh COMPARE kat sini

DOWNLOAD APPS LAZADA di sini







Assalamualaikum.. kepada KAKI SHOPPING.
Entri ni khas kepada awak laaa yang suka SHOPPING,malas nak keluar rumah.Leceh dengan musim hujan.. anak anak kecil lagi..lagi lagi nak JIMAT MINYAK kan?? dan ketiadaan waktu untuk membeli belah di luar.

Ina nak bagi awak semua penyelesaian diaa.. awak (yang sedang baca ni laaaa) CEPAT CEPAT pergi INSTALL app ini kat MOBILE tau..

Kalau sudah ada APP `LAZADA ni..lagi mudah awak..
macam ina pun suka shopping dengan LAZADA. PILIH apa yang nak beli dan TRANSFER duit ke LAZDA..lepastu..tunggu barang sampai kat RUMAH ya**

LAZADA MOBILE.. DOWNLOAD KAT SINI

Wednesday, June 7, 2017

SABUN BIDARA dan testimoni

Antara serba sedikit mengenai ganggaun ....
Ketika berjaga sering mendapat gangguan seperti :

1. Selalu pening kepala (perubatan moden tidak dapat kesan).
2. Hilang ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering lesu dan malas bekerja.
4. Sentiasa sakit di tulang belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam badan.
7. Mudah marah dan panas baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar ayat-ayat al-Quran dan tazkirah)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.

Antara kesan-kesan daripada gangguan iblis dan syaitan adalah:

1) Rasa tidak tenang hati, selalu rasa serba tidak kena.
2) Rasa takut yang tidak diketahui puncanya.
3) Terlalu sukar untuk bangun solat.
4) Jikalau sudah bersuami isteri, terasa tidak senang apabila bersama.
5) Selalu rasa cenderung kepada marah, walaupun tiada apa untuk dimarahkan.

Testimoni #1
Sabun bidara

Alhamdulillah...
Semoga disembuhkan penyakit ghaib customer.

Insyallah..
Kita ikhtiar pakai sabun bidara.

Allah s.w.t maha penyembuh..

Ingin mencuba kehebatan sabun BIDARA..?
 order?
terus whatsapp disini 0179506861
POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
cod : kuantan 





Monday, June 5, 2017

Sabun Bidara

Assalamualaikum...dan selamat petang😊




Info serba sedikit
Anda mempunyai masalah begini

✔Sukar tidur malam?
✔Sering ternampak kelibat pelik?
✔Dibenci org sekeliling?
✔Sakit2 badan selepas asar , senja?
✔Sering terasa mengantuk & sendawa ketika terdengar bacaan al quran? Hubungan kerap dingin?
✔Marah (baran) tanpa sebab?
✔Terasa badan menyucuk...?
✔Sering bermimpi binatang berbisa (ular,kala jgking )
✔Sering bermimpi berada ditempat tinggi,kotor
✔Bermimpi makan makanan kotor(darah,kuku dsbg)
✔Ketika tidur, bunyi mengetap gigi?
✔terasa ibu kaki di rentap semasa tidur?
✔terasa seolah di ekori & diperhati?
✔bermimpi menyusukan bayi?

Jom dapatkan sabun bidara..klik link sebelah nii
ORDER SABUN BIDARA




Wednesday, April 12, 2017

SERAM: Jangan TEGUR

Assalamualaikum...
selamat petang. Sebenarnya,cita ni dah lama.Bulan lepas..semasa menghadiri kenduri sepupu di Kemaman.

Al-Kisahnya..
planning bertolak jam 8pagi. Maklumlah.. dengan anak masih kecil..(soffea 2tahun,baby afir furqan 5bulan & sara 5tahun) nak siapkan mereka memang menguji kesabaran.Ibu ibu faham jela.. macam mana. Lastnya,bertolak jam 11pagi..




Okay, sebelum bertolak tu. Memang dah siap bacakan anak anak dengan ayat quran.. kira pagar mereka la kan.Kot kot la kan ade unsur tak baik mengikut Balik..

DALAM PERJALANAN PULANG KE RUMAH

Melalui kawasan bukit dan kilang kilang tiba tiba, mulut ku menegur sesuatu.. tak lama beberapa minit selepas melalui.Eh, telinga kiri macam sakit. Mulanya fikir mungkin anak tudung terlampau ketat..(fikirku itu yang jadi PEKAk hanya sebelah telinga kiri) .

TELINGA TIBA TIBA PEKAK

Iya..,memang betul.Korang tau tak bunyi tV yang channel takde tu.Haa..bunyi macam itulah..panik sangat masa tu. Puas tepuk tangan,nak test kan ada dengar bunyi ke tak.Anak duk sebelah kiri,jadi tak dengar.

TIBA DI RUMAH

Telinga semakin sakit.Ya allah! Dugaan betul. Semacam di rentap Gegendang telinga ni.. saya bacakan zikir zikir bersama ayatul kursi.Sehinggalah telinga ina dapat mendengar semula.. semasa bacaan zikir tu..(telinga ni berdesing,bergema..ha.Tu je yang boleh gambarkan macamana).


SOLAT ASAR

Semasa berjemaah dengan suami (suami memang takkan percaya dan taknak percaya benda macam nii.Katanya mengarut la..telinga masuk air masa mandi lahh).Okay,berbalik kepada berjemaah solat asar. Masa ni perasaan mengantuk giler giler... rasa memang nak tidur terus..ina kuatkan diri.Solat juga..habiskan solat asar.


MATA MERAH MENYALA

Sesudah habis solat...
jengjengjeng.

Suami tegur...

Suami: dah kenapa ni?? Macam rupa nak menurun je nii.

Ina: menahan kesakitan... telinga dah boleh mendengar.Cumanya,,gegendang telinga seolah olah terasa nak pecah.Berdenyut-denyut.Terasa macam di tarik..

Masa ni (mata ina kemerahan..)
Ina pun dapat rasa sesuatu.Semacam ade sesuatu ingin mengawal seluruh tubuh badan.

Alhamdulillah...,ina dapat kawal Diri.
Perbanyak zikir.


MALAM..

Tidur dalam kesakitan bersama airmata berlinangan (ecececeh...macam orang putus cinta la kan) .Sambil sambil baca 3Qul,ayatul kursi terus tertidur lena.Tengah tidur tu kan..(tengah malam) ,telinga ni terasa macam kena sentap.Ohh...memang sakit yang amat.Hanya allah je yang tau... lepastu saya biarkan. Zikir zikir sikit.. dan tak lama lepastu,telinga ade keluar sesuatu. (Ina pikir,kot berdarah..sebab kepanasan ke ape.. tapi mata ni macam suruh tidur je..ina tidur lahh).

Keesokan pagi...

Telinga ni mengeluarkan air.Tatau air datang dari mana la kan.Nak katanya,mandi masuk air..mesti telinga dah berdengung.Ketuk ketuk kepala..mesti keluar air kan. Ini keluar je air.. pelik sangat.

Ambil masa seminggu nak betul betul pulih sepenuhnya..


Pengajaran disini,,janganlah berani menegur jika nampak sesuatu pelik.Alam mereka tetap wujud.. antara kita je nak percaya ke tidak.

Assalamualaikum...

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...